Sejak perkenalan Maybank2u, banyak transaksi atas laluan boleh dilakukan dengan mudah. Akan tetapi, bagi sesetengah pengguna, akan timbul persoalan “kenapa Maybank2u tak boleh transfer?”. Maka, kita akan lihat beberapa penyumbang kepada persoalan ini.

Pertama, akaun yang dihajatkan untuk transaksi tidak ditaip dengan tepat. Ini merupakan kecuaian daripada pihak pengguna itu sendiri di mana mereka mungkin terlepas pandang atau tersalah tekan ketika hendak memasukkan nombor akaun tersebut. Kadang kala, akaun tersebut tidak wujud maka transaksi boleh dibatalkan.

Kedua, internet anda tidak kuat atau bermasalah. Ini boleh berlaku apabila pihak pembekal internet mengalami masalah seperti sistem crash atau offline buat sementara waktu. Maka, anda mungkin tak boleh membuat sebarang transaksi membabitkan Maybank2u buat sementara waktu sehinggalah masalah tersebut diselesaikan oleh pembekal anda.

Ketiga, lokasi anda tidak dicapai oleh internet. Apabila anda berada di kawasan pedalaman, atau mana-mana tempat yang jauh daripada pencawang menyebabkan anda tak boleh melakukan sebarang transfer melalui Maybank2u untuk mengesahkan transaksi yang anda ingin lakukan.

Keempat, pembekal anda mungkin memerlukan masa yang lebih sebelum menyalurkan kredit. Sekiranya di sesuatu lokasi terdapat ramai pengguna yang menggunakan servis transfer yang sama, maka ia akan memberi kesan terhadap respon saluran transaksi oleh kerana sistem pihak bank mengalami aliran trafik data yang tinggi. Ini boleh berlaku apabila sistem bank ada kecacatan pada hari tersebut.

Kelima, anda kekurangan baki untuk disalurkan ke nombor akaun lain. Sebelum anda boleh membuat transfer kepada akaun lain, anda perlu pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi terlebih dahulu di akaun anda. Ataupun, anda hanya mempunyai baki yang cukup untuk diberi kepada orang lain, tetapi tidak cukup untuk menampung kos servis transaksi tersebut seperti yang ditetapkan oleh pihak bank. Maka, pastikan balance anda mencukupi.

Keenam, anda memasukkan TAC yang salah. Sistem Maybank2u banyak menggunakan sistem TAC kerana keselamatan yang ditawarkan. Maka apabila anda tersalah masukkan nombor TAC, sistem pihak bank akan mengesan anda sebagai penceroboh dan transaksi tersebut akan dibatalkan.

Ketujuh, aplikasi Maybank2u anda mengalami penyelenggaraan sistem sementara sehingga menghalang apa-apa transaksi daripada disiapkan. Ini boleh berlaku dari semasa ke semasa, dan sekiranya berlaku, anda perlu menunggu sehingga sistem pulih, ataupun anda boleh ke ATM untuk membuat transaksi secara fizikal.

Kelapan, akaun anda telah dibekukan oleh pihak bank. Sekiranya anda terlibat dengan aktiviti jenayah membabitkan akaun tersebut, Mahkamah mengeluarkan arahan untuk membekukan akaun tersebut, atau apa-apa situasi lain yang menyebabkan akaun tersebut dibekukan, maka apa-apa transaksi membabitkan akaun tersebut akan dihalang. Bahkan, jika akaun yang anda ingin membuat transfer pula dibekukan, maka apa-apa transaksi akan terhalang.

Akhir kata, yang disenaraikan di atas adalah antara sebab kenapa Maybank2u tak boleh transfer. Maka anda perlu pastikan akaun anda dan akaun yang dikehendaki untuk transfer melalui Maybank2u adalah bebas daripada masalah.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply