What's Hot

    EZ Hasil adalah portal web yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di pautan ez.hasil.gov.my.

    Portal ini bertujuan untuk memudahkan urusan pembayaran cukai pendapatan dan transaksi berkaitan dengan cukai pendapatan di Malaysia.

    Apa fungsi portal EZ Hasil?

    Selain tujuan melancarkan urusan semak cukai, pembayaran cukai dan isytihar pendapatan bagi mereka yang berkenaan, fungsi-fungsi lain portal EZ Hasil adalah seperi berikut:

    1. Menguruskan akaun cukai pendapatan individu dan syarikat secara atas talian, termasuk menyemak status bayaran, baki tertunggak, dan sebagainya.
    2. Menghantar borang nyata cukai pendapatan (e-BE, e-B, e-M, e-P, e-R, e-S, dll.) secara atas talian, menggantikan penggunaan borang cetak.
    3. Menguruskan permohonan untuk nombor cukai (nombor rujukan cukai) bagi individu dan syarikat yang baru.
    4. Memudahkan urusan pembayaran cukai, seperti bayaran balik cukai terlebih bayar, bayaran ansuran, dan bayaran balik pinjaman pelajaran.
    5. Menyediakan akses kepada bahan panduan dan informasi terkini mengenai undang-undang dan garis panduan cukai pendapatan di Malaysia.
    6. Menguruskan permohonan dan rayuan berkaitan dengan cukai pendapatan, seperti permohonan pengecualian cukai, penangguhan bayaran cukai, dan sebagainya.

    Secara keseluruhannya, portal EZ Hasil memudahkan urusan dan interaksi antara LHDNM dan pembayar cukai, menjadikan proses pengurusan cukai pendapatan lebih efisien, mudah, dan cepat.

    Cara login ez.hasil.gov.my

    Untuk login ez.hasil.gov.my, sila layari laman web rasmi ezHasil.

    1. Klik di sini: https://ez.hasil.gov.my atau https://mytax.hasil.gov.my
    2. Lihat pada bahagian Sila Masukkan Maklumat Anda
    3. Sila pilih Jenis Pengenalan
    4. Masukkan No. Pengenalan
    5. Tekan Hantar
    6. Sijil Digital percukaian akan dipaparkan
    7. Selesai

    Tak boleh login ez.hasil.gov.my

    Jika anda tidak boleh login ez.hasil.gov.my, atau ingin meminta bantuan-bantuan lain berkaitan masalah yang dihadapi, sila hubungi talian 03-8911 1000 (HASiL CARELINE)

    Selain itu, boleh juga terus datang ke mana-mana cawangan LHDM berhampiran

    Cara daftar EZ Hasil

    Untuk membuat pendaftaran baru buat kali pertama di portal EZ Hasil, layari laman web rasmi ezHasil.

    1. Klik di sini: https://ez.hasil.gov.my atau https://mytax.hasil.gov.my
    2. Pilih e-Daftar
    3. Masukkan maklumat yang diperlukan pada ruangan tertera seperti:
      Jenis Pembayar Cukai
      E-mel
      Nombor Telefon
      Nombor Telefon Bimbit
      Frasa Keselamatan
    4. Tekan butang Cari
    5. Ikuti arahan selanjutnya untuk melengkapkan proses pendaftaran jika perlu
    6. Tamat

    *Jika maklumat anda sudah didaftarkan di LHDN, tidak perlu mendaftar sekali lagi.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply