Nak check balance RHB online dengan mudah tanpa perlu ke cawangan RHB, ATM dan sebagainya? Apa kata anda ikuti cara-cara yang telah kami senaraikan untuk anda melalui artikel ini.
Isi Kandungan
Cara check balance RHB online di laman web
Kalau anda ada internet, anda boleh saja check balance akaun RHB secara online melalui laman web RHB online banking.
Ikuti cara semakan baki seperti di bawah:
- Layari laman web logon.rhb.com.my.
- Halaman utama web RHB online banking akan dipaparkan.
- Seterusnya, sila lihat pada bahagian Login yang berada pada sebelah kanan skrin.
- Masukkan Username anda dan klik pada NEXT, GET SECRET WORD.
- Selepas itu, sahkan Secret Word anda.
- Jika tiada sebarang masalah, masukkan Password anda.
- Klik pada butang Login.
- Anda akan dibawa ke profil atau akaun online banking RHB anda.
- Seterusnya, sila lihat pada menu kecil yang dipaparkan pada skrin.
- Cari bahagian My Accounts.
- Kemudian, klik pada ikon arrow iaitu anak panah yang menghala ke bawah bersebelahan My Accounts.
- Klik pada Account Balance.
- Baki akaun RHB anda akan terpapar dengan lengkap.
- Selesai.
Check balance akaun melalui aplikasi
Selain daripada laman web, anda juga boleh check balance RHB online anda dengan menggunakan aplikasi RHB Bank iaitu RHB Now.
Sila ikuti panduan semakan di aplikasi RHB seperti berikut:
- Buka aplikasi RHB Now pada telefon pintar anda.
- Anda akan terus dipaparkan pada bahagian Login aplikasi RHB Now.
- Sila masukkan Username anda dan tekan butang Next.
- Kemudian, sahkan Security Image milik anda.
- Seterusnya, masukkan Password dan tekan butang Login.
- Selepas itu, tekan pada bahagian menu kecil yang tertera di skrin dan tekan My Account.
- Kemudian, tekan pada Account Balance.
- Akhir sekali, baki akaun RHB anda akan terpapar.
- Selesai.
Ada masalah untuk check balance akaun RHB online?
Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah atau kesulitan berkenaan check balance RHB online atau hal-hal lain yang berkaitan RHB.
Anda boleh mengajukan pertanyaan, maklum balas atau aduan kepada pihak RHB dengan menghubungi pusat khidmat pelanggan mereka di talian 03-9206-8118.
Di samping itu, anda juga boleh menghantar emel ke [email protected].
Akhir kata
Diharapkan perkongsian kami ini dapat membuat semua urusan perbankan anda berjalan lancar.
Terakhir sekali, buat anda yang mungkin ada buat loan dengan RHB. Jangan lupa semak baki pinjaman RHB Bank anda sekali-sekala. Manalah tahu kalau-kalau anda boleh selesaikan jumlah baki yang tinggal tak lama lagi. Kuranglah sikit komitmen bulanan anda nanti.
Semoga bermanfaat.