Tengah cari cara nak cetak penyata Bank Islam ke tu? Bertenang. Jangan menggelabah sangat.
Tarik nafas dalam-dalam. Aku ada caranya.
Cara Cetak Penyata Bank Islam Online
Untuk dapatkan penyata Bank Islam, kau perlu ada Internet Banking Bank Islam. Kau kena login siap-siap.
Ini cara mudah untuk kau download dan cetak penyata Bank Islam.
- Pergi ke website Bank Islam di sini: https://www.bankislam.biz
- Pastikan ada berada di laman utama Internet Banking Bank Islam
- Login bankislam.biz seperti biasa
- Klik INTERNET BANKING LOGIN
- Masukkan USER ID
- Sahkan Private Image dan Private Word seperti yang terpapar
- Masukkan PASSWORD
- Tekan butang LOGIN
- Sekiranya tidak ada masalah untuk log masuk, kau akan masuk ke dalam dashboard Bank Islam
- Klik menu My Accounts > E-Statement > Download
- Pilih Account/Card
- Tekan Submit
- Pilih tarikh atau bulan yang dikehendaki
- Download statement Bank Islam yang dikehendaki
- Buka penyata yang dimuat turun sebentar tadi dalam format PDF
- Kalau nak print, sila buat sambungan pada pencetak
- Tekan butang Print
- Selesai
Kalau baki duit simpanan Bank Islam kau ada juta-juta, jangan boros pulak.
Macam Mana Nak Cetak Penyata Bank Islam Mini di ATM?
Selain daripada dapatkan penyata yang berhelai-helai melalui laman web Bank Islam, kau juga boleh dapatkan penyata mini.
Cuma bukan semua bank menyediakan fungsi mencetak penyata mini melalui ATM.
Tapi kau boleh cuba.
- Cucuk kad ATM Bank Islam kau
- Pilih Bahasa
- Kami sarankan pilih Bahasa Melayu sebab lebih mudah faham
- Masukkan PIN
- Pilih Khidmat Penyata
- Pilih Penyata Mini
- Pilih Cetak
- Tunggu sebentar
- Penyata ringkas akan dicetak keluar
- Selesai
Nak Muat Turun Penyata Guna Apps GO by Bank Islam Boleh Tak?
Apa pulak tak boleh.
Memang boleh.
Cuma aku malas nak tulis panduan untuk dapatkan penyata Bank Islam
menggunakan aplikasi yang sedia ada di App Store dan Play Store.
Guna web Bank Islam pun dah cukup sebenarnya.
Tapi kalau nak nak cuba, silakan download app Bank Islam sendiri.
- Bagi iPhone, boleh muat turun aplikasi GO by Bank Islam di Apple App Store
- Bagi Android, boleh muat turun aplikasi GO by Bank Islam di Google Play
Penting ke e-statement Bank Islam Terkini?
Untuk hari-hari biasa yang tak ada apa-apa, penyata Bank Islam memang tak penting.
Tapi bila kau perlu buat permohonan apa-apa, ia memang diperlukan.
Contohnya, apabila kau nak apply loan kereta, loan rumah ataupun personal loan, kau perlu sediakan penyata Bank Islam.
Biasalah, bank pun nak tahu kau mampu bayar hutang atau tidak nanti.
Kebiasaannya, penyata Bank Islam yang diperlukan adalah 3 bulan dan 6 bulan. Ada juga yang minta statement setahun.
Cuma untuk penyata mini Bank Islam, ia tak boleh digunakan untuk apa-apa permohonan. Ini kerana statement mini ini hanyalah sekadar simpanan peribadi sahaja.
Akhir kata
Aku harap perkongsian tentang cara print statement Bank Islam secara online dan juga melalui ATM ini akan memudahkan lagi urusan perbankan kau.
Semoga bermanfaat.