What's Hot

    Jika anda seorang pengguna prepaid, dan sudah tidak ada kredit langsung, jangan panik. Selain pinjam kredit dari kawan atau keluarga, anda sebenarnya boleh gunakan cara SOS topup Digi. Izinkan kami berkongsi seperti di bawah.

    Sedikit mengenai SOS topup

    SOS itu ialah satu kependekan yang merujuk kepada seseoran yang minta pertolongan.

    Di Malaysia, terma SOS Top Up sebenarnya digunakan oleh Maxis Hotlink.

    Namun, bagi kebanyakan pengguna lain seperti Celcom, Digi dan U Mobile, mereka tetap memanggilnya SOS Topup.

    Dalam terma Digi Prepaid, ia dipanggil Talktime Advance.

    Tiada kredit

    Pernahkah anda menghadapi situasi kekurangan atau lebih teruk lagi, langsung tiada kredit dalam telefon?

    Kita sering hubungi orang ataupun menghantar SMS menggunakan kredit yang datang daripada kad SIM yang kita langgan, seperti Maxis, Celcom, Digi dan sebagainya.

    Tambahan pula, pada zaman sekarang, kredit menjadi sangat penting, terutamanya untuk melayari internet, sama ada untuk membuka browser, ataupun membuka media sosial seperti Whatsapp, Instagram dan Facebook.

    Pinjam kredit semasa kecemasan

    Kita seringkali hadapi situasi kekurangan kredit ni pada saat yang kita betul-betul perlukan kredit. Tetapi, apa yang anda perlu lakukan apabila anda kekurangan kredit? Lazimnya, apabila kurang kredit, anda sudah pasti perlu tambah nilai kredit anda.

    Tetapi, mungkin ada situasi yang buatkan anda tidak mampu untuk pergi menambah nilai di mana-mana kedai.

    Anda boleh menggunakan perkhidmatan SOS Top Up Maxis, ataupun tambah nilai kecemasan yang disediakan dalam pakej nombor telefon anda.

    Fungsi SOS Top Up

    Sos Top Up yang juga perkhidmatan meminjam kredit daripada pengedar jenama kad SIM anda sendiri. Apabila anda menambah nilai sendiri kredit anda selepas itu, terdapat nilai yang akan ditarik pula daripada kredit anda untuk dibayar semula kepada pemberi SOS Top Up anda.

    Anda kemudiannya boleh menggunakan khidmat SOS Top Up ini sekali lagi.

    Jadi, bagaimana caranya?

    Kita akan melihat cara untuk SOS Top Up seperti yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi yang popular di Malaysia kini.

    Kali ini, kami kongsikan dahulu cara pinjam kredit Digi.

     

    Cara SOS topup Digi

    1. Dail *128#. Tunggu sehingga paparan utama keluar.
    2. Kemudian, tekan nombor 1 pada telefon anda untuk memilih Akaun Saya.
    3. Pada paparan seterusnya, tekan 7 untuk Talktime Services.
    4. Di paparan seterusnya, tekan 2 untuk Talktime Advance.
    5. Kemudian, tekan 1 untuk mendapatkan nilai kredit untuk SOS Topup anda. (Terdapat nilai untuk berapa banyak anda boleh pinjam kredit, yang juga disertakan dengan caj)
    6. Tekan 1 pada laman seterusnya untuk mengesahkan pinjaman/SOS Topup anda.
    7. Syarat untuk pinjaman kredit anda berjaya, kredit semasa anda perlulah kurang daripada RM5 dan lebih daripada kosong.
    8. Permintaan SOS Top Up anda berjaya sekiranya nilai semasa kredit anda adalah seperti yang tercatat di menu.

     

    Akhir kalam

    Ternyata, setiap syarikat ini memang menawarkan cara yang mudah untuk meminjam kredit atau gunakan SOS Top Up. Gunakanlah servis ini sebaik mungkin di saat anda betul-betul memerlukannya.

    Andai sudah dapat pinjam kredit, jemput juga baca cara lajukan Internet dan buat speedtest.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    6 Comments

    Leave A Reply