What's Hot

    Apabila melibatkan pindahan wang, ada beberapa situasi yang cukup mendebarkan. Yang pertama, si penghantar duit akan tertanya-tanya, adakah duit sudah masuk ke dalam akaun penerima. Yang kedua, si penerima duit juga akan sibuk dan tak henti-henti bukan semakan, adakah duit sudah masuk dalam akaun? Sebenarnya, IBG Transfer berapa hari? Interbank Transfer berapa lama kena tunggu?

    Jadi, izinkan kami berkongsi berkenaan tempoh transfer duit berlainan bank supaya masing-masing tak perlu saling menuduh kenapa duit masih lagi belum ada dalam akaun.

    Transfer duit guna IBG

    Pada zaman sekarang, anda boleh melakukan pindahan wang dari akaun bank anda ke akaun bank orang lain. Tambahan lagi, pelbagai cara pindahan wang boleh dilakukan.

    Ini adalah samaada dari akaun sendiri ke akaun kedua juga milik sendiri, akaun sendiri ke akaun pihak ketiga yang sama bank, ataupun dari akaun sendiri ke akaun orang lain yang berlainan bank, secara Instant Transfer (pindahan segera), ataupun secara Interbank GIRO.

    Contohnya, jika ada buat pinjaman wang dengan kawan, bayarlah segera. Tentu sekali orang yang meminjamkan duit itu tertunggu-tunggu bayaran semula.

    Duit IBG tak masuk, boleh bawa gaduh

    Masalahnya, ada sesetengah individu yang tidak mengetahui tempoh pindahan wang ini dilakukan, mungkin ambil masa sekejap sahaja, mungkin mengambil masa yang lama, sehingga menyusahkan pihak penerima yang mungkin memerlukan wang yang diterima dengan kadar segera. Ada yang sampai membawa kepada situasi tuduh-menuduh.

    Oleh itu, di bawah akan diterangkan tempoh pindahan wang untuk Instant Transfer dan juga Interbank GIRO.

    Untuk keterangan lebih lanjut, boleh rujuk laman web rasmi Bank Negara. 

    Maksud Interbank Giro Transfer

    Interbank GIRO ialah sistem pembayaran pindahan wang/dana secara elektronik yang membenarkan pindahan wang antara dua institusi kewangan yang terdapat di Malaysia.

    Pindahan IBG membenarkan pindahan wang sebegini sebagai pindahan wang yang biasa ataupun untuk sebarang pembayaran akaun pinjaman atau kad kredit.

    Sedikit berbeza dengan Instant Transfer, pindahan secara Interbank GIRO ini akan mengambil masa, minimum selama beberapa jam dan mungkin lebih lama, bergantung dengan waktu dan hari anda melakukan pindahan wang anda.

    Walau bagaimanapun, caj transaksi Interbank GIRO adalah lebih murah berbanding Instant Transfer. Transaksi ini boleh dilakukan di mesin ATM, di kaunter atau melalui online banking.

    Klik pautan berikut untuk penerangan lebih lanjut dan maksud IBG Transfer.

    Tempoh transfer duit berlainan bank guna IBG Transfer

    IBG Transfer Hari Bekerja (Isnin hingga Jumaat)

     

     

     

    Waktu Transaksi
    (IBG Transfer)

     

     

    Wang Diterima

     

     

    Bayaran Balik Untuk Transaksi Yang Tidak Berjaya

    MasaHariMasaHari
    Sebelum jam 5.00 pagi11.00 pagiHari yang sama5.00 petangHari yang sama
    5.01 pagi – 8.00 pagi2.00 petangHari yang sama8.20 malamHari yang sama
    8.01 pagi – 11.00 pagi5.00 petangHari yang sama11.00 malamHari yang sama
    11.01 pagi – 2.00 petang8.20 malamHari yang sama11.00 pagiHari bekerja seterusnya
    2.01 petang – 5.00 petang11.00 malamHari yang sama11.00 pagiHari bekerja seterusnya
    Selepas 5.00 petang11.00 pagiHari bekerja seterusnya5.00 petangHari bekerja seterusnya

    IBG Transfer Hari Tidak Bekerja (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)

    Pada hari tidak bekerja, iaitu Sabtu dan Ahad, sebarang transaksi IBG yang dilakukan pada BILA-BILA masa sahaja (tidak termasuk Instant Transfer), tempoh waktu duit akan diterima adalah seperti berikut:

    • Waktu wang diterima: Pada hari bekerja seterusnya, jam 11.00 pagi
    • Bayaran balik untuk transaksi yang tidak berjaya: Pada hari bekerja seterusnya, jam 5.00 petang

    Tempoh transfer duit berlainan bank guna Instant Transfer

    Untuk semua bank, proses pindahan wang menggunakan Instant Transfer adalah dilakukan dengan SEGERA pada waktu anda menyelesaikan urusan transaksi anda.

    Penerima wang akan menerima wang di dalam akaunnya terus pada masa itu. Tetapi, caj transaksi ini akan lebih mahal daripada transaksi secara Interbank GIRO, dan setiap bank mempunyai caj transaksi yang berbeza.

    Kenapa IBG Transfer lambat sangat?

    Kami harap, maklumat mengenai IBG Transfer berapa hari yang diterangkan di atas adalah jelas. Jika anda baca betul-betul, sebenarnya tidak sampai sehari pun tempoh masa pindahan.

    Tempoh pindahan jadi lama apabila:

    • Anda transfer duit selepas 5.00 petang pada hari Isnin – Jumaat
    • Anda transfer duit pada hari Sabtu, Ahad atau Cuti Umum

    Jadi, elakkan waktu yang dimaklumkan di atas.

    Akhir kata

    Kesimpulannya, pindahan wang tidaklah semudah yang kita sangka, tetapi tidak sesusah mana.

    Jika tidak menggunakan Instant Transfer, ada yang kerap kali mengadu, mereka melakukan pindahan wang secara Interbank GIRO, tetapi duit lambat masuk ke akaun penerima.

    Walhal, mereka sendiri tidak mengetahui bahawa Interbank GIRO sememangnya transaksi yang memakan lebih masa.

    Walau bagaimanapun, caj yang dikenakan jauh untuk IBG Transfer lebih murah berbanding Instant Transfer.

    Oleh itu, sebelum melakukan sebarang transaksi, anda perlu kenal pasti dahulu bila wang yang ingin dipindahkan itu, perlu tiba di akaun penerima, kerana mungkin penerima perlu menggunakan wang tersebut dengan segera.

    Dan jangan lupa, kenal pasti perbezaan antara Instant Transfer dan juga Interbank GIRO.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    101 Comments

      • Saya Transfer duit pada hari sabtu(BSN-RHB).Kemudian,saya terima pemberitahuan pada hari ini bahawa Transaksi IBG tidak berjaya dan wang dikreditkan semula ke akaun saya .Tetapi apabila saya check akaun saya wang belum masuk lagi.Berapa lama tempoh wang tersebut dikreditkan semula ke akaun saya?

    1. Saya transfer pkul8 malam pada hari jumaat. Bank islam ke maybank. Tetapi sampai sekarang wang tersebut tidak masuk lagi.. Macam mana? Apa perlu saya buat?

    2. Berapa lama transfer dari BSN ke Maybank? Sudah 24 jam xde duit masuk lagi. Patut la xramai orang guna sebab mmg lewat sungguh. Kalau anak hendak duit kat universiti mati kebuluran la jawabnya.

      • Saya ada menerima transfer wang ke akaun bank CIMB pada 6.4.2023 hari jumaat tapi sampai sekarang belum lagi ada masuk kedalam akaun cimb saya. Setatus transfer adalah pending jadi berapa hari duit akan masuk ke bank saya.

    3. tak mcm sistem bank lain..aku pindah hari jumaat..dh lebih 24jam…tpi x masuk jgk…tolong la bsn buat mcm bank lain sistem tu..xkan nk tgggu seminggu..hmm
      perbaiki lgi.

    4. Sy buat transaksi kt shoppe pay msuk ke akaun bank .dah 10 hari xmasuk2 lg..selalunya ibg ni 3 hingga 5 hari je..

    5. IBG…saya buat transfer dari akaun alliance bank ke akaun cimb..sampai sekarang belum masuk..apa cerita? Berapa hari nak tunggu

    6. Rafidah Razali on

      Terima msj IBG telah dikreditkan ke akaun anda (Bank Rakyat) sila semak baki akaun anda.chek akaun yg tertera dlm paparan screen ..Baki pengeluaran/pindahan Rm$$$$dan Baki Akaun Rm$$$$.-Baki Akaun sy faham bleh keluar duit melalui atm tapi (Baki pengeluaran/pindahan) sy tak faham ..bleh tolong bagi penceraan.tq

    7. Saya ingin tahu,jika maklumat dr pihak bank mengatakan ibg transfer dikreditkan dlm masa 24 jam..adakah iye memerlukan pengesahan hq sedangkan urusan dicawangan pada hari ahad dinegeri tersebut buka operasi perbankan nya…

    8. Saya nak tanya kalau kite lupa letak binti/bin pada nama penerima,adakah duit akan masuk jugak dlam akaun dia atau duit tak masok sebab kite tak letak binti/bin mcm yg tertera pada nama penuh beliau dalam akaun bank.. no akaun betul dan nama betul cuma tak letak binti/bin..setakat ini sy dpt maklum balas transaksi diterima &berjaya daripada mybsn..cuma risau sikit bab tu..
      Cth nama penuh: Angelina binti Jolly
      Kite buat:Angelina Jolly?(lupa boh binti)

      *ade sesapa prnah buat mcm tu tak so far cemana tu?duit sampai tak pada penerima?

    9. Please la. Dri cimb ke maybank. Saya guna ibg. Tkkn lama sangat. Bukan senang nk cri duit. Jadi harap dpt pulangkan dengan segera. Jika tidak berjaya transfer

    10. Saya transfer duit dari bank islam ke maybank menggunakan giro transfer pada hari sabtu pukul 10.35 pagi, jadi saya nak tanya adakah duit tersebut akan masuk ke dalam acc bank islam saya semula ataupun duit tersebut akan masuk ke dlm acc maybank yg saya nak transfer tu?? And bilakah waktu duit tersebut akan berjaya di bankin ke dalam mana-mana acc??

    11. Saya nak tnya saya bankin menggunakan acc bank islam ke maybank menggunakn giro transfer jadi saya bankin pada hari Ahad jam 10.35 pagi jadi soalanya mcm mna saya nak tahu sama ada duit yang saya transfer menggunakn giro itu sudah dibankin ke dlm acc penerima?

    12. Kwn transfer ibg khamis mlm jam 9 30/7/2020 Dr bank Islam me bank RAKYAT..brapa hari prose’s untuk dpt ambil duitnya

    13. Saya ada buat instant transfer (Bank Islam – Maybank) pada 3/8, 11.46am tapi transaction status pending sedangkan duit dah pun ditolak dari akaun saya. Boleh saya tahu kenapa?

      • Sy orang rumah transfer pagi tadi pkul8.00pagi biasa masok pukul berapa sy balik dari bank BSN jap ni. Tk ada lg tolong penjelasan sahabat smue

    14. Trnsfer guna ibg di hari sabtu(week end) mmg tk dpt ye,kenapa bsn ni sgt sulit buat trnsaksi?ni menyusah kn rakyat,bukan senangkn rakyat.org nk guna duit cept kena dgn trnsaksi mcm ni pula,kalau kt tpt sy ni ade bnk lain mmg tk pakai transaksi bsn ni lembap…tolong la pihak bsn buat sesuatu,bank lain nk buat transaksi online ok je,tapi bsn ni tk sama pula…patutlah tk ramai orang nak guna sgt bsn ni..kata sefty pon tk juga,pening la

    15. Nak tanya saya trnsfer wang melalui bank islam trnsfer dkt maybank, 31 agos saya trnsfer.
      Skrng sya check tak blh.
      Apa hal tuh ya?
      Boleh bagi tau kat saya?

    16. Hi majikan saya transfer IBG dari Standard Chartered Singapore ke acct saya Maybank pada 08/09/2020 selepas pkl 5pm. Menurut website mmg transfer antarabangsa ambil masa 2 hingga 3 hari berkerja, duit belum masuk dan saya marah majikan kerana ingat mereka tipu. Majikan kata transaksi berjaya dan minta saya check dgn Maybank. Pengerusi Maybank cawagan KL cakap tiada sebarang transaksi. Sekarangan saya kebingungan. Boleh sesiapa bagitau berapa lama agaknya, atau apa saya perlu buat. Saya gaduh dgn majikan kata nak repot polis. ?

    17. 14 September 2020, Pak cik saya dia buat online transfer (AmBank ke Bank Islam) dalam jam 11:17 pagi. Berdasarkan jadual yang ditunjukkan, sebarang online transfer via IBG jam 11:00 pagi, duit akan masuk pada jam 8:20 malam. Hari ini, 16 September 2020, Malaysia Day, saya faham bank cuti sebab penat. Tapi kenapa saya masih belum menerima duit tersebut pada hari semalam iaitu, 15 September 2020 sedangkan selama ni IBG AmBank boleh buat cepat transactions tu. Saya contact AmBank via Email, satu response pun takda. Jadi, sekarang nak cakap saya kena tunggu lagi ke sampai bulan December 2020?. Atau nak tunggu Pandemic ni habis, baru nak proceed?. Sila jelaskan mengapa hal ini berlaku, ok?. Tq

    18. aku kena nomboq 1.8j tadi.. gaduh nan toto psal pkai ibg agak2 brapa hri bru msuk duit tu yee… kamu smua ada mnis2 jngn risau jnji ada acc no….

    19. 10hb tranfer giro to cimb skrng dah 15hb tk msuk2 lgi. duit dri giro tu memang daa kena potong ke tau tnggu msuk duit baru kena potong duit dri giro. mohon peceraan tq

    20. Alexander Graham on

      Akauntan majikan cakap ada buat transfer duit pada 4 November dari bank HSBC Ke akaun Maybank saya. Sekarang dah 12 November, duit tersebut tak masuk2 lagi.

    21. Jika pemprosesan mengunakan open interbank transfer dari maybank ke bank rakyat successful..berapa lama akan masuk dlm akaun bank rakyat??tarikh transfer pada 20 dec 2020 jam 12:57:04 tghari (ahad),smpai ari ini masih lgi tiada masuk duit dri maybank..

    22. Transfer 22 dec 10.00am, tpi sampai sekarang belum masuk lagi..di resit dia tulis (accepted for processing).. Tpi dlm akaun duit dah di tolak.. Kenap ya?

    23. Mohamad Amyzan Azmi Bin Abdullah on

      Nak tanya jika pihak luar tranfer masuk ke acc bank kita dengan IBG…..bape lama dan bagaimana kita nak tau sama ada duit dari org tu sudah masuk atau belom

    24. Saya bank in dari RHB – BSN pada hari Sabtu Pkul 8.00 pm (16/01) , sampai sekarang tak masuk lagi.. Dah seminggu saya tunggu,, dan dah berulangkali saya check nombor akaun, tapi sama sahaja.. Nombor akaun betul.. Macam mana tu ye ..

    25. Mengarut IBG lama tunggu kalau transfer hari cuti…Huhu…Saya kalau BSN mmg malas nak transfer tapi kalau Bank lain cam Ambank,Bank Islam dan bank-bank lain saya suka sbb pakai DuitNow fuh mmg best dan lagi senang nak transfer…Laa laa tu transfer,laa laa tu sampai…Saya harap BSN dapat buat sistem baru dan majukan sistem mereka…

    26. sy transfer duit hti khamis 28.01.21 ke akaun maybank smpai sekrng xmsuk call bank islam pun operator xnk lyan? please mcm mn ni xkan duit hilang mcm tu jer please ?

    27. NOR HAYATI BINTI DERAMAN on

      Saya transfer pada 9/2/2021 dari bank cimb ke bsn masih sekarang duit belum masuk lagi. Kenapa jadi macamni

    28. Sy punye 11/2/2021 kawan transfer guna Giro Maybank ke acc sy bank Islam mohon tanya sy Chek tanye kawan baik balance dari acc dia dah tolak semua success. Tapi kenapa sy takdapat ape2 respon ea .dari 11hb hingga sekarang takmasuk

    29. Saya dh transfer duit melalui IBG bank RAKYAT ke Am bank pda Hari sabtu, namun sampai skrg blom ada apa2 brita lgi ttg kemasukan duit tersebut. Mcmnna nk settle pkara ni.

    30. Kawan saya transfer duit kat saya dari cimb clicks 27/3/ ke maybank tapi sampai takde lepastu try transfer balik tpi takde jugak macamna tu pelik la

    31. Saya transfer dari bsn ke Maybank dari Hari jumaat malam jam 2235hrs sehingga Hari sabtu jsm2210 hrs Tak Ada lg…mengapa….

    32. Transfer malam jumaat n sekarang sudah Hari isnin tapi duit xmasuk2 lagi…berapa lama proses eh?(ibg)
      Giro to cimb

    33. IBG..sy tranfers online bsn ke acc kwn sy cimb bank pada hari khamis bertarikh 22/4/21 pada jam 2030pm..tp smpai ke hari ni brtarikh 29/4/21 duit yg sy tranferskn ke acc cimb bank kwn sy tu tdk masuk2 lgi,wlaupun tdk brjaya transaksi ke acc cimb skli pun,knpa smpai ke hari ni duit yg tdk brjaya tranfers ke acc cimb tu tdk dikembalikn dgn segera??segala notis dan msej dari bsn pun sy tdk trima ape2 pun maklumat pun,harap pihak atasan tlg atasi masalah ini.

    34. Kenapa duit yang di tranfer dari cimb ke bank simpanan nasional tu lambt di tranfer klmarin pd jam 12.13 pm berapa lama mau tunggu

    35. Kenapa kawan saya transfer dari Bsn (IBG) pagi tadi pukul 8.33am ke PUBLIC BANK saya Sampai sekarang tak masuk Guys.?? Sekarang dah pukul 18.10pm, And saya try tunggu pukul until 11pm. Harap2x masuk lah

    36. Rohani majib on

      Sy tranfers duit dari agro ke affin guna (ibg) semalam pukul12 tengah hari. Tapi belom masuk masuk sampai skrg

    37. Saya baru tadi tersilap transfer berdebar debar jantung bila dah masuk cod pengesahan check nama tak ada not applicable check no akaun betul tapi saya tekan transfer giro sesalunya duit now dulu instant transfer tu la pening lain pulak cerita, so mcam mana nk buat ni, dari maybank ke affinbank (asb)

    38. Masalah yg sama gak..customer dh 2x buat transfer..memula IBG bnk islam ke mybnk..dh dkt smggu xmsk2..lps tu br ni try duit now bnk islam ke mybnk..pun xmsk gak..so sistem ade prob ke cmne ye..tlg bg pencerahan..

    39. SITI KHADIJAH BINTI AINON on

      Kawan sy bayar hutang dri BSN transfer ke MAYBANK dah masuk ni 8 hari dah x masuk lagi betul. Ke atau mmg lambat atau saya kena tipu saya nk guna duit tu sngt urgent berapa tempoh boleh masuk 😭

    40. NUR A'SYIKIN on

      kawan sya kata da bank in ke ibg bsn.tp x share resit.dia kata transfer dalam 11 malam…esoknya x masuk lagi…jdi mcm mana

    41. Malam sbtu (4/7/) tu kwn aku trnfer dekat aku hong leong ke maybank dia pakai ibg 😭 sampai sekarang tak masuk lagi .ka ku yg trtipu ni 😭

    42. Latfi amir bin zamri on

      Duit tu di transfer ke account public bank pada hari sabtu dalam 5 atau 6 petang.jadi bila kah saya bolih terima duit tersebut.

    43. ibg hong leong pergi public bank…dari 20/6 & 21/6 transfer tp sampai sekarang duit x di terima lgi…memang perlu ambil masa sebulan ke dua bulan baru dpt trima duit tu kah?boleh tolong jelas kan ke knp lama sngt duit nak di terima.

    44. Tunggu ibu maybank transfer duit ke account BSN sy pun x masuk2 lg..jumlah bukannya ckit..kne tambah duit tambah duit RM1000 lagihan pula tu untuk pengurusan perpindahan tu..duit x masukn juga kat account bsn sy

    45. MCM sy tggu transfer dari orang bank public bank pgi tadi jam 7am bila ye sy Akan terima tapi resit yang orang tu anta success tpi bwh ada tulis merah nama atau verify apa tah tulis tapi merah ..cmne nak tahu dah betul² berjaya transfer atau tidak

    46. Kalau status transfer sudah berjaya tapi penerima tidak dapat duit macam mana ya. Sudah 2 hari saya tunggu x dapat. Macam mana tu?

    47. Ari sabtu tersalah guna ibg,nasib baik masuk rm100 ,spai arini isnin Belum masuk dahla xde duit ni,kering,nasib RM 100 klau am g transfer terus rm400 guna ibg xke kayu dok tunggu duit masuk,duit dahla Ada byk tu je,kite org x senang xde simpanan, tulah spe sruh belajar main2,bila ssh tgungla sdri

    48. Hong Leong bank transfer kat BSN dari 30jun smpai sekarang 5julai xmsk msk..ibg..berat nanang sistem..nyusoh kotrang..

    49. Kata isnin masuk jam 11:00 hari kerja , reff gagal jam 17:00 petang, tapi duit x masuk lagi atau pun gagal , cmane nie , profesional sikit la , Malaysia kaya dngn Wang scam ke?

    50. Kwan sy transfer suit pkai ibg transfer. Petng jumaat smpai skunk x msuk2..sy nk tyelh sp Thu ibg transfer k mybnk bp hri??dh xd duit lngsong n

    51. Saya tersilap tranfer IBG dari BSN kepada CIMB pada 13.9.22 pada pukul 5.44 pm. Hari ini Jumaat 16 hb. Setiap hari saya check tapi tak ada. No akaun dah betul. Berapa lama patut saya tunggu?

    52. Mohd Tarmizi Bin Hanafiah on

      sye transfer ibg cimb ke bank islam pada hari khamis 29 september sampai 5 oktober blum dpat lagi…bleh tolong jelas kan

    53. Transfer duit dari maybank ke bank islam dari 16/11 sampai sekarang tak masuk masuk lagi , boleh saya tahu macamana caranya tu ?

    54. Mohamad Nizam on

      IBG Transfer ni dorang guna khidmat runner ambik duit kat bank (penghantar ) lepas, hantar duit fizikal dekat bank lain (penerima). Sabtu Ahad runner cuti sebb tu kena tunggu hari bekerja esok nya..

    Leave A Reply