Tengah cari cara nak cetak penyata CIMB ke tu? Bertenang. Jangan menggelabah sangat.
Tarik nafas dalam-dalam. Aku ada caranya.
Cara Cetak Penyata CIMB Online
Untuk dapatkan penyata CIMB, kau perlu ada Internet Banking CIMB. Kau kena login siap-siap.
Ini cara mudah untuk kau download dan cetak penyata CIMB.
- Pergi ke website CIMB di sini: https://cimb.com.my
- Pastikan ada berada di laman utama Internet Banking CIMB
- Klik simbol kunci di bahagian atas sebelah kanan
- Pilih CIMB Clicks
- Untuk lebih pantas, kau juga boleh terus ke URL https://cimbclicks.com.my
- Login CIMB Clicks seperti biasa
- Masukkan User ID
- Sahkan frasa SecureWord seperti yang terpapar
- Masukkan Password
- Tekan Login
- Sekiranya tidak ada masalah untuk log masuk, kau akan masuk ke dalam dashboard CIMB Clicks
- Pilih menu Services
- Pilih eStatement > Klik View eStatement
- Pilih bulan atau tarikh yang dikehendaki
- Download statement CIMB yang dikehendaki
- Buka penyata yang dimuat turun sebentar tadi dalam format PDF
- Kalau nak print, sila buat sambungan pada pencetak
- Tekan butang Print
- Selesai
Kalau baki duit simpanan CIMB kau ada juta-juta, jangan boros pulak.
Macam Mana Nak Cetak Penyata Mini CIMB di ATM?
Selain daripada dapatkan penyata yang berhelai-helai melalui laman web CIMB, kau juga boleh dapatkan penyata mini.
Cuma bukan semua bank menyediakan fungsi mencetak penyata mini melalui ATM.
Boleh cuba langkah-langkah ini:
- Cucuk kad ATM CIMB anda
- Pilih bahasa
- Kami sarankan pilih Bahasa Melayu sebab lebih mudah faham
- Masukkan PIN
- Pilih Perkhidmatan Penyata
- Pilih Penyata Mini
- Tunggu sebentar
- Penyata mini akan dicetak
- Selesai
*Caj 50 sen akan dikenakan dalam akaun anda
Nak Muat Turun Penyata Guna Apps CIMB Clicks Boleh Tak?
Apa pulak tak boleh.
Memang boleh.
Cuma aku malas nak tulis panduan untuk dapatkan penyata CIMB menggunakan aplikasi yang sedia ada di App Store dan Play Store.
Guna web CIMB pun dah cukup sebenarnya.
Tapi kalau nak nak cuba, silakan download app CIMB sendiri.
- Bagi pengguna iPhone, sila muat turun aplikasi CIMB Clicks Malaysia melalui Apple App Store
- Bagi pengguna Android, sila muat turun aplikasi CIMB Clicks Malaysia melalui Google Play
Penting ke E-statement Akaun CIMB Terkini?
Untuk hari-hari biasa yang tak ada apa-apa, penyata CIMB memang tak penting.
Tapi bila kau perlu buat permohonan apa-apa, ia memang diperlukan.
Contohnya, apabila kau nak apply loan kereta, loan rumah ataupun personal loan, kau perlu sediakan penyata CIMB.
Biasalah, bank pun nak tahu kau mampu bayar hutang atau tidak nanti.
Kebiasaannya, penyata CIMB yang diperlukan adalah 3 bulan dan 6 bulan. Ada juga yang minta statement setahun.
Cuma untuk penyata mini CIMB, ia tak boleh digunakan untuk apa-apa permohonan. Ini kerana statement mini ini hanyalah sekadar simpanan peribadi sahaja.
Akhir kata
Aku harap perkongsian tentang cara print statement CIMB secara online dan juga melalui ATM ini akan memudahkan lagi urusan perbankan kau.
Semoga bermanfaat.