Pernah tak berlaku, anda terkena speed trap, dimana ada anggota polis di bawah jambatan yang sedang elok menembak kereta anda? Jika pernah, tentu rasa menggelabah sebab kena sediakan duit untuk bayar saman PDRM online. Dan-dan itu juga, rasa tak sabar mahu berhenti tepi jalan untuk check saman polis trafik di SSO PDRM online.
Jika kenyataan di atas memang sama dengan apa yang berlaku pada anda sekarang, izinkan kami berkongsi cara check saman polis trafik di portal SSO PDRM online.
Langkau artikel ini untuk baca tentang cara renew roadtax motor secara online.
Cara check saman polis trafik (SSO PDRM online)
Cara check saman polis trafik (Portal SSO PDRM online)
Sistem Semakan Online (kependekannya ialah SSO) bertujuan untuk memudahkan semakan status perkhidmatan polis secara atas talian.
Pertama sekali, anda perlu mendaftar sebagai pengguna dan log masuk ke dalam sistem dengan mengunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
Sila ikut langkah berikut:
- Klik pautan SSO online di sini: https://sso.rmp.gov.my
- Klik pada gambar Daftar Baru Pengguna
- Pendaftaran ini hanya sah untuk warganegara Malaysia sahaja
- Masukkan no kad pengenalan sebagai ID pengguna
- Masukkan kata laluan dan taip sekali lagi untuk buat pengesahan
- Masukkan email dan taip sekali lagi untuk buat pengesahan
- Sebagai keselamatan, masukkan tempat lahir dan nama ibu
- Seterusnya, masukkan maklumat pengguna
- Masukkan nama
- Masukkan jantina
- Masukka nombor kad pengenalan
- Masukkan tarikh lahir
- Masukkan alamat, poskod dan bandar
- Masukkan nombor telefon
- Masukkan kod pengesahan
- Klik Serah
- Selesaikan proses pendaftaran
- Jika sudah, klik Login di bahagian atas, sebelah kanan (rujuk gambar di bawah)
- Masukkan ID pengguna
- Masukkan Kata Laluan
- Setelah berjaya login, klik pada ikon Status Saman
Untuk makluman, anda boleh semak menggunakan nombor MyKad dan juga nombor kenderaan.
Cara check saman polis trafik (Kaunter)
Anda boleh buat semakan melalui Kaunter Trafik COPS (Computer On-Line Payment System):
- Di Semua Ibu Pejabat Polis Daerah.
- Kaunter JPJ terpilih
Untuk makluman, ada juga kaunter Trafik COPS di kompleks beli-belah terpilih. Lebih memudahkan juga.
Cara check saman polis MYEG
Untuk check saman melalui MYEG, sila baca cara daftar MYEG terlebih dahulu.
Ini lebih mudah, kerana kita boleh buat semakan untuk saman JPJ dan saman polis sekaligus. Semuanya ada dalam satu tempat.
- Pergi ke laman web MYEG di https://myeg.com.my
- Sila daftar terlebih dahulu
- Jika sudah mendaftar, hanya perlu login menggunakan username & password
- Jika terlupa password, klik terlupa kata laluan
- Pergi ke menu e-Services dan pilih JPJ. Anda juga boleh semak saman PDRM dan AES.
- Masukkan nombor kad pengenalan dan pilih kategori
- Selepas itu, klik Submit dan akan keluar paparan samada anda ada saman atau tidak
Cara semak saman polis trafik melalui RILEK
Selain MYEG, anda juga boleh check saman online menggunakan RILEK.
- Pergi ke laman web RILEK di https://rilek.com.my
- Sila daftar terlebih dahulu
- Jika sudah mendaftar, hanya perlu login menggunakan username & password
- Jika terlupa password, klik terlupa kata laluan
- Pergi ke menu “Search By” dan pilih untuk semakan saman polis
- Masukkan butiran yang diminta dan klik Semak
- Untuk makluman, anda juga boleh buat semakan saman JPJ melalui RILEK
Cara semak saman polis trafik guna SMS
Jika sukar untuk guna Internet, boleh sahaja semakan saman guna SMS. Lebih pantas dan laju, cuma ada sedikit kos.
Semakan saman polis trafik SMS (guna nombor IC)
- Taipkan POLIS SAMAN <jarak> No Kad Pengenalan
- Hantarkan ke 15888
Contoh (bukan yang sebenar): POLIS SAMAN 920101142533
Semakan saman polis trafik (guna nombor kenderaan)
- Taipkan POLIS SAMAN <jarak> No plat kenderaan
- Hantarkan ke 15888
Contoh (bukan yang sebenar): POLIS SAMAN WWW8888
Kenderaan itu termasuklah kereta, motor, lori dan lain-lain. Bermakna semua kenderaan yang berdaftar dengan JPJ.
Cara bayar saman polis trafik (PDRM)
Bagi yang ingin membayar saman melalui PDRM, ada 3 cara:
Bayar saman polis secara online
-
- Melalui portal
- Gunakan mod bayaran Kad Debit/Kad Kredit
- Caj sebanyak RM 2.00 dikenakan terhadap semua bayaran saman bagi setiap transaksi oleh pihak pembekal perkhidmatan.
Bayar saman polis trafik melalui kaunter
Jika memilih untuk bayar melaui kaunter, cara bayaran ada Tunai, Kad Debit & Kad Kredit.
-
- Melalui Kaunter Trafik COPS (Computer Online Payment System)
- Kaunter ini ada di semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Daerah
- Melalui Kaunter JPJ Terpilih:
- JPJ Johor Bahru
- JPJ Kuantan
- JPJ Seberang Prai Tengah
- JPJ Ipoh
- JPJ Wangsa Maju, Kuala Lumpur
- JPJ Padang Jawa, Selangor
- JPJ Kuala Terengganu, Terengganu
- Melalui Kaunter Trafik COPS di Pusat Beli-Belah:
- Terminal One Seremban
- Perangin Mall Pulau Pinang
- Queensbay Mall Pulau Pinang
- Jaya Jusco Ipoh
- The Curve Petaling Jaya
- IOI Mall Puchong
- Melalui Kaunter Trafik COPS (Computer Online Payment System)
Bayar saman polis trafik melalui mesin ATM Maybank
Dengan 5 langkah mudah:
- Langkah 1: Pilih “Paybills” pada menu utama
- Langkah 2: Pilih “Pembayaran Saman PDRM”.
- Langkah 3: Masukkan Nombor Kad Pengenalan.
- Langkah 4: Pilih akau untuk bayaran
- Langkah 5: Pilih saman yang perlu dibayar.
Semua bayaran saman tidak dikenakan caj perkhidmatan. Pra-Pendaftaran juga tidak diperlukan.
Akhir kata
Harus diingat, polis hanya menjalankan kerja mereka dalam menegakkan undang-undang.
Kalau kita salah, jangan marah-marah. Bayar sahaja saman dan lain kali, memandulah dengan lebih berhati-hati.
Jemput baca tentang portal JPJ online dan cara bayar saman JPJ pula.
Semoga bermanfaat.