Pinjaman mikro Public Bank adalah salah satu pembiayaan yang boleh bantu penuhi keperluan perusahaan anda ke tingkat yang lebih tinggi walau dalam apa jua keadaan.
Sekadar makluman, pinjaman mikro adalah satu kemudahan kewangan yang diberikan kepada peminjam yang tidak bekemampuan dari pelbagai sudut seperti kurang cagaran, miskin dan sebagainya tetapi berpotensi untuk terus maju dalam kemahiran atau pekerjaan. Selain itu, ia juga dilaksanakan bagi menggalakkan pertumbuhan keusahawanan serta mengurangkan beban kemiskinan para peminjam.
Sekiranya anda berminat untuk tahu lebih lagi mengenai pembiayaan mikro yang ada di Public Bank. Mari dapatkannya melalui artikel ini.
Jemput baca perkongsian kami.
Pinjaman mikro Public Bank
Berikut merupakan jenis produk pembiayaan mikro yang disediakan oleh Public Bank.
1. Pembiayaan di bawah Kemudahan Perusahaan Mikro
PERHATIAN
*Kami tidak dapat mengemukakan banyak maklumat mengenai pembiayaan ini. Maklumat di bawah hanyalah sekadar makluman ringkas.
Pinjaman ini merupakan sebuah dana yang ditubuhkan di bawah Skim Pembiayaan Mikro Bank Negara Malaysia. Ia dilaksanakan untuk menambah baik akses kepada pembiayaan mikro tidak bercagar, mengumpul dana bagi perbelanjaan modal dan modal kerja kepada Perusahaan Mikro.
Seterusnya, melalui pembiayaan ini anda boleh memohon pinjaman sehingga RM50,000 dengan tempoh bayaran balik sehingga 5 tahun. Selain itu, tiada sebarang cagaran yang perlu disediakan untuk pinjaman ini.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa lagi golongan yang layak untuk memohon pembiayaan ini selain daripada usahawan mikro. Antaranya adalah mereka yang ingin menjana pendapatan dengan bekerja sendiri, pekerja gig di platform digital dan peserta program iTEKAD.
Bagi sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut berkaitan produk di atas, sila layari laman web Public Bank di sini pbebank.com atau rujuk halaman ini. Anda juga boleh menghubungi talian khidmat pelanggan di 1-800-22-5555.
2. Pinjaman mikro Public Bank (Pembiayaan di bawah Kemudahan Bantuan Bencana 2023)
PERHATIAN
*Kami tidak dapat mengemukakan banyak maklumat mengenai pembiayaan ini. Maklumat di bawah hanyalah sekadar makluman ringkas.
Skim ini dilaksanakan dengan tujuan untuk meringankan beban kewangan Perusahaan Mikro dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas akibat banjir baru-baru ini di seluruh negara agar operasi perniagaan dapat disambung semula.
Melalui pembiayaan ini, anda boleh memohon pinjaman sehingga RM700,000 bagi PKS dan sehingga RM150,000 untuk Perusahaan Mikro. Tempoh bayaran balik pinjaman adalah sehingga 7 tahun dengan caj kadar faedah tetap yang dikenakan serendah 3.5% setahun.
Namun begitu, pinjaman ini hanya terbuka kepada Perusahaan Mikro atau PKS yang terjejas akibat banjir di mana premis perniagaan mereka terletak di daerah yang dikenal pasti oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai kawasan bencana banjir.
Walau bagaimanapun, semua maklumat dan kelulusan mengenai pinjaman ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Public Bank.
Untuk sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut berkaitan produk di atas, sila layari laman web Public Bank di sini pbebank.com atau rujuk halaman ini. Anda juga boleh menghubungi talian khidmat pelanggan di 1-800-22-5555.
Akhir kata
Sekian sahaja penulisan kami mengenai pinjaman mikro Public Bank. Diharapkan dengan perkongsian yang tidak seberapa ini juga mampu memberikan faedah bukan sahaja kepada pembacanya, malah kepada usahawan yang memerlukan pinjaman untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan.
Semoga bermanfaat.