Istimewa untuk anggota koperasi KOPUTRA. Mari penuhi matlamat dan keperluan kewangan anda dengan pinjaman Koperasi KOPUTRA.
Sedikit perkongsian, Koperasi KOPUTRA adalah singkatan bagi Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad. Ia ditubuhkan dengan tujuan untuk menjadi koperasi pelaburan terunggul dalam sektor kewangan, harta dan perkhidmatan yang berlandaskan syariah.
Buat anggota yang ingin tahu apakah jenis produk pinjaman yang ditawarkan oleh koperasi KOPUTRA. Mari ketahuinya melalui artikel ini.
Izinkan kami berkongsi.
Pinjaman Koperasi KOPUTRA
Berikut merupakan jenis produk pinjaman yang disediakan di Koperasi KOPUTRA dan anda boleh mohon.
1. Pinjaman Koperasi KOPUTRA (Pembiayaan Pendidikan)
Produk pembiayaan ini adalah terbuka kepada anggota, pasangan anggota atau anak anggota untuk tujuan pendidikan atau menyambung pengajian.
Pembiayaan ini juga berfungsi untuk pembayaran atau menyelesaikan yuran. Selain itu, ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu pendidikan tinggi seperti IPTA atau IPTS dan pendidikan rendah seperti sekolah rendah atau sekolah menengah.
Melalui pinjaman ini, anda boleh memohon jumlah pembiayaan minimum dari RM5,000 sehingga maksimum RM20,000 dengan tempoh bayaran balik dari 3 tahun sehingga 5 tahun. Caj kadar keuntungan yang dikenakan pula adalah serendah 5.75% setahun.
Walau bagaimanapun, anda perlu menyediakan penjamin sebanyak 1 orang atau 2 orang bergantung kepada jumlah pinjaman yang diberikan.
Sila ketahui secara ringkas mengenai Pembiayaan Pendidikan melalui jadual di bawah:
Kadar keuntungan |
5.75% setahun |
Tempoh pinjaman |
3 tahun sehingga 5 tahun |
Jumlah pinjaman |
RM5,000 sehingga RM20,000 |
Sektor pekerjaan |
Anggota Koperasi KOPUTRA |
Kelayakan |
|
Tempoh kelulusan |
Tidak dinyatakan |
Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman Koperasi KOPUTRA ini melalui maklumat tambahan di bawah.
Kelayakan untuk memohon
Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk memohon adalah:
- Warganegara Malaysia.
- Anggota, pasangan anggota atau anak anggota koperasi sahaja.
- Menyediakan penjamin.
- Wajib mengambil Pakej Learning Port.
Dokumen diperlukan
Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon adalah:
- Salinan kad pengenalan.
- Penyata gaji 3 bulan terkini.
- Surat pengesahan jawatan.
- Salinan kad pengenalan anak (jika permohonan untuk anak).
- Surat tawaran kemasukan ke universiti atau sekolah.
- Surat penyelesaian pendidikan.
Bagaimana corak pembayaran bulanan Pembiayaan Pendidikan?
Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik bagi pinjaman ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut yang berkaitan.
Di mana boleh memohon pinjaman Koperasi KOPUTRA ini?
Sekiranya anda berminat untuk memohon pinjaman ini. Anda boleh mohon secara manual dengan hadir ke Pejabat Koperasi KOPUTRA atau mohon secara online di laman web di sini koputra.com.my.
2. Pinjaman Koperasi KOPUTRA (Pembiayaan Perkahwinan)
Jika anda merupakan anggota atau mempunyai anak yang ingin berkahwin. Pembiayan ini adalah sesuai untuk anda mohon.
Seperti kenyataan di atas, produk pinjaman ini dikhususkan untuk memberikan kemudahan kewangan kepada anggota atau anak anggota yang akan mendirikan rumah tangga. Namun begitu, pembiayaan ini juga turut memerlukan 1 atau 2 orang sebagai penjamin bergantung kepada jumlah pembiayaan yang diberikan.
Melalui pinjaman ini, anda boleh memohon pembiayaan sehingga RM25,000 dengan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga 7 tahun. Di samping itu, caj kadar keuntungan yang dikenakan pula adalah sebanyak 5.75% setahun.
Tempoh kelulusan permohonan adalah dalam masa 10 hari waktu bekerja.
Sila ketahui secara ringkas mengenai Pembiayaan Perkahwinan melalui jadual di bawah:
Kadar faedah | 5.75% setahun |
Tempoh pinjaman | Sehingga 7 tahun |
Jumlah pinjaman | Sehingga RM25,000 |
Sektor pekerjaan | Anggota Koperasi KOPUTRA |
Kelayakan |
|
Tempoh kelulusan | 10 hari waktu bekerja |
Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman Koperasi KOPUTRA ini melalui maklumat tambahan di bawah.
Kelayakan untuk memohon
Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk memohon adalah:
- Warganegara Malaysia.
- Anggota yang akan berkahwin atau perkahwinan anak anggota.
- Menyediakan penjamin.
- Dokumen permohonan yang lengkap.
Dokumen diperlukan
Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon adalah:
- Salinan kad pengenalan.
- Penyata gaji 3 bulan terkini.
- Surat pengesahan jawatan.
- Salinan kad pengenalan anak (jika permohonan untuk anak).
- Kad jemputan asal atau salinan.
- Borang kebenaran nikah (bagi yang beragama islam).
- Salinan pendaftaran perkahwinan (untuk bukan islam).
Bagaimana corak pembayaran bulanan Pembiayaan Perkahwinan?
Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik bagi pinjaman ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut yang berkaitan.
Di mana boleh memohon pinjaman Koperasi KOPUTRA ini?
Sekiranya anda telah membuat keputusan untuk mengemukakan permohonan bagi pinjaman ini. Anda boleh menghubungi pejabat koperasi di talian 03-8941 9770 atau terus melawati Pejabat Koperasi KOPUTRA.
Selain itu, anda juga boleh membuat permohonan online di sini koputra.com.my.
3. Pembiayaan Peribadi Cash-i Tanpa Penjamin
PERHATIAN
*Kami tidak dapat mengemukakan banyak maklumat tentang pinjaman ini.
Produk ini menawarkan pembiayaan peribadi tanpa penjamin kepada anggota koperasi dengan jumlah pembiayaan sehingga RM25,000 atau berdasarkan 15 kali gaji pokok.
Kelayakan untuk memohon
Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk memohon adalah:
- Warganegara Malaysia.
- Anggota KOPUTRA.
- Tidak mempunyai Pembiayaan Peribadi Cash-i sedia ada.
- Mempunyai simpanan minimum 15% dari jumlah yang dipohon.
Dokumen diperlukan
Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon adalah:
- Salinan kad pengenalan.
- Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
- Surat pengesahan jawatan.
4. Pembiayaan Peribadi Cash-i Dengan Penjamin
PERHATIAN
*Kami tidak dapat mengemukakan banyak maklumat tentang pinjaman ini.
Produk ini adalah pinjaman peribadi dengan menyediakan penjamin sebanyak 1 atau 2 orang berdasarkan jumlah pembiayaan yang dimohon. Melalui pinjaman ini, anda boleh memohon pembiayaan berjumlah RM25,000 sehingga RM200,000 atau mengikut 15 kali gaji pokok.
Kelayakan untuk memohon
Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk memohon adalah:
- Warganegara Malaysia.
- Anggota KOPUTRA.
- Tidak mempunyai Pembiayaan Peribadi Cash-i sedia ada.
- Mempunyai simpanan minimum 15% dari jumlah yang dipohon.
- Setiap penjamin tidak boleh menjamin lebih dari 3 orang dengan KOPUTRA.
- Penjamin adalah anggota KOPUTRA.
Dokumen diperlukan
Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon adalah:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan penjamin.
- Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
- Salinan slip gaji 1 bulan terkini (bagi penjamin).
- Surat pengesahan jawatan.
5. Pinjaman Koperasi KOPUTRA (Pembiayaan Pengurusan Kewangan “PPK”)
PERHATIAN
*Kami tidak dapat mengemukakan banyak maklumat tentang pinjaman ini.
Pinjaman ini adalah untuk menguruskan kewangan anggota yang memerlukan dengan penjamin sebanyak 2 orang. Melalui pinjaman ini, anda boleh memohon pinjaman berjumlah minimum RM51,000 sehingga maksimum RM200,000 atau berdasarkan 15 kali gaji pokok.
Kelayakan untuk memohon
Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk memohon adalah:
- Warganegara Malaysia.
- Anggota KOPUTRA.
- Tidak mempunyai Pembiayaan Peribadi Cash-i sedia ada.
- Mempunyai simpanan minimum 15% dari jumlah yang dipohon.
- Setiap penjamin tidak boleh menjamin lebih dari 3 orang dengan KOPUTRA.
- Penjamin adalah anggota KOPUTRA.
-
Daripada 70% jumlah pembiayaan selesai baki hutang, 30% sahaja tunai yang akan diterima anggota.
Dokumen diperlukan
Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon adalah:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan penjamin.
- Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
- Salinan slip gaji 1 bulan terkini (bagi penjamin).
- Surat pengesahan jawatan.
6. Pinjaman Koperasi KOPUTRA (Pembiayaan Cash-i Plus)
PERHATIAN
*Kami tidak dapat mengemukakan banyak maklumat tentang pinjaman ini.
Melalui pembiayaan ini, anggota boleh memohon pinjaman dari RM25,000 sehingga RM50,000 atau mengikut 15 kali gaji pokok. Namun begitu, pinjaman ini memerlukan penjamin sekurang-kurangnya 1 orang bagi jumlah pinjaman RM25,000 dan ke atas.
Kelayakan untuk memohon
Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk memohon adalah:
- Warganegara Malaysia.
- Anggota KOPUTRA.
- Mempunyai simpanan minimum 15% dari jumlah yang dipohon.
- Setiap penjamin tidak boleh menjamin lebih dari 3 orang dengan KOPUTRA.
- Penjamin adalah anggota KOPUTRA.
- Wajib belian barangan (vendor KOPUTRA) minimum RM5,000.00 (tolakan dari jumlah pembiayaan).
Dokumen diperlukan
Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon adalah:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan penjamin.
- Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
- Salinan slip gaji 1 bulan terkini (bagi penjamin).
- Surat pengesahan jawatan.
7. Pinjaman Koperasi KOPUTRA (Pembiayaan Cash-i Express Raya)
PERHATIAN
*Kami tidak dapat mengemukakan banyak maklumat tentang pinjaman ini.
Pinjaman ini adalah tanpa penjamin dan menyediakan jumlah pinjaman maksimum sehingga RM10,000 atau mengikut 15 kali gaji pokok. Selain itu, tempoh bayaran balik adalah sehingga 5 tahun.
Kelayakan untuk memohon
Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk memohon adalah:
- Warganegara Malaysia.
- Anggota KOPUTRA.
- Tidak mempunyai Pembiayaan Cash-i Express Raya sedia ada.
Dokumen diperlukan
Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon adalah:
- Salinan kad pengenalan.
- Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
- Surat pengesahan jawatan.
8. Pinjaman Koperasi KOPUTRA (Pembiayaan Kecemasan)
PERHATIAN
*Kami tidak dapat mengemukakan banyak maklumat tentang pinjaman ini.
Pinjaman ini adalah pembiayaan tanpa penjamin untuk anggota yang memerlukan pinjaman kecemasan. Jumlah pembiayaan bagi pinjaman ini adalah maksimum sehingga RM5,000 atau mengikut 15 kali gaji pokok. Tempoh bayaran balik pinjaman pula adalah sehingga 4 tahun.
Kelayakan untuk memohon
Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk memohon adalah:
- Warganegara Malaysia.
- Anggota KOPUTRA.
- Tidak mempunyai Pembiayaan Kecemasan sedia ada.
Dokumen diperlukan
Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon adalah:
- Salinan kad pengenalan.
- Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
- Surat pengesahan jawatan.
9. Pinjaman Koperasi KOPUTRA (Pembiayaan Caruman Sendiri “PCS”)
PERHATIAN
*Kami tidak dapat mengemukakan banyak maklumat tentang pinjaman ini.
Pembiayaan Caruman Sendiri ini adalah 80% daripada jumlah simpanan (modal share + modal yuran) tanpa kadar keuntungan. Tempoh bayaran balik pinjaman ini pula adalah sehingga 10 bulan.
Kelayakan untuk memohon
Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk memohon adalah:
- Warganegara Malaysia.
- Anggota KOPUTRA.
Dokumen diperlukan
Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon adalah:
- Salinan kad pengenalan.
- Salinan slip gaji 1 bulan terkini.
- Surat pengesahan jawatan.
10. Pembiayaan Kenderaan Motosikal
Produk pinjaman ini adalah kemudahan pembiayaan kenderaan motosikal untuk anggota koperasi yang ingin memiliki motosikal impian mereka. Jumlah pinjaman bagi produk ini adalah maksimum sebanyak RM50,000 dengan tempoh bayaran balik sehingga 5 tahun.
Selain itu, caj kadar keuntungan yang akan dikenakan adalah kekal pada 5.00% setahun dan perlindungan takaful adalah diwajibkan.
Sila ketahui secara ringkas mengenai Pembiayaan Kenderaan Motosikal melalui jadual di bawah:
Kadar keuntungan |
5.00% setahun |
Tempoh pinjaman |
Sehingga 5 tahun |
Jumlah pinjaman |
Sehingga RM50,000 |
Sektor pekerjaan |
Anggota Koperasi KOPUTRA |
Kelayakan |
*Sila semak kelayakan untuk memohon pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci |
Tempoh kelulusan |
Tidak dinyatakan |
Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman Koperasi KOPUTRA ini melalui maklumat tambahan di bawah.
Kelayakan untuk memohon
Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk memohon adalah:
- Warganegara Malaysia.
- Pekerja CIMB Bank Berhad iaitu setelah 3 bulan menjadi anggota atau anggota membayar modal syer RM500 dan yuran 3 bulan.
- Pekerja Koputra atau Bank Muamalat Malaysia Berhad iaitu layak serta merta.
- Telah disahkan jawatan serta berjawatan tetap.
- Pembelian barangan motosikal baru.
- Mesti melalui panel KOPUTRA sahaja.
- Bagi yang bukan panel KOPUTRA perlu kelulusan biro dan caj proses pembiayan sebanyak RM250.00 akan dikenakan.
- Penjamin adalah anggota KOPUTRA.
- Setiap penjamin tidak boleh menjamin lebih dari 3 orang dengan KOPUTRA.
Dokumen diperlukan
Antara dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan adalah:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan penjamin.
- Slip gaji 1 bulan terkini bagi pemohon dan penjamin.
Bagaimana corak pembayaran bulanan Pembiayaan Kenderaan Motosikal?
Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik bagi pinjaman ini.
Di mana boleh memohon pinjaman Koperasi KOPUTRA ini?
Sekiranya anda telah membuat keputusan untuk mengemukakan permohonan bagi pinjaman ini. Anda boleh menghubungi pejabat koperasi di talian 03-8941 9770 atau terus melawati Pejabat Koperasi KOPUTRA.
Selain itu, anda juga boleh membuat permohonan online di sini koputra.com.my.
11. Pinjaman Koperasi KOPUTRA (Pembiayaan Kenderaan Kereta)
Pembiayaan ini adalah kemudahan kewangan untuk anggota koperasi membuat pembelian kereta tanpa penjamin. Melalui produk ini, anda boleh memohon jumlah pinjaman sehingga RM70,000 dengan tempoh bayaran balik selama 9 tahun.
Seterusnya, anda akan dikenakan caj kadar keuntungan iaitu dari 3.9% sehingga 4.9% setahun. Perlindungan takaful pula adalah wajib.
Sila ketahui secara ringkas mengenai Pembiayaan Kenderaan Motosikal melalui jadual di bawah:
Kadar keuntungan |
Dari 3.9% sehingga 4.9% setahun |
Tempoh pinjaman |
Sehingga 9 tahun |
Jumlah pinjaman |
Sehingga RM70,000 |
Sektor pekerjaan |
Anggota Koperasi KOPUTRA |
Kelayakan |
*Sila semak kelayakan untuk memohon pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci |
Tempoh kelulusan |
Tidak dinyatakan |
Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ini melalui maklumat tambahan di bawah.
Kelayakan untuk memohon
Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk memohon adalah:
- Warganegara Malaysia.
- Pekerja CIMB Bank Berhad iaitu setelah 3 bulan menjadi anggota atau anggota membayar modal syer RM500 dan yuran 3 bulan.
- Pekerja Koputra atau Bank Muamalat Malaysia Berhad iaitu layak serta merta.
- Telah disahkan jawatan serta berjawatan tetap.
- Pembelian kenderaan baru.
- Mesti melalui panel KOPUTRA sahaja.
- Bagi yang bukan panel KOPUTRA perlu kelulusan biro.
Dokumen diperlukan
Antara dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan adalah:
- Salinan kad pengenalan.
- Slip gaji 3 bulan terkini.
Bagaimana corak pembayaran bulanan Pembiayaan Kenderaan Motosikal?
Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik bagi pinjaman ini.
Di mana boleh memohon pinjaman Koperasi KOPUTRA ini?
Sekiranya anda berminat untuk memohon pinjaman ini. Anda boleh mohon secara manual dengan hadir ke Pejabat Koperasi KOPUTRA atau mohon secara online di laman web di sini koputra.com.my.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 03-8941 9770.
Akhir kata
Sampai di sini sahaja penulisan kami mengenai pinjaman Koperasi KOPUTRA yang dapat kami berikan kepada anda. Diharapkan dengan perkongsian ini dapatlah membantu anggota koperasi yang nak buat loan.
Di samping itu, selain daripada pembiayaan dari Koperasi KOPUTRA. Ada juga pinjaman koperasi KOBETA untuk badan berkanun dan sektor kerajaan. Boleh cuba mohon kalau layak dan berminat.
Semoga bermanfaat.