Pinjaman Peribadi AmBank 2023 (Dapat Pinjam Duit Cepat)

Zaman sekarang dah ramai orang buat pinjaman peribadi disebabkan kos sara hidup yang semakin tinggi dan kesan pandemik yang menjejaskan pendapatan. Namun, tahukah anda bahawa selain daripada pinjaman peribadi Bank Rakyat, Agro Bank, AEON dan BSN. Pinjaman peribadi AmBank turut tersenarai sebagai pinjaman yang popular kerana mudah lulus.

Terdapat beberapa jenis pinjaman peribadi AmBank yang disediakan untuk anda yang memerlukannya. Mari ketahuinya dengan lebih lanjut melalui artikel ini.

Izinkan kami berkongsi.

Pinjaman peribadi AmBank

1. AmBank Islamic AmMoneyLine Facility-i

Untuk makluman anda, AmBank AmMoneyLine Facility-i adalah pinjaman peribadi daripada salah satu anak syarikat AmBank Group iaitu Ambank Islamic. Sebut sahaja tentang islamic, sudah semestinya ia berkonsepkan perkhidmatan perbankan islam.

Pelan pinjaman peribadi ini tidak memerlukan apa-apa cagaran atau penjamin untuk disediakan. Tambahan lagi, ia terbuka kepada sesiapa sahaja asalkan bergaji bulanan. Tidak kiralah anda bekerja di sektor swasta, bekerja sendiri atau menerima komisen bulanan sahaja. Anda adalah kategori yang layak memohon pinjaman ini.

Melalui pinjaman peribadi ini, kadar keuntungan yang diterima adalah sebanyak 8.00% sehingga 11.99% setahun dengan jumlah pinjaman yang diberikan minimum RM2,000 sehingga maksimum RM150,000. Tempoh pinjaman pula adalah di antara 1 tahun sehingga 5 tahun.

Anda boleh merujuk jadual ringkasan maklumat pinjaman peribadi AmBank Islamic AmMoneyLine Facility-i di bawah:

 

Kadar faedah

 Sebanyak 8.00% sehingga 11.99% setahun

Tempoh pinjaman

1 hingga 5 tahun

Jumlah pinjaman

Minimum RM2,000 hingga maksimum RM150,000

Sektor pekerjaan

  • Sektor swasta
  • Sektor kerajaan
  • Bekerja sendiri
  • Menerima komisen bulanan

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 hingga 60 tahun
  • Pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM3,000

Tempoh kelulusan

Dalam masa 2 hari daripada tempoh permohonan dibuat

 

Jika anda berminat untuk memohon pinjaman peribadi ini. Sila ketahui lebih lanjut dan terperinci melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Berikut merupakan syarat dan kelayakan untuk memohon pinjaman peribadi AmBank ini:

  • Mestilah warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 hingga 60 tahun.
  • Pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM3,000.
  • Pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM5,000 bagi yang bekerja sendiri.
  • Wajib mengambil perlindungan Takaful.

 

Dokumen diperlukan

Ini adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan pinjaman ini:

  • Salinan kad pengenalan (depan dan belakang).
  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
  • Salinan penyata akaun bank.
  • Salinan penyata EPF.
  • Penyata komisen untuk 6 bulan terkini (jika berkaitan).
  • Salinan sijil pendaftaran syarikat SSM (jika berkaitan).
  • Penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini (jika berkaitan).
  • Borang atau dokumen berkaitan pendaftaran syarikat (jika berkaitan).
  • Borang atau dokumen berkaitan cukai berserta resit pembayaran cukai (jika berkaitan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi AmBank Islamic AmMoneyLine Facility-i?

Mengenai jadual bulanan pembayaran balik pinjaman. Sila rujuk jadual pembiayaan ini sebagai panduan.

Harap maklum, sebarang perubahan pada kadar faedah atau pengiraan bayaran balik adalah bergantung kepada pihak AmBank sendiri. Jadual di atas hanyalah sebagai rujukan.

Sedikit makluman, anda boleh membuat pembayaran balik pinjaman menggunakan beberapa kaedah seperti pemindahan wang secara online banking atau melalui mesin ATM, arahan auto debit, bayar secara tunai di mana-mana kaunter cawangan AmBank atau pindahan wang secara tunai melalui mesin CDM.

 

Di mana boleh memohon pinjaman ini?

Anda boleh memohon pinjaman peribadi ini dengan hadir di mana-mana cawangan AmBank berdekatan anda atau dengan membuat permohonan secara online melalui AmOnline.

 

2. AmBank AmMoneyLine Personal Loan

Pelan pinjaman peribadi ini adalah berkonsepkan konvesional dan tidak bercagar. Sesiapa sahaja boleh memohon pelan pinjaman ini tidak kira apa sahaja bidang pekerjaan asalkan ada pendapatan bulanan atau bergaji. Melalui pinjaman ini, anda boleh membuat pinjaman berjumlah RM2,000 sehingga RM150,000.

Selain itu, kadar faedah yang dikenakan adalah serendah 8.00% sehingga 11.99% setahun dengan tempoh pinjaman di antara 1 tahun sehingga 5 tahun.  Untuk pengetahuan anda, tempoh kelulusan permohonan ini akan diproses dalam masa hanya 2 atau 3 hari selepas tempoh permohonan anda.

Jadi, tidak perlu tunggu sampai seminggu untuk tahu jawapan.

Ketahui secara ringkas mengenai pinjaman peribadi ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar faedah

 Serendah 8.00% hingga 11.99% setahun

Tempoh pinjaman

1 tahun hingga 5 tahun

Jumlah pinjaman

Minimum RM2,000 hingga RM150,000

Sektor pekerjaan

  • Sektor swasta
  • Sektor kerajaan
  • Bekerja sendiri
  • Menerima komisen bulanan

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun hingga 60 tahun
  • Pendapatan bulanan minimum RM3,000

Tempoh kelulusan

2 atau 3 hari selepas tempoh permohonan dibuat

 

Jika anda berminat untuk memohon pinjaman ini. Sila ketahui lebih lanjut dan terperinci melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Berikut syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk memohon pinjaman peribadi ini:

  • Mestilah warganegara Malaysia.
  • Penduduk tetap yang bekerja di Malaysia (jika berkaitan).
  • Mesti berumur 21 tahun hingga 60 tahun.
  • Pendapatan bulanan minimum RM3,000.
  • Pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM5,000 jika bekerja sendiri.
  • Ada syarikat berdaftar di SSM (jika berkaitan).

 

Dokumen diperlukan

Ini adalah senarai dokumen yang diperlukan sebelum membuat permohonan pinjaman ini:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Slip gaji.
  • Salinan penyata KWSP.
  • Salinan penyata akaun bank pengkreditan gaji.
  • Salinan penyata komisen 6 bulan bagi penerima komisen bulanan (jika berkaitan).
  • Borang atau dokumen pembayaran cukai berserta resit pembayaran cukai (jika berkaitan).
  • Salinan sijil pendaftaran syarikat SSM.

PERHATIAN

  • Anda mungkin akan diminta untuk memberikan dokumen tambahan yang lain sebagai rujukan oleh pihak AmBank.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi AmBank AmMoneyLine Personal Loan?

Mengenai jadual bulanan pembayaran balik pinjaman. Sila rujuk jadual pembiayaan ini sebagai panduan.

Harap maklum, sebarang perubahan pada kadar faedah atau pengiraan bayaran balik adalah bergantung kepada pihak AmBank sendiri. Jadual di atas hanyalah sebagai rujukan.

Sekadar makluman, anda boleh membuat pembayaran balik pinjaman menggunakan beberapa kaedah seperti pemindahan wang secara online banking, pindahan wang melalui mesin ATM, arahan auto debit, bayar secara tunai di mana-mana kaunter cawangan AmBank atau pindahan wang secara tunai melalui mesin CDM.

 

Di mana boleh memohon pinjaman ini?

Berikut merupakan cara yang boleh anda cuba untuk memohon pinjaman peribadi AmBank iaitu dengan melawati mana-mana cawangan AmBank berhampiran anda.

Anda juga boleh membuat permohonan secara online melalui AmOnline.

 

3. Ambank Islamic Personal Financing-i

Pinjaman peribadi ini adalah pinjaman peribadi yang berkonsepkan islamik. Ia merupakan pinjaman yang tidak bercagar. Pelan pinjaman peribadi ini adalah hanya terbuka kepada golongan yang bekerja di sektor kerajaan, awam, kakitangan GLC dan swasta yang terpilih.

Untuk makluman, kepada kakitangan GLC dan swasta anda perlu menyemak sama ada syarikat anda tersenarai di dalam senarai syarikat yang layak memohon pinjaman ini. Senang faham, bukan semua syarikat boleh membuat pinjaman menggunakan pelan ini. Hanya kakitangan daripada syarikat tertentu sahaja.

Serba sedikit mengenai pinjaman ini adalah anda boleh meminjam dengan jumlah minimum RM5,000 hingga maksimum mencecah RM200,000 dengan kadar keuntungan serendah 3.88% melalui khidmat bayaran Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA) dan 7.90% bagi sektor swasta, kakitangan GLC dan syarikat berkaitan kerajaan terpilih.

Tempoh pinjaman yang diberikan pula ialah di antara 2 tahun sehingga 10 tahun.

Ketahui secara ringkas mengenai pinjaman peribadi ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar faedah

  •  Serendah 3.88% melalui (BPA)
  • 7.90% bagi sektor swasta dan syarikat kerajaan terpilih

Tempoh pinjaman

2 tahun hingga 10 tahun

Jumlah pinjaman

Minimum RM5,000 sehingga maksimum RM200,000

Sektor pekerjaan

  • Sektor kerajaan
  • Sektor awam
  • Sektor swasta
  • Kakitangan GLC terpilih

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun hingga 60 tahun
  • Pendapatan bulanan minimum RM1,500
  • Telah bekerja lebih dari 3 bulan

Tempoh kelulusan

2 hari waktu bekerja

 

Jika anda berminat untuk memohon pinjaman peribadi ini. Ketahui lebih lanjut dan terperinci melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Di bawah merupakan syarat atau kelayakan yang diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi ini:

  • Mestilah warganegara Malaysia.
  • Had umur bermula 18 tahun hingga 60 tahun.
  • Telah bekerja sekurang-kurangnya 3 bulan dan ke atas.
  • Pendapatan bulanan minimum RM1,500.
  • Berkhidmat di syarikat GLC dan swasta yang terpilih oleh AmBank Islamic (jika berkaitan).

 

Dokumen diperlukan

Ini adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk memohon pelan pinjaman ini:

  • 3 Salinan kad pengenalan yang disahkan oleh ketua jabatan (depan dan belakang).
  • 1 penyata gaji original.
  • 2 salinan penyata gaji yang disahkan oleh ketua jabatan.
  • 1 salinan buku simpanan Ambank Islamik atau mana-mana bank.
  • Salinan penyata akaun bank pengkreditan gaji.
  • Penyata EPF.
  • Borang atau dokumen berkaitan cukai berserta resit pembayaran cukai (jika berkaitan).
  • Surat pengesahan jawatan atau bekerja (jika berkaitan).

 

Bagaimana corak pembayaran balik bulanan bagi pinjaman peribadi Ambank Islamic Personal Financing-i?

Untuk mengetahui jadual pembayaran semula pinjaman, sila rujuk jadual pembiayaan ini sebagai rujukan.

Sedikit makluman, anda boleh membuat bayaran balik melalui khidmat Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA), pemotongan gaji atau arahan auto debit.

 

Di mana boleh memohon pinjaman ini?

Anda boleh memohon pinjaman peribadi Ambank Islamic Personal Financing-i secara walk-in iaitu dengan mengunjungi mana-mana cawangan AmBank berhampiran anda.

Selain itu, anda juga boleh memohon secara online melalui laman web ini ambank.com.my.

 

Akhir kata

Itu adalah jenis-jenis pinjaman peribadi AmBank yang boleh anda mohon sekiranya anda memerlukan pinjaman peribadi dengan kadar yang segera. Diharapkan perkongsian kami ini dapat memberikan sedikit sebanyak informasi kepada anda yang memerlukannya. Semoga urusan anda juga dipermudahkan selalu.

Apa-apa pun kalau dah meminjam, jangan lupa untuk bayar semula. Satu lagi, elakkan untuk buat pinjaman dengan mana-mana institusi yang tidak berlesen. Bimbang akan merisikokan anda di kemudian hari. Zaman sekarang ini macam-macam boleh berlaku.

Oleh itu, jadilah peminjam yang bijak.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment


Pinjaman Peribadi AmBank 2021 (Dapat Pinjam Duit Cepat)

Zaman sekarang dah ramai orang buat pinjaman peribadi disebabkan kos sara hidup yang semakin tinggi dan kesan pandemik yang menjejaskan pendapatan. Namun, tahukah anda bahawa selain daripada pinjaman peribadi Bank Rakyat, Agro Bank, AEON dan BSN. Pinjaman peribadi AmBank turut tersenarai.

Terdapat beberapa jenis pinjaman peribadi AmBank yang disediakan untuk anda yang memerlukannya. Mari ketahuinya dengan lebih lanjut melalui artikel ini.

Izinkan kami berkongsi.

Pinjaman peribadi AmBank

1. AmBank Islamic AmMoneyLine Facility-i

Untuk makluman anda, AmBank AmMoneyLine Facility-i adalah pinjaman peribadi daripada salah satu anak syarikat AmBank Group iaitu Ambank Islamic. Sebut sahaja tentang islamic, sudah semestinya ia berkonsepkan perkhidmatan perbankan islam.

Pelan pinjaman peribadi ini tidak memerlukan apa-apa cagaran atau penjamin untuk disediakan. Tidak kiralah anda bekerja di sektor kerajaan, swasta, bekerja sendiri atau bekerja dapat komisen bulanan sahaja. Anda adalah kategori yang layak memohon pinjaman ini.

(Letak table summary)

 

Kelebihan pinjaman peribadi AmBank Islamic AmMoneyLine Facility-i

Pelan pinjaman ini juga mempunyai beberapa ciri dan kelebihan yang ditawarkan berbanding pinjaman yang lain. Antaranya adalah:

  • Pinjaman peribadi tidak bercagar.
  • Jumlah pinjaman fleksibel iaitu anda boleh memohon bermula RM2,000 sehingga RM100,000.
  • Tempoh pinjaman fleksibel iaitu antara 1 hingga 5 tahun untuk membuat pembayaran semula.
  • Kelayakan had umur fleksibel iaitu dibuka kepada golongan berumur 21 tahun hingga 60 tahun.
  • Ditawarkan kepada semua jenis sektor pekerjaan.
  • Penerima gaji secara komisen layak memohon.
  • Kadar faedah terapung iaitu antara 8% p.a hingga 9.99% p.a untuk yang bergaji tetap.
  • Kadar faedah rata bagi golongan bekerja sendiri atau gaji komisen iaitu 11.99% p.a.
  • Kelulusan dalam tempoh 48 jam.
  • Tiada caj proses tetapi hanya ada caj setem duti sebanyak 0.5% dari jumlah pinjaman yang diluluskan.
  • Tiada caj penamatan awal.
  • Rebat bayaran balik iaitu diberikan rebat sehingga 5% sekiranya membuat pembayaran awal waktu atau tepat mengikut tarikh yang ditetapkan selama 12 bulan berturut-turut.

 

Syarat kelayakan memohon pinjaman peribadi AmBank Islamic AmMoneyLine Facility-i

Berikut merupakan syarat dan kelayakan untuk memohon pinjaman peribadi AmBank ini:

  • Anda mestilah warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 hingga 60 tahun.
  • Pendapatan bulanan RM3,000 ke atas atau tahunan sebanyak RM36,000 ke atas.
  • Tidak di blacklist oleh AEON.
  • Tidak di blacklist mana-mana bank di Malaysia.
  • Tidak mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).
  • Bukan berada di bawah selaan AKPK.
  • Jika bekerja sendiri, pastikan syarikat adalah berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 2 tahun ke atas.

 

Dokumen yang diperlukan untuk membuat pinjaman ini

Ini adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan pinjaman:

  • Untuk yang bergaji tetap, sila sediakan dokumen seperti:
    1. Salinan kad pengenalan.
    2. Salah satu salinan daripada 1 bulan slip gaji terbaru, penyata KWSP terbaru, borang BE berserta resit bayaran cukai atau borang EA terbaru.
  • Untuk yang bergaji tidak tetap, sila sediakan dokumen seperti:
    1. Salinan kad pengenalan.
    2. Salinan 3 bulan slip gaji terbaru.
    3. Salinan 6 bulan penyata bank terbaru.
    4. Salinan penyata KWSP terbaru.
    5. Borang B /BE beserta resit pembayaran cukai.
    6. Borang EA terbaru.
  • Untuk yang menerima gaji komisen secara bulanan, sila sediakan dokumen seperti:
    1. Salinan kad pengenalan.
    2. Salinan 6 bulan penyata komisen.
    3. Salinan 6 bulan penyata bank terbaru.
    4. Borang B/BE berserta resit pembayaran cukai.
  • Untuk yang bekerja sendiri, sila sediakan dokumen seperti:
    1. Salinan kad pengenalan.
    2. Salinan sijil pendaftaran syarikat (SSM).
    3. Salinan penyata bank syarikat 6 bulan terbaru.
    4. Salinan borang B (LHDN).
    5. Salinan penyata KWSP terbaru.

 

Jadual pembayaran bulanan pinjaman peribadi AmBank Islamic AmMoneyLine Facility-i

Untuk jadual pembayaran balik pinjaman peribadi ini, sila klik Jadual Pembiayaan.

 

Caj pinjaman peribadi AmBank Islamic AmMoneyLine Facility-i

Tentang caj pinjaman peribadi yang dikenakan adalah seperti berikut:

  • Sebanyak 0.5% sebagai caj setem duti akan dikenakan bagi setiap jumlah pinjaman yang diluluskan.
  • Caj lewat bayar akan dikenakan sebanyak 1% daripada jumlah tunggakan bayaran.

Contoh senario:

“Puan Atikah membuat pinjaman peribadi di AmBank melalui pelan pinjaman AmBank Islamic AmMoneyLine Facility-i sebanyak RM30,000. Beliau tidak akan dikenakan sebarang caj semasa proses pinjaman peribadi ini berlangsung. Walau bagaimanapun, sekiranya permohonan pinjaman peribadi beliau telah lulus.

Beliau akan dikenakan caj sebanyak 0.5% bagi jumah pinjaman yang telah lulus. Oleh itu, beliau hanya akan menerima jumlah pinjaman peribadi sebanyak RM29,850.”

 

Cara untuk memohon pinjaman peribadi AmBank

Terdapat 2 cara yang boleh digunakan untuk anda memohon pinjaman peribadi ini iaitu:

  • Sila kunjungi mana-mana cawangan AmBank berdekatan anda.
  • Permohonan online melalui perkhidmatan RinggitPlus.

 

2. AmBank AmMoneyLine Personal Loan

Pelan pinjaman peribadi ini adalah berkonsepkan konvesional dan tidak bercagar. Sesiapa juga boleh memohon pelan pinjaman peribadi ini tidak kiralah apa sahaja bidang pekerjaan anda asalkan ada pendapatan bulanan. Ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ini di bawah.

(Letak table/summary)

 

Kelebihan AmBank AmMoneyLine Personal Loan

Berikut merupakan kelebihan yang anda akan dapat melalui pelan pinjaman ini:

  • Ianya merupakan pinjaman peribadi tidak bercagar.
  • Jumlah pinjaman adalah fleksibel bermula dari RM2,000 hingga RM100,000.
  • Tempoh pinjaman juga fleksibel dengan pembayaran semula dari 1 tahun hingga 5 tahun.
  • Had umur yang ditetapkan adalah dari 21 tahun hingga 60 tahun.
  • Terbuka kepada semua sektor pekerjaan tidak kira swasta, kerajaan, bekerja sendiri, tiada pendapatan tetap atau menerima komisen bulanan.
  • Kadar faedah terapung sebanyak 8% p.a hingga 9.99% p.a untuk yang bergaji tetap.
  • Kadar faedah rata sebanyak 11.99% p.a untuk yang bekerja sendiri atau menerima gaji komisen bulanan.
  • Kelulusan dalam masa 48 jam.
  • Tiada caj proses akan dikenakan.
  • Caj setem duti akan dikenakan sebanyak 0.5% dari jumlah pinjaman yang diluluskan.
  • Tiada caj penamatan awal sekiranya baki pinjaman anda telah selesai dilangsaikan sebelum tempoh yang ditetapkan.
  • Rebat bayaran semula hingga 5% daripada kadar faedah tanpa bayaran tunggakan selama 12 bulan berturut-turut.

 

Syarat yang ditetapkan untuk mohon AmBank AmMoneyLine Personal Loan

Berikut syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon pinjaman peribadi ini:

  • Anda mestilah warganegara Malaysia.
  • Mesti berumur 21 tahun hingga 60 tahun.
  • Pendapatan bulanan RM3,000 ke atas atau tahunan mencecah RM36,000 ke atas.
  • Bukan blacklist oleh AEON.,
  • Bukan blacklist oleh mana-mana bank di Malaysia.
  • Tidak mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).
  • Tidak berada di bawah selaan AKPK.
  • Jika anda bekerja sendiri, anda mestilah mempunyai syarikat yang berdaftar dengan (SSM) selama 2 tahun atau lebih.

 

Senarai dokumen yang diperlukan bagi memohon AmBank AmMoneyLine Personal Loan

Ini adalah senarai dokumen yang diperlukan sebelum membuat permohonan pinjaman:

  • Bagi yang bergaji tetap, sila sediakan salinan kad pengenalan dan salah satu salinan daripada 1 bulan slip gaji, penyata KWSP, borang BE serta resit pembayaran cukai atau borang EA. (Semuanya mestilah yang terkini)
  • Bagi yang bergaji tidak tetap, sila sediakan salinan kad pengenalan, salinan 3 bulan slip gaji, salinan 6 bulan penyata bank, salinan penyata KWSP, borang B/BE berserta resit pembayaran cukai dan borang EA. (Kesemuanya mestilah yang terkini)
  • Bagi yang menerima komisen secara bulanan, sila sediakan salinan kad pengenalan, salinan 6 bulan penyata komisen, salinan 6 bulan penyata bank, borang B/BE berserta resit pembayaran cukai. (Kesemuanya mestilah yang terkini)
  • Bagi yang bekerja sendiri, sila sediakan salinan kad pengenalan, salinan sijil pendaftaran syarikat (SSM), salinan penyata bank syarikat selama 6 bulan, salinan borang B dari (LHDN) dan salinan penyata KWSP. (Kesemuanya mestilah yang terkini).

PERHATIAN

  • Anda mungkin akan diminta untuk memberikan dokumen tambahan yang lain sebagai rujukan oleh pihak AmBank.
  • Kesimpulannya, senarai dokumen yang perlu disediakan untuk kedua-dua pinjaman di atas adalah sama.

 

Jadual pembayaran semula bulanan AmBank AmMoneyLine Personal Loan

Bagi jadual pembayaran balik pinjaman peribadi ini, sila klik Jadual Pembiayaan.

 

Caj yang dikenakan bagi AmBank AmMoneyLine Personal Loan

Berikut merupakan caj-caj yang dikenakan oleh pelan pinjaman ini:

  • Caj setem duti 0.5% daripada jumlah pinjaman yang telah diluluskan.
  • Caj sebanyak 1% akan dikenakan daripada jumlah tunggakan sekiranya anda lewat membuat pembayaran.

 

Cara untuk mohon AmBank AmMoneyLine Personal Loan

Berikut merupakan cara yang boleh anda cuba untuk memohon pinjaman peribadi AmBank iaitu:

  • Lawati mana-mana cawangan AmBank berhampiran anda.
  • Buat permohonan secara online melalui perkhidmatan RinggitPlus.

 

3. Ambank Islamic Personal Financing-i

Pinjaman peribadi ini adalah pinjaman peribadi yang berkonsepkan islamik. Ia merupakan pinjaman yang tidak bercagar. Pelan pinjaman peribadi ini adalah hanya terbuka kepada golongan yang bekerja di sektor kerajaan, awam, kakitangan GLC dan swasta yang terpilih.

Untuk makluman, kepada kakitangan GLC dan swasta anda perlu menyemak sama ada syarikat anda tersenarai di dalam senarai syarikat yang layak memohon pinjaman ini. Senang faham, bukan semua syarikat boleh membuat pinjaman menggunakan pelan ini. Hanya kakitangan daripada syarikat tertentu sahaja.

(Letak table/summary)

 

Kelebihan AmBank Islamic Personal Financing-i

Berikut merupakan kelebihan-kelebihan atau ciri yang terdapat di dalam pelan pinjaman peribadi ini:

  • Patuh syariah iaitu berkonsepkan Bai Al-Inah.
  • Terbuka kepada semua kakitangan kerajaan, GLC dan swasta yang layak.
  • Jumlah pinjaman adalah fleksibel iaitu bermula dari RM5,000 hingga RM200,000.
  • Tempoh pinjaman fleksibel iaitu bermula dari 2 tahun hingga 10 tahun.
  • Kadar keuntungan tetap untuk kakitangan kerajaan adalah sebanyak 4.35% p.a.
  • Kadar keuntungan tetap untuk kakitangan GLC dan swasta adalah sebanyak 7.90% p.a.
  • Tidak dikenakan caj penamatan pinjaman awal.
  • Rebat akan diberikan untuk penamatan awal daripada tempoh yang ditetapkan.
  • Pembayaran balik melalui potongan gaji melalui perkhidmatan Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA).

 

Syarat permohonan pinjaman peribadi Ambank Islamic Personal Financing-i

Di bawah merupakan syarat atau kelayakan yang diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi ini:

  • Mestilah warganegara Malaysia.
  • Had umur bermula 18 tahun hingga 60 tahun.
  • Pendapatan RM1,500 sebulan ke atas atau tahunan berjumlah RM18,000 setahun dan ke atas.
  • Tidak di blacklist oleh pihak AEON.
  • Tidak di blacklist oleh mana-mana bank di Malaysia.
  • Tidak mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).
  • Tidak berada di bawah selaan AKPK.
  • Pekerja tetap.
  • Bekerja dan berkhidmat lebih dari 3 bulan.
  • Berkhidmat di syarikat yang terpilih oleh AmBank Islamic. (Untuk kakitangan GLC dan swasta sahaja)

 

Dokumen untuk membuat pinjaman peribadi AmBank Islamic Personal Financing-i

Ini adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk memohon pelan pinjaman ini:

  • 3 salinan kad pengenalan dan telah mendapat pengesahan daripada ketua jabatan atau syarikat.
  • Salinan 1 bulan penyata/slip gaji terkini.
  • 2 salinan slip gaji yang disahkan oleh ketua jabatan atau syarikat atau 3 salinan slip gaji atas talian (e-pay).
  • Salinan penyata bank atau buku bank.

 

Jadual pembayaran balik bulanan bagi pinjaman peribadi Ambank Islamic Personal Financing-i

Untuk mengetahui jadual pembayaran semula/balik pinjaman secara bulanan, sila klik Jadual Pembiayaan sebagai rujukan.

 

Caj yang dikenakan

Berikut merupakan caj yang akan dikenakan melalui pinjaman peribadi AmBank Islamic Personal Financing-i:

  • Caj setem duti sebanyak 0.5% untuk setiap jumlah pinjaman yang diluluskan.
  • Caj RM10.00 untuk proses surat kelulusan.
  • Caj sebanyak 2% bagi setiap bayaran bulanan untuk Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA).
  • Caj sebanyak 1% untuk jumlah baki pinjaman bagi setiap kelewatan  pembayaran.

 

Cara memohon pinjaman peribadi AmBank

Anda boleh memohon pinjaman peribadi Ambank Islamic Personal Financing-i secara walk-in iaitu dengan mengunjungi mana-mana cawangan AmBank berhampiran anda.

 

Akhir kalam

Itu adalah jenis-jenis pinjaman peribadi AmBank yang boleh anda mohon sekiranya anda memerlukan pinjaman peribadi dengan kadar yang segera. Diharapkan perkongsian kami ini dapat memberikan sedikit sebanyak informasi kepada anda yang memerlukannya. Semoga urusan anda juga dipermudahkan selalu.

Apa-apa pun kalau dah meminjam, jangan lupa untuk bayar semula. Satu lagi, elakkan untuk buat pinjaman dengan mana-mana institusi yang tidak berlesen. Bimbang akan merisikokan anda di kemudian hari. Zaman sekarang ini macam-macam boleh berlaku.

Oleh itu, jadilah peminjam yang bijak.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment