Untuk mengaktifkan Maybank PayWave, anda perlu pastikan kad debit atau kredit anda mempunyai logo Visa PayWave atau Mastercard Contactless. Kad yang dikeluarkan Maybank biasanya sudah tersedia dengan ciri ini, tetapi ia hanya akan aktif selepas anda membuat satu transaksi menggunakan PIN di mesin POS atau ATM. Selepas transaksi pertama dengan PIN berjaya, fungsi PayWave akan diaktifkan secara automatik dan boleh digunakan untuk pembayaran tanpa sentuh.
Selain itu, anda boleh semak dan uruskan tetapan PayWave melalui Maybank2u atau ATM. Di Maybank2u, log masuk ke akaun anda dan pilih menu Cards atau Debit Card Management untuk menetapkan atau mengubah contactless limit mengikut keselesaan anda. Di mesin ATM pula, anda boleh gunakan menu Change Limit / Transaction Limit untuk memastikan fungsi PayWave aktif. Sekiranya kad anda masih tidak boleh digunakan, anda disarankan menghubungi Customer Service Maybank di talian 1300-88-6688 bagi mendapatkan bantuan lanjut.
Panduan Mengaktifkan PayWave Maybank
Bagaimana Cara Aktifkan Maybank PayWave Melalui Maybank2u?
Untuk mengaktifkan fungsi PayWave pada kad debit Maybank, anda boleh melakukannya melalui portal Maybank2u. Log masuk seperti biasa menggunakan username dan password anda, kemudian pergi ke menu Cards di bahagian Settings. Pilih Manage Debit Cards dan anda akan nampak pilihan untuk menukar atau menetapkan Purchase Limit / Contactless Limit. Dengan mengaktifkan atau menetapkan limit tersebut, ciri PayWave pada kad anda akan tersedia. Selepas perubahan dibuat, masukkan kod TAC yang dihantar ke telefon anda untuk pengesahan.
Bagaimana Cara Aktifkan Maybank PayWave Melalui ATM?
Selain itu, anda juga boleh mengaktifkan atau mengubah had PayWave melalui mesin ATM Maybank. Masukkan kad debit anda ke dalam mesin ATM, kemudian masukkan PIN. Pilih menu Other Transactions, kemudian pilih Change Limit, dan seterusnya pilih Purchase Limit. Anda boleh tetapkan jumlah limit mengikut keselesaan anda. Selepas pengesahan berjaya, kad anda boleh digunakan untuk transaksi tanpa sentuh (contactless) di mana-mana terminal yang menyokong Visa PayWave atau Mastercard Contactless.
Siapa Boleh Dihubungi Jika Masih Tidak Boleh Aktifkan PayWave?
Jika anda menghadapi masalah atau masih tidak pasti sama ada kad anda sudah aktif untuk PayWave, anda boleh hubungi Customer Service Maybank di talian 1300-88-6688. Pegawai khidmat pelanggan akan membantu anda membuat semakan dan mengaktifkan ciri tersebut jika diperlukan. Talian ini beroperasi setiap hari, 24 jam.
Saya nak tanya . Kalau aktifkan paywave ni ada caj ke ?