What's Hot

    Selain daripada pinjaman ASB Maybank atau BSN. Anda juga boleh memohon pinjaman ASB CIMB yang menawarkan pelbagai faedah menarik bagi individu yang berminat untuk membuat pembiayaan pelaburan.

    Zaman sekarang, dah ada banyak cara dan tempat untuk merancang kewangan masa depan yang lebih baik. Anda hanya perlu pilih sahaja mana satu yang layak untuk anda dan mengikut kemampuan anda dalam memberikan komitmen. Oleh itu, kami telah menyediakan sedikit informasi mengenai pinjaman ASB CIMB melalui artikel ini.

    Untuk anda yang berminat, jemput baca perkongsian kami di sini.

    Pinjaman ASB CIMB

    Berikut merupakan jenis pinjaman produk pinjaman ASB yang disediakan oleh CIMB.

    Pembiayaan Bertempoh-i Dijamin Oleh Sijil ASB

    Produk pinjaman ASB CIMB ini adalah bersifat islamik dan patuh syariah yang menggunakan konsep Tawarruq. Ia ditawarkan adalah bertujuan untuk membantu individu mencapai matlamat kewangan yang diinginkan.

    Melalui pinjaman ini, anda akan menerima banyak manfaat dan keistimewaan. Antaranya adalah kadar yang kompetitif, pembiayaan fleksibel dan mendapat perlindungan pembiayaan.

    Untuk pengetahuan anda, anda boleh membuat pinjaman bermula dari RM10,000 sehingga RM200,000 dengan tempoh pinjaman minimum 5 tahun sehingga maksimum 40 tahun atau ketika mencapai umur persaraan bergantung yang mana lebih awal.

    Selain itu, kadar keuntungan adalah dikira mengikut serendah kadar asas (KA) + 1.20% setahun. Margin pembiayaan pula adalah tinggi iaitu sebanyak 100%.

    Tambahan lagi, apa yang paling menarik tentang produk pinjaman ini adalah ia boleh dimohon bersama iaitu lebih daripada satu individu pada satu-satu masa. Namun, kelebihan ini hanya dihadkan kepada ibu bapa, pasangan atau adik-beradik dewasa sahaja.

    Sila ketahui secara ringkas mengenai Pembiayaan Bertempoh-i Dijamin Oleh Sijil ASB ini melalui jadual di bawah:

     

    Kadar keuntungan

     Serendah kadar asas (KA) + 1.20% setahun

    Tempoh pinjaman

    5 tahun hingga 40 tahun

    Jumlah pinjaman

    RM10,000 hingga RM200,000

    Margin pembiayaan

    100%

    Kelayakan

    • Warganegara Malaysia
    • Minimum berumur 18 tahun dan ke atas
    • Mempunyai bukti pendapatan

    Kategori pinjaman

    Pembiayaan islamik

     

    Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ASB CIMB ini melalui maklumat tambahan di bawah.

    Kelayakan untuk memohon

    Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

    • Warganegara Malaysia.
    • Bumiputera sahaja.
    • Minimum berumur 18 tahun dan ke atas.
    • Mempunyai bukti pendapatan.
    • Permohonan bersama adalah tertakluk kepada had, terma dan syarat yang telah ditetapkan.
    • Mempunyai syarikat atau perniagaan yang telah berdaftar.

     

    Dokumen diperlukan

    Antara dokumen yang perlu disediakan untuk memohon adalah:

    • Salinan kad pengenalan.
    • Slip gaji 1 bulan atau 3 bulan terkini.
    • Penyata akaun semasa atau akaun simpanan pengkreditan gaji 3 bulan terkini.
    • Penyata KWSP terkini.
    • Penyata akaun semasa syarikat 6 bulan terkini (jika berkaitan).
    • Penyata keuntungan yang diperoleh dari deposit berjangka yang diletakkan lebih daripada 1 tahun (jika berkaitan).
    • Penyata dividen ASNB (jika berkaitan).
    • Penyata akaun Tabung Haji 6 bulan terkini (jika berkaitan).

     

    Bagaimana corak pembayaran bulanan Pembiayaan Bertempoh-i Dijamin Oleh Sijil ASB?

    Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

     

    Di mana boleh memohon pinjaman ASB CIMB ini?

    Sekiranya anda berminat untuk memohon pinjaman yang ditawarkan oleh CIMB ini. Anda boleh terus hadir di mana-mana cawangan CIMB berdekatan anda.

    Sekadar makluman, buat masa ini kami tidak dapat memastikan sama ada produk pinjaman ASB ini boleh dimohon secara online ataupun tidak.

     

    Akhir kata

    Sampai di sini sahaja informasi mengenai pinjaman ASB CIMB yang dapat kami berikan kepada anda. Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu anda memaksimumkan pinjaman pelaburan anda di tempat yang lebih baik.

    Walau bagaimanapun, anda harus ingat. Jangan cuba mohon sesuatu pinjaman yang boleh memudaratkan kehidupan anda dan keluarga di masa akan datang. Nak buat apa-apa pembiayaan mestilah ambil kira dahulu segala risiko dan kemampuan.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply