Jika anda baru sahaja buka akaun Bank Simpanan Nasional dan ini adalah first time login BSN online banking anda, sila ikuti panduan di bawah. Baca satu persatu dan fahamkan.
Izinkan kami berkongsi.
1. First Time Login BSN online banking (Register dulu)
Ikuti langkah-langkah ringkas untuk untuk log masuk BSN online banking buat kali pertama seperti di bawah:
- Layari laman web rasmi BSN di sini: https://www.mybsn.com.my
- Klik Register
- Baca Terms & Conditions
- Pilih butang Accept
- Tekan butang Next
- Lengkapkan bahagian Step 1
- Masukkan Debit / Credit Card Number
- Masukkan CVV2
- Masukkan Expiry Date
- Lengkapkan bahagian Step 2
- Masukkan New IC Number atau;
- Passport Number atau;
- Militory No
- Tekan butang Next
- Lengkapkan bahagian ini pula
- Isi Username
- Isi Password
- Isi Confirm New Password
- Klik Request OTP (Nombor OTP akan dihantar dalam bentuk SMS ke nombor telefon anda)
- Isi OTP Number (Nombor OTP yang diterima dala bentuk SMS tadi)
- Di bahagian Online Image, pilih salah satu gambar yang anda berkenan dan mudah ingat
- Tekan butang Submit
- Jika semuanya berjalan lancar, anda akan menerima mesej Congratulations! You have successfully registered for myBSN.
- Selesai
2. Berapa transfer limit BSN untuk pengguna baru?
Sila ambil perhatian.
Sejurus berjaya mendaftar iaitu di bahagian Congratulations! tadi, akan terpapar mesej selanjutnya iaitu Your default daily online transaction limits are:
- 3rd Party Fund Transfer: RM 3000
- 3rd Party Credit Card Payment: RM 3000
- Bill Payment: RM 3000
- Interbank GIRO (IBG) to Resident Beneficiary Limit: RM 3000
- Interbank GIRO (IBG) to Non-Resident Beneficiary Limit: RM 3000
Had transaksi di atas hanya terpakai untuk pengguna yang baru sahaja selesai mendaftar. Anda boleh tukar limit ini mengikut kesesuaian.
3. Login BSN online banking untuk First Time User
First Time Registration sudah selesai. Sekarang adalah masa untuk login.
Ikuti panduan untuk log masuk BSN online banking seperti di bawah:
- Layari laman web rasmi BSN https://www.mybsn.com.my
- Sekiranya anda sudah buat pendaftaran, anda sepatutnya sudah ada Username
- Masukkan Username dalam ruangan yang disediakan
- Tekan butang Login untuk log masuk ke akaun BSN online banking
- Di bawah Is this your security image?, akan keluar satu paparan gambar yang anda pilih semasa mendaftar tempohari
- Jika betul, tekan butang Yes
- Masukkan Password akaun anda
- Tekan butang Login sekali lagi
- Selepas berjaya login, lengkapkan bahagian Personal Details
- Tekan butang Next
- Pilih dan jawab soalan di bahagian Secret Questions & Anwers
- Selepas selesai, tekan butang Submit
- Jika semuanya berjalan lancar, anda akan berjaya masuk ke dalam sistem perbankan atas talian BSN dan melihat paparan Account Overview
- Selesai
4. Maklumat lanjut BSN
Untuk mendapatkan pertolongan dan memudahkan lagi urusan First Time Login, anda boleh menghubungi customer service BSN seperti yang tertera:
- 1-300-88-1900.
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian berkenaan panduan First Time Login BSN online banking ini akan memudahkan lagi urusan perbankan anda.
Semoga bermanfaat.
2 Comments
Saya nak tahu no akuan BSN saya
Nak tahu no. Akuan BSN saya no ic saya 760927-04-5038 saya x ingat baru bebas penjara