What's Hot

    Zaman sekarang ini ada macam-macam cara nak tambahkan duit pendapatan bagi kehidupan seharian kita. Antaranya bekerja sambilan seperti freelance designer, menulis dari rumah, jual dessert dari rumah, jadi agent insurans dan juga jual beli saham. Jual beli saham ini ada pelbagai dan yang paling terkenal sekarang adalah cryptocurrency ataupun wang kripto. Namun sebelum adanya cryptocurrency, saham forex atau lebih dikenali sebagai foreign exchange antara saham yang satu dunia buat urusan niaga.

    Tapi kalau nak tahu sebenarnya urusan jual beli saham forex ini dekat Malaysia adalah haram. Kau mesti terkejut kan? Aku pun buat-buat terkejut kenapa forex haram. Nak tahu lebih lanjut jom baca penulisan ini sampai habis.

    Apa itu forex?

    Sebelum nak tahu kenapa forex haram, forex ini adalah satu jual beli matawang pertukarang di antara negara lain dan negara lain. Antara pasaran saham yang utama bagi menentukan harga dan jumlah pertukaran untuk setiap mata wang di serata dunia.

    Bila menggunakan forex pembeli jual matawang sebagai aset, kemudian menukarkan matawang diantara satu sama lain. Misalnya dari RM (Ringgit Malaysia) ke SGD (Singapore Dolar).

    Foreign exchange atau forex, tidak sama macam jenis jual beli kewangan yang lain,  ini kerana tiada lokasi dan access untuk melakukan aktiviti jual beli kewangan.

    Sebabnya forex tiada mendapat pengiktirafan sebagai sebuah tempat atau merupakan bangunan. Walhal ianya terbina dari para pembeli dan penjuak dan terciptanya saluran forex yang dipanggil liquidity provider ataupun pembekal cairan sama fungsi macam bank dan mana-mana pusat kewangan, broker dan dagangan runcitan.

    Kenapa forex haram di Malaysia?

    Dalam perspektif Islam, sebab utama forex diharamkan di Malaysia adalah kerana ia melibatkan unsur riba (faedah atau bunga) yang secara langsung bertentangan dengan hukum Syariah.

    Forex atau pertukaran mata wang asing melibatkan transaksi jual beli mata wang dengan tujuan mendapatkan keuntungan dari perbezaan nilai mata wang. Dalam banyak kes, transaksi ini melibatkan pinjaman atau leverage yang dikenakan faedah.

    Selain itu, Forex juga sering dikaitkan dengan spekulasi atau judi yang juga dilarang dalam Islam. Risiko kerugian yang tinggi dalam Forex membuatnya menjadi aktiviti yang tidak pasti dan seringkali merugikan.

    Namun, penting untuk diingat bahawa pandangan ini mungkin berbeza-beza mengikut pandangan ulama dan ahli fiqh yang berbeza. Ada yang berpendapat bahawa Forex boleh diterima selama ia mematuhi prinsip-prinsip tertentu, seperti bebas dari unsur riba, transaksi harus dilakukan secara tunai dan mata wang harus diserahkan dan diterima pada masa transaksi (spot).

    Namun, pada umumnya, pandangan yang lebih dominan di Malaysia adalah bahawa Forex adalah haram kerana melibatkan unsur-unsur yang bertentangan dengan prinsip Syariah.

    Apa hukum forex trading dalam Islam?

    Hukum forex trading dalam Islam ialah haram.

    Nabi Muhammad S.A.W juga telah memberikan panduan tentang bagaimana untuk melakukan urusan jual beli dalam keadaan yang betul. Nabi berpesan, jika ingin menukarkan matawang yang berbeza ianya mestilah ditukar dengan dalam keadaan yang segera. Jika berlakunya penangguhan maka ianya akan menjadi hukum riba.

    Tambahan, dikatakan Imam Malik sangat tidak gemar akan hal tersebut dan nak sahaja haramkan bertukar-tukar duit ini kecuali dia bertakwa. Maksud takwa disini adalah, individu itu perlu tahu hukum halal dan haram supaya dapat jauhkan diri dari melakukan amalan riba yang hukumnya jatuh sebagai dosa besar.

    Malah, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 2012 telah mengeluarkan fatwa melalui musyawarah yang dilakukan bahawa forex adalah satu sistem pertukaran mata wang asing dalam bentuk perjudian ini kerana mempunyai unsur-unsur riba. Forex juga tidak memenuhi syarat-syarat umum jual beli dan juga syarat-syarat khusus Bay-al Sarf 

    Makanya rakyat Malaysia terutamanya bagi yang beragama Islam dilarang daripada melakukan aktiviti haram jual beli forex ini dan jangan tanya kenapa forex haram.

    Akhir kata

    Jadi sekarang dah jelaslahkan kenapa forex ini haram? Makanya kalau dah tahu ini, beritahu pada yang lain juga. Jangan baca sendirian. Boleh sahaja kalau nak main saham yang tidak jatuh haram hukumnya. Mungkin boleh cuba main saham secara online dan kecil-kecilan. Cuba dulu mana tahu beranak duit kau tu.

    Renung-renungkan dan selamat beramal.

    Semoga dipermudahkan segala urusan.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply