Untuk makluman, ada beberapa cara untuk check balance Bank Islam. Selain boleh membuat semakan baki akaun secara online di bankislam.biz, anda juga boleh semak baki dalam akaun anda menggunakan aplikasi GO oleh Bank Islam.
Izinkan kami berkongsi.
1. Sebelum check balance Bank Islam online, daftar bankislam.biz dahulu
Sebagai pelanggan Bank Islam yang selalu berurusan di kaunter, anda perlu mendaftar dahulu akaun anda di platform Bank Islam melalui bankislam.biz.
Beberapa syarat perlu dipenuhi untuk mendaftar:
- Jenis akaun yang dibenarkan adalah pemilik tunggal atau individu/perseorangan
- Anda mesti berumur 18 tahun dan ke atas
- Anda ada kad debit atau kad ATM Bank Islam
- Anda ada nombor PIN untuk kad ATM / kad debit Bank Islam
Boleh baca panduan daftar Bank Islam untuk maklumat lanjut.
2. Check balance Bank Islam melalui bankislam.biz
Bagi anda yang telah berjaya membuka akaun Bank Islam online banking, sila login Bank Islam untuk membuat semakan baki.
Seterusnya, berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk check balance Bank Islam anda:
- Layari laman web rasmi Bank Islam di sini: https://bankislam.biz
- Di laman utama Bank Islam IB ini, tekan butang INTERNET BANKING LOGIN.
- Seterusnya, masukkan username anda pada ruangan USER ID.
- Tekan butang Login.
- Masukkan password anda pada ruangan Password
- Sahkan Private Image yang tertera, sama ada milik akaun anda ataupun tidak.
- Tekan butang Login.
- Jika tiada apa-apa masalah, anda akan dibawa ke paparan utama laman akaun online banking
- Ada beberapa pilihan menu di bahagian atas seperti:
- My Accounts
- Terms Deposit & Investment
- Funds Transfer
- Payments / Services
- Klik pada My Accounts.
- Seterusnya, pilih Account Summary.
- Anda akan mendapat paparan penuh semua akaun Bank Islam anda.
- Paparan ini mengandungi jenis akaun anda, nombor akaun anda serta baki semasa akaun tersebut.
- Klik pada setiap transaksi untuk melihat butiran lanjut
3. Check balance melalui aplikasi GO Bank Islam
Bagi yang selalu menggunakan telefon bimbit, semakan baki akaun Bank Islam menjadi lebih mudah.
Berikut ialah langkah-langkah untuk menyemak baki Bank Islam:
- Download mobile app GO Bank Islam terlebih dahulu
- Pilih samada Android atau iOS
- Install sehingga selesai
- Buka aplikasi GO Bank Islam
- Jika anda baru pertama kali menggunakan aplikasi ini, tekan Get Started
- Baca terma dan syarat seperti yang terpapar
- Setelah anda faham kesemuanya, tekan butang I Agree
- Di ruangan Enter User ID, masukkan username Internet Banking anda
- Tekan butang Continue
- Pastikan anda buat pengesahan untuk paparan berikut:
- Private Image
- User ID
- Frasa
- Jika semuanya betul, tekan butang Yes it’s Mine
- Di ruangan Enter Password, masukkan kata laluan anda
- Di ruangan Enter ID Number, masukkan nombor Kad Pengenalan anda
- Tekan butang Login
- Akan keluar paparan i-Acces Code (IAC)
- Semak SMS yang diterima pada telefon bimbit anda yang berdaftar dengan Bank Islam
- Masukkan nombor IAC
- Seterusnya, tekan butang tick di bahagian bawah sebelah kanan
- Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan boleh masuk ke dalam aplikasi Bank Islam
- Untuk check balance Bank Islam anda, lihat di bahagian Total Deposits Available Balance
Sekiranya anda menggunakan telefon bimbit yang mempunyai fungsi Face ID, anda boleh aktifkannya semasa dalam proses login kali pertama.
4. Boleh buat semakan baki Bank Islam guna SMS?
Berdasarkan semakan kami, Bank Islam tidak menyediakan perkhidmatan untuk buat semakan baki akaun menggunakan SMS.
Akhir kalam
Diharapkan agar cara check balance Bank Islam ini dapat memudahkan urusan perbankan anda.
Sekiranya ada perubahan nombor telefon, sila update no telefon Bank Islam anda cepat-cepat. Bimbang jika tidak dapat membuat apa-apa transaksi Bank Islam secara online nanti.
Semoga bermanfaat.