Selain pinjaman peribadi dari BSN, Agro Bank juga adalah salah satu bank di Malaysia yang ada menyediakan perkhidmatan pinjaman peribadi untuk penjawat awam melalui AgroCash-i. AgroCash-i adalah kemudahan bagi menyediakan pembiayaan peribadi kepada pelanggan yang berkaitan dengan aktiviti pertanian dan asas tani. Izinkan kami berkongsi mengenai pinjaman peribadi Agro Bank untuk kakitangan kerajaan seperti di bawah ini.
#1 Pinjaman Peribadi Agro Bank AgroCash-i Untuk Kakitangan Kerajaan
Untuk makluman, AgroCash-i menggunakan konsep Tawarruq.
Tawarruq adalah merujuk kepada transaksi jual beli komoditi atau aset berasaskan pembayaran tangguh secara Murabahah (iaitu harga kos aset ditambah dengan margin keuntungan) atau Musawamah (iaitu jual beli yang tidak mendedahkan harga kos aset dan margin keuntungan) daripada penjual kepada pembeli, dan kemudiannya komoditi atau aset tersebut akan dijual secara tunai kepada pihak ketiga (selain daripada penjual asal) bagi mendapatkan tunai.
Jadi, apa keistimewaan AgroCash-i ini? Apa faedah atau kelebihan yang dapat dinikmati oleh kakitangan kerajaan apabila mendapatkan bantuan pinjaman peribadi AgroCash-i? Mari kita lihat.
Kelebihan pinjaman peribadi Agro Bank
- Pembiayaan sehingga 10 tahun
- Kadar keuntungan yang rendah:
- Untuk kakitangan di bawah Kerajaan Persekutuan, BR + 2.85% (bagi tempoh pembiayaan sehingga 3 tahun) dan BR + 3.35% (bagi tempoh pembiayaan 4-10 tahun)
- Untuk kakitangan Negeri,BR + 3.22% p.a (bagi tempoh pembiayaan sehingga 3 tahun) dan BR + 3.67% p.a (bagi tempoh pembiayaan 4-10 tahun)
- Untuk kakitangan Badan Berkanun, BR + 3.22% p.a (bagi tempoh pembiayaan sehingga 3 tahun) dan BR + 3.67% p.a (bagi tempoh pembiayaan 4-10 tahun)
- Untuk kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), BR + 3.22% p.a (bagi tempoh pembiayaan sehingga 3 tahun) dan BR + 3.67% p.a (bagi tempoh pembiayaan 4-10 tahun)
- Untuk permohonan yang mempunyai rekod bayaran balik yang kurang memuaskan, kadar keuntungan adalah kekal pada BR + 4.25% p.a, untuk pembiayaan sehingga 10 tahun.
- Kadar keuntungan yang dikenakan adalah bergantung kepada kriteria berikut:
- pelanggan sedia ada dan baru
- rekod bayaran balik yang baik (CCRIS) yang tidak melebihi MIA di dalam tempoh 12 bulan
- potongan BPA
- tiada Penjadualan Semula dan Penstrukturan Semula
- tiada Special Attention Account (SAA)
- Pembiayaan dari RM1000 sehingga RM200,000
- Boleh dimohon oleh kakitangan kerajaan yang hanya berpendapatan kasar lebih daripada RM1000 termasuk elaun tetap
- Permohonan cepat untuk diluluskan
- Tiada cagaran dikenakan dan tidak perlu penjamin
- Sebagai pinjaman Islamik, pihak Agrobank akan memberikan anda rebat (Ibra’) sekiranya anda membuat penamatan lebih awal dari kontrak.
Syarat dan kelayakan untuk buat pinjaman peribadi Agro Bank
- Walaupun tidak wajib, digalakkan agar anda mempunyai akaun Agrobank online banking
- Berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 60 tahun pada tamat tempoh pembiayaan atau tempoh persaraan; yang mana lebih dahulu
- Berjawatan tetap dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 6 bulan (telah disahkan jawatan atau dalam tempoh percubaan) – tidak dibenarkan untuk pekerja sementara atau di bawah kontrak
- Berpendapatan kasar bulanan (termasuk elaun tetap) melebihi RM 1,000.00
- Bayaran pembiayaan adalah melalui BIRO Perkhidmatan Angkasa (BPA). Potongan Biro Perkhidmatan Angkasa adalah kurang dari 60% pendapatan bersih bulanan
Dokumen yang diperlukan untuk meminjam duit dari Agro Bank
- Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
- Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
- Salinan penyata bank kemasukan gaji 3 bulan terkini (sama seperti pada slip gaji yang disertakan).
- Surat pengesahan kerja dari majikan.
Caj pinjaman peribadi AgroCash-I
- Caj duti setem sebanyak 0.5% dari jumlah pinjaman yang lulus.
- Caj proses sebanyak RM30.00 hingga RM50.00 (bayaran broker) – akan ditolak dari jumlah pinjaman.
- Caj lewat bayar sebanyak 1% dari jumlah tunggakkan sekiranya anda lewat membuat pembayaran.
- Tiada caj penamatan awal (early termination fee).
- Caj Insurans Takaful sebagai pilihan sekiranya anda berdaftar dengan Skim Takaful Kredit melalui panel Takaful Agrobank, atau skim Takaful pilihan anda.
Anda boleh memohon pinjaman peribadi AgroCash-i dengan mengunjungi mana-mana cawangan Agro Bank di seluruh Malaysia.
#2 Pinjaman Peribadi Agro Bank AgroCash-I Untuk Kakitangan GLC
Selain daripada kakitangan kerajaan, pekerja dari sektor GLC juga boleh memohon pinjaman peribadi AgroCash-i. Pembiayaan ini mempunyai kadar faedah yang rendah, BR + 3.22% p.a (bagi tempoh pembiayaan sehingga 3 tahun) dan BR + 3.67% p.a (bagi tempoh pembiayaan 4-10 tahun).
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan berkaitan syarat kelayakan yang ditetapkan antara pemohon dalam kalangan pekerja sektor kerajaan dan juga pekerja sektor GLC. Di bawah adalah syarat kelayakan bagi pemohon yang bekerja dengan sektor GLC, untuk memohon pembiayaan pinjaman peribadi ini.
- Berumur 21 tahun hingga 60 tahun.
- Pendapatan bulanan RM2,000 ke atas atau pendapatan tahunan RM24,000 ke atas.
- Berkhidmat lebih dari 3 tahun perkhidmatan.
- Potongan Biro Perkhidmatan Angkasa adalah kurang dari 50% pendapatan bersih bulanan.
- Layak memohon sehingga 10 kali ganda gaji kasar, atau had maksimum RM100,000 dengan kadar keuntungan dari 6.7% p.a hingga 7.2% p.a.
Dokumen yag diperlukan bagi kakitangan GLC meminjam wang dari Agro Bank
- Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
- Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
- Salinan penyata bank kemasukan gaji 3 bulan terkini (sama seperti pada slip gaji yang disertakan).
- Surat pengesahan kerja dari majikan.
Caj pinjaman wang peribadi AgroCash-I
- Caj duti setem sebanyak 0.5% dari jumlah pinjaman yang lulus.
- Caj proses sebanyak RM30.00 hingga RM50.00 (bayaran broker) – akan ditolak dari jumlah pinjaman.
- Caj lewat bayar sebanyak 1% dari jumlah tunggakkan sekiranya anda lewat membuat pembayaran.
- Tiada caj penamatan awal (early termination fee).
- Caj Insurans Takaful sebagai pilihan sekiranya anda berdaftar dengan Skim Takaful Kredit melalui panel Takaful Agrobank, atau skim Takaful pilihan anda.
Ringkasnya, dokumen yang diperlukan serta caj yang dikenakan adalah sama bagi kedua-dua permohonan pembiayaan melibatkan pekerja sektor kerajaan dan GLC. Jadual bayaran balik juga adalah sama bagi kedua-dua kategori ini. Anda juga boleh membuat permohonan pembiayaan sebagai pekerja GLC dengan mengunjungi mana-mana cawangan Agro Bank di seluruh Malaysia.
Akhir kata
Kesimpulannya, dua kategori permohonan ini dikhusukan untuk pekerja yang berkait atau berada dalam sektor kerajaan.
Ini untuk memudahkan pekerja, lebih-lebih lagi bagi mereka yang menghadapi masalah kewangan, dan mungkin memerlukan wang dalam jumlah yang besar dalam masa yang singkat.
Jadi, pembiayaan peribadi sebegini mungkin boleh membantu masalah anda. Sebagai alternatif, boleh cuba pinjaman peribadi AEON dan juga pinjaman peribadi Bank Rakyat. Ini lebih baik dari buat pinjaman along yang boleh menyusahkan hidup kita pada masa akan datang.
Altenatif lagi satu, cuba buat pinjaman peribadi Bank Rakyat untuk blacklist.
Kami doakan agar anda dapat mencari jalan keluar untuk menyelesaikan masalah kewangan ini.
Semoga bermanfaat.