What's Hot

    Sekiranya anda sedang berfikir untuk membuat loan ASB. Apa kata kalau anda cuba mohon pinjaman ASB Maybank yang ditawarkan untuk anda yang berminat. Melalui artikel kali ini, kami akan mengupas beberapa informasi mengenai pinjaman ASB Maybank untuk dikongsikan kepada anda.

    Jadi, bolehlah anda semak segala keperluan untuk membuat loan ASB ini terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.

    Izinkan kami berkongsi.

    Pinjaman ASB Maybank

    Berikut merupakan jenis produk pinjaman ASB Maybank yang disediakan.

    1. Pembiayaan ASB-i

    Untuk pengetahuan anda, pembiayaan ASB-i ini adalah patuh syariah. Oleh itu, anda tidak perlu rasa ragu-ragu untuk memohon produk pinjaman ASB ini. Melalui pinjaman ini, anda boleh menerima jumlah pembiayaan minimum RM10,000 sehingga maksimum RM200,000.

    Di samping itu, tempoh pinjaman yang diberikan adalah dari 5 tahun sehingga 35 tahun atau telah mencapai had umur persaraan yang telah tertakluk kepada terma dan syarat. Selain itu, margin pembiayaan adalah sehingga 105% bergantung kepada ada perlindungan peribadi atau tidak ada.

    Kadar keuntungan pula adalah bergantung kepada kadar asas (KA) serendah 1.55% sehingga mencecah 3.55%.

    Sila ketahui secara ringkas mengenai Pembiayaan ASB-i ini melalui jadual di bawah:

     

    Kadar keuntungan 1.55% hingga 3.55%
    Tempoh pinjaman 5 tahun hingga 35 tahun
    Jumlah pinjaman RM10,000 hingga RM200,000

    Margin pembiayaan

    105%

    Kelayakan

    • Warganegara Malaysia
    • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sehingga 70 tahun pada akhir tempoh pinjaman

    Kategori pinjaman

    Pembiayaan islamik

     

    Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ASB Maybank ini melalui maklumat tambahan di bawah.

    Kelayakan untuk memohon

    Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

    • Warganegara Malaysia.
    • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sehingga 70 tahun pada akhir tempoh pinjaman.

     

    Dokumen diperlukan

    Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon adalah:

    • Salinan kad pengenalan.
    • Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
    • Penyata akaun bank pengkreditan gaji.
    • Penyata KWSP terkini.
    • Tangkapan skrin nombor akaun pemegang unit ASNB anda.
    • Borang permohonan islamik (jika berkaitan).

     

    Bagaimana corak pembayaran bulanan Pembiayaan ASB-i?

    Bagi memudahkan anda untuk membuat bayaran balik pinjaman ASB ini secara konsisten. Sila rujuk jadual ini sebagai panduan.

    Sekadar makluman, pembayaran pinjaman ini adalah secara ansuran bulanan tunggal dengan kaedah bayaran adalah arahan berubah-ubah.

     

    Di mana boleh memohon pinjaman ASB Maybank ini?

    Jika anda berminat untuk memohon pinjaman ASB Maybank ini. Anda boleh mohon secara walk in dengan hadir di mana-mana cawangan Maybank berdekatan anda.

    Anda juga boleh mohon secara online melalui laman web Maybank2u atau aplikasi Maybank. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila semak halaman ini maybank2u.com.my.

     

    2. Pinjaman ASB Maybank (Pembiayaan ASB)

    Pembiayaan ASB ini adalah merupakan pinjaman pelaburan untuk unit amanah ASB yang ditawarkan oleh Maybank Malaysia. Melalui pinjaman ini, anda boleh memohon bermula RM10,000 sehingga RM200,000 dengan tempoh pinjaman dari 5 tahun sehingga 30 tahun atau mencecah umur persaraan.

    Selain itu, margin kemudahan melalui pinjaman ini adalah sehingga 100% atau 105% bergantung kepada nilai nominal unit ASB tempoh pengurangan perlindungan peribadi. Untuk pengetahuan anda, pinjaman ini ada kadar kemudahan serendah 1.55% sehingga 3.55%.

    Di samping itu, pembiayaan ini menggunakan faedah kompaun untuk pulangan yang kompetitif, mempunyai tempoh pembayaran yang fleksibel dan pelanggan juga boleh menikmati perlindungan insurans.

    Sila ketahui secara ringkas mengenai Pembiayaan ASB ini melalui jadual di bawah:

     

    Kadar kemudahan 1.55% hingga 3.55%
    Tempoh pinjaman 5 tahun hingga 30 tahun
    Jumlah pinjaman RM10,000 hingga RM200,000

    Margin kemudahan

    100% atau 105%

    Kelayakan

    • Warganegara Malaysia
    • Berumur minimum 18 tahun sehingga maksimum 70 tahun pada akhir tempoh pinjaman

    Kategori pinjaman

    Pinjaman pelaburan konvensional

     

    Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ASB Maybank ini melalui maklumat tambahan di bawah.

    Kelayakan untuk memohon

    Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

    • Warganegara Malaysia.
    • Berumur minimum 18 tahun sehingga maksimum 70 tahun pada akhir tempoh pinjaman.

     

    Dokumen diperlukan

    Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon adalah:

    • Salinan kad pengenalan.
    • Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
    • Penyata akaun bank pengkreditan gaji.
    • Penyata KWSP terkini.
    • Tangkapan skrin nombor akaun pemegang unit ASNB anda.
    • Borang permohonan konvensional (jika berkaitan).

     

    Bagaimana corak pembayaran bulanan Pembiayaan ASB?

    Bagi memudahkan anda untuk membuat bayaran balik pinjaman ASB ini secara konsisten. Sila rujuk jadual ini sebagai panduan.

    Sekadar makluman, pembayaran pinjaman ini adalah secara ansuran bulanan tunggal dengan kaedah bayaran adalah Arahan Berdiri Pembolehubah (VSI).

     

    Di mana boleh memohon pinjaman ASB Maybank ini?

    Jika anda berminat untuk memohon pinjaman ASB Maybank ini. Anda boleh mohon mengunjungi mana-mana cawangan Maybank berhampiran anda.

    Selain itu, anda juga boleh mohon secara online melalui laman web Maybank2u atau aplikasi Maybank. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila semak halaman ini maybank2u.com.my.

     

    Akhir kata

    Sekian sahaja informasi mengenai pinjaman ASB Maybank yang dapat kami senaraikan untuk anda. Diharapkan dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat yang diperlukan sebelum mengajukan permohonan.

    Oh ya! Kalau anda adalah kakitangan kerajaan atau GLC yang nak buat pinjaman peribadi untuk nak buat majlis kahwin ke atau renovate rumah ke. Anda boleh cuba mohon pinjaman peribadi AgroBank ini sebagai salah satu bantuan kewangan anda.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply