Berita baik kepada para pengguna prepaid Digi! Kini anda boleh menikmati 5% atau 10% kredit percuma ke dalam akaun prepaid anda. Baru-baru ini, Digi menawarkan Reload Bonus kepada para pelanggan prepaid-nya yang menambah nilai melalui MyDigi ataupun Digi Online Store.
Berikut adalah jadual kadar tambah nilai anda dan nilai kredit percuma yang ditawarkan. Jadi pada hari ini kami akan berkongsi dengan anda semua pengguna Digi tentang cara topup Digi yang mudah dan efektif.
Cara topup Digi
Topup Digi secara online reload
Terbahagi kepada dua cara iaitu:
- Digi Online Store – Klik sini, pilih jumlah Tambah Nilai anda, isi kan nombor telefon dan email anda di ruangan yang disediakan, kemudian tekan butang Reload now untuk proses yang berikutnya. Semak jumlah tambah nilai, dan details yang diberi dan akhir sekali klik butang Pay upon completion. Lihat gambar dibawah:
- MyDigi App – Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai MyDigi Rewards melalui penggunaan aplikasi MyDigi. Muat turun aplikasi MyDigi di App Store atau Google Play sekarang!
Untuk bahagian tambah nilai, sila pilih ruangan Reload, kemudian pilih Online dan pilih Jumlah Tambah Nilai yang anda mahu. Masukkan email anda di ruangan yang disediakan dan tekan butang Reload untuk proses yang seterusnya.
Selain itu, anda juga boleh memanjangkan tempoh aktif kredit anda dengan kadar RM 1 bersamaan dengan 1 hari melalui Super Long Life™ dengan cara dial *128*1# dan tekan SEND/ CALL. Pilih nombor 7 untuk Talktime Services™ dan pilih nombor 3 untuk Super Long Life™ dan akhirnya anda akan mendapat notifikasi transaksi yang telah berjaya.
Topup Digi melalui Digi Kiosk
Kini anda tak perlu lagi beratur dan menunngu nombor giliran anda, anda boleh tambah nilai prepaid anda melalui Digi Kiosk yang berhampiran anda. Caranya mudah saja lawati Digi Kiosk berhampiran, pilih bahasa peranti, kemudian pilih Prepaid Reload dan ikuti arahan seterusnya sehinggalah anda menerima notifikasi transaski yang telah berjaya. Mudah kan?
Topup Digi guna Softpin Reload Vouchers
Jika anda tak tahu dimana Digi Kiosk yang berhampiran, ataupun ianya agak jauh dari tempat tinggal anda. Jangan risau! Digi juga turut menyediakan kaedah yang lebih mudah untuk anda iaitu kaedah Softpin Reload Vouchers. Anda cuma perlu pergi ke premis-premis berikut untuk mendapatkan Softpin Reload Voucher(s) anda:
- 7 Eleven, 99 Speedmart, KK Mart, Carrefour, Cold Storage, Giant, Tesco, Apex Healthcare, Guardian, Watsons, Cosway (untuk RM 100 sahaja) BHPetrol, Caltex, Petron, Petronas, Shell, POS Malaysia, e-pay, MobilityOne, Mobile Money, MOL™ dan lain-ain.
Kemudian Dial <*123*><16 digit tambah nilai>disertakan dengan butang <#> dan tekan SEND/ CALL. Anda akan mendapat notifikasi untuk transaksi yang telah berjaya.
Topup Digi dengan cara Flexi e-LOAD
Cara topup Digi yang berikutnya adalah FLEXI e-LOAD. Kalau anda tahu siapa-siapa di dalam kawasan tempat tinggal anda yang menjadi Digi Authorised Dealer,anda boleh beri nombor telefon anda dan beritahu nilai tambah nilai yang diingini dan kemudian PASTIKANanda menyemak semula baki akaun anda SEBELUM membuat pembayaran kepada dealer tersebut. Seperti biasa, setiap taransaksi yang berjaya akan mendapat notifikasi SMS.
Topup Digi melalui Internet banking
Seperti syarikat telekomunikasi yang lain, partnership dengan bank is a must. Oleh itu untuk Digi berikut adalah senarai bank yang terlibat dari segi online mahupun offline.
- Affin Bank, Agro Bank, Bank Rakyat, CIMB Bank, Maybank, Citibank, EON Bank, Hong Leong Bank, Public Bank, RHB Bank dan MEPS sahaja.
Untuk perkhidmatan ATM, anda perlu pilih pautan Other Services daripada paparan Menu, kemudian pilih Prepaid Reload/ Prepaid Top Up*, masukkan nombor telefon anda dan ikuti langkah-langkah nya sehingga ke akhir proses.
Manakala untuk aplikasi online, sila rujuk di bawah:
Maybank2u
- Log-in ke dalam akaun Maybank2u anda;
- Pilih Pay & Transfer, kemudian tekan butang Reload di hujung kanan atas;
- Kemudian di ruangan Reload To, pilih Mobile Prepaid dan pilih telco anda;
- Anda dikehendaki mengisi ruangan Mobile Number, Reload Amount dan akhir sekali tekan butang Reload untuk proses tambah nilai
CIMB Clicks
- Sebelum log-in kedalam akaun CIMB Clicks anda, pilih pautan Top Up dalam ruangan I want to;
- Kemudian isi ruangan To (nombor anda), From (dari akaun mana) dan Amount (jumlah tambah nilai);
- Akhir sekali, lengkapkan proses tambah nilai anda.
Topup Digi dengan cara e-Reload redemption
Untuk pengguna baru, anda boleh lah mendapat kan e-reload redemption dengan cara- cara seperti berikut:
- Pastikan anda telah meng-aktifkan nombor anda dengan membuat panggilan yang pertama;
- Kemudian klik sini untuk pautan berikutnya;
- Isikan nombor anda atau no sim baru anda di ruangan yang disediakan, kemudian nombor TAC akan dihantarkan ke nombor telefon anda, isikan nombor TAC di ruangan yang disediakan dan tekan butang REDEEM;
- Pastikan telefon anda berada dalam keadaan ON selepas megikuti langkah-langkah di atas dan tunggu sehingga anda mendapat notifikasi pengesahan.
Topup Digi menggunakan TalkTime Transfer
Jika anda ingin mengetahui tentang cara share topup digi anda bersama akaun yang lain, kami ada sediakan artikel khas berkaitan tajuk tersebut.
Anda juga boleh transfer kredit anda kepada third party di dalam dan luar negara dengan mengikuti langkah-langkah dibawah:
Dalam Negara
- Dial *128# kemudian pilih My Account, dan pilih Talktime Services™;
- Balas 1 untuk Talktime Transfer™ dan pilih Transfer Option, kemudian masukkan nombor penerima dan tekan SEND/CALL;
- Anda akan mendapat notifikasi transaksi tidak lama selepas itu.
Luar Negara
- SMS TN jarak <Kod Negara><Nombor Telefon> dan hantarkan kepada 2000 ATAU;
- Dial *128*1*7#, pilih Talktime Transfer International dan ikuti arahan berikutnya;
- Pilih Jumlah Kredit yang ingin dikongsi kemudian balas Y sebagai tanda Pengesahan;
- Seperti biasa anda akan mendapat notifikasi transaksi selepas itu.
Topup Digi dengan cara TalkTime Request
Selain itu, anda juga boleh memohon kredit daripada third party samada pengguna postpaid ataupun pengguna prepaid. Cara-caranya adalah:
- Dial *128# kemudian pilih My Account, dan pilih Talktime Services™;
- Balas 1 untuk Talktime Transfer™ dan balas dengan nombor 5 iaitu Talktime Request, kemudian masukkan nombor pihak yang anda ingin mohon kredit dan tekan SEND/CALL;
- Anda akan mendapat notifikasi transaksi tidak lama selepas itu.
Topup Digi melalui TalkTime Advance
Jika anda tak tahu nak minta pada siapa-siapa, anda boleh lah meminjam dulu daripada Digi, caranya mudah saja:
- Dial *128# kemudian pilih My Account, dan pilih Talktime Services™;
- Balas 2 untuk Talktime Advance™ dan balas dengan nombor 1 untuk Pengesahan dan anda akan mendapat notifikasi transaksi selepas itu.
Akhir kata
Perkhidmatan tambah nilai yang ditawarkan oleh pihak Digi juga tidak mengecewakan, Digi mempuanyai lebih banyak cara untuk menghargai pengguna prepaid-nya. Oleh itu, ambil lah peluang ini untuk bergerak searus dengan peredaran zaman.
Semoga bermanfaat.
3 Comments
tdi saya share kredit ke no digi tetapi tidak dapat jawapan sms
Tdi sya masukkan topup digi tpi xbole
Ambil kredit digi