What's Hot

    Pinjaman peribadi Ar Rahnu YaPEIM adalah berbeza dari mana-mana pinjaman peribadi bank atau institusi kewangan yang ada di Malaysia. Ini kerana, pinjaman ini diberikan berdasarkan nilai emas untuk 1 transaksi tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Ar Rahnu YaPEIM. Mungkin anda masih kurang jelas mengenai pinjaman ini.

    Oleh itu, untuk memudahkan anda memahami konsep pinjaman ini. Ikuti maklumat yang kami sajikan untuk anda melalui artikel ini. Sebelum anda pergi lebih lanjut, ketahui serba sedikit latar belakang mengenai Ar Rahnu YaPEIM.

    Apa itu Ar Rahnu YaPEIM?

    Ar Rahnu YaPEIM ialah merupakan pajak gadai islam di bawah institusi Koperasi YaPEIM Berhad yang menggunakan 5 konsep gadaian At-Tawarruq. 5 konsep gadaian tersebut adalah Ijarah Al-Khadamat, Musawamah, Wakalah, At-Tawarruq dan Ar-Rahn.

    Itulah serba sedikit tentang Ar Rahnu YaPEIM. Sekarang, mari teruskan kepada pinjaman peribadi mereka.

    Izinkan kami berkongsi.

    Pinjaman peribadi Ar Rahnu YaPEIM

    Berikut merupakan jenis-jenis pinjaman peribadi yang ada di Ar Rahnu YaPEIM.

    1. Pinjaman peribadi Ar Rahnu Prestij YaPEIM

    Kadar pinjaman yang diberikan adalah 70% daripada nilai emas dengan had pinjaman yang diberikan maksimum sehingga RM25,000 untuk 1 transaksi. Namun begitu, untuk jumlah pinjaman yang terkumpul, maksimum akan diberikan sehingga mencecah RM75,000. Anda pula akan dicaj sebanyak RM0.90 untuk setiap RM100 nilai emas.

    Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman peribadi ini melalui jadual di bawah:

     

    Kadar faedah

     –

    Tempoh pinjaman

    Jumlah pinjaman

    Dari RM25,000 sehingga maksimum RM75,000

    Sektor pekerjaan

    Kelayakan

    • Warganegara Malaysia
    • Minimum umur 18 tahun dan ke atas
    • Berakal atau waras

    Tempoh kelulusan

     

    Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang pinjaman ini. Sila ketahui melalui maklumat tambahan di bawah.

    Kelayakan untuk memohon

    Berikut merupakan syarat dan kelayakan untuk memohon:

    • Warganegara Malaysia.
    • Minimum had umur 18 tahun dan ke atas.
    • Berakal atau waras.
    • Tidak berada di bawah pengaruh dadah atau mabuk.
    • Tidak diisytiharkan muflis.

     

    Dokumen diperlukan

    Antara dokumen yang perlu disediakan adalah:

    • Yuran keahlian RM10.00 untuk seumur hidup.
    • Barang kemas untuk cagaran.
    • Kad pengenalan.
    • Maklumat berkenaan waris.
    • Borang permohonan gadaian yang disediakan.

     

    Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi Ar Rahnu Prestij YaPEIM?

    Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman ini. Sila semak halaman ini untuk maklumat lanjut.

    Sekadar makluman, anda boleh membuat bayaran balik pinjaman ini melalui kaedah pembayaran secara tunai di mana-mana cawangan Ar Rahnu YaPEIM atau bayar secara online melalui Ar Rahnu YaPEIM Online.

     

    Di mana boleh memohon pinjaman ini?

    Anda boleh memohon pinjaman peribadi ini secara walk in dengan hadir di mana-mana cawangan Ar Rahnu YaPEIM berhampiran anda.

     

    2. Pinjaman peribadi Ar Rahnu Bisnes YaPEIM

    Kadar pinjaman yang diberikan adalah 80% daripada nilai emas dengan margin pinjaman untuk 1 transaksi berjumlah RM75,000. Sebaliknya, anda akan menerima maksimum sehingga RM150,000 bagi jumlah pinjaman terkumpul. Namun begitu, anda akan dikenakan upah simpan RM1.00 untuk setiap RM100 nilai emas.

    Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman ini melalui jadual di bawah:

     

    Kadar faedah

     –

    Tempoh pinjaman

    Jumlah pinjaman

    Dari RM75,000 sehingga RM150,000

    Sektor pekerjaan

    Kelayakan

    • Warganegara Malaysia
    • Minimum berumur 18 tahun dan ke atas
    • Perniagaan atau syarikat telah berdaftar di SSM

    Tempoh kelulusan

     

    Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang pinjaman ini. Sila ketahui melalui maklumat tambahan di bawah.

    Kelayakan untuk memohon

    Berikut merupakan syarat dan kelayakan yang ditetapkan:

    • Warganegara Malaysia.
    • Minimum had umur 18 tahun dan ke atas.
    • Berakal atau waras.
    • Tidak berada di bawah pengaruh dadah atau mabuk.
    • Tidak diisytiharkan muflis.
    • Mempunyai perniagaan atau syarikat berdaftar di SSM.

     

    Dokumen diperlukan

    Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon adalah:

    • Yuran keahlian RM10.00 untuk seumur hidup.
    • Barang kemas untuk cagaran.
    • Kad pengenalan.
    • Maklumat berkenaan waris.
    • Borang permohonan gadaian yang disediakan.
    • Sijil pendaftaran perniagaan atau syarikat SSM.
    • Rekod 3 kali transaksi tujuan gadaian berniaga.
    • Dokumen sokongan seperti surat tawaran atau kertas kerja projek (jika berkaitan).

     

    Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi Ar Rahnu Bisnes YaPEIM?

    Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman ini. Sila semak halaman ini untuk maklumat lanjut.

    Sekadar makluman, anda boleh membuat bayaran balik pinjaman ini melalui kaedah pembayaran secara tunai di mana-mana cawangan Ar Rahnu YaPEIM atau bayar secara atas talian melalui Ar Rahnu YaPEIM Online.

     

    Di mana boleh memohon pinjaman ini?

    Anda boleh memohon pinjaman ini dengan mengunjungi mana-mana cawangan AR Rahnu YaPEIM berdekatan anda.

     

    3. Ar Rahnu Emas YaPEIM

    Kadar pinjaman yang diberikan adalah 80% daripada nilai emas dengan margin pinjaman sebanyak RM100,000 untuk 1 transaksi. Manakala, bagi jumlah pinjaman  yang terkumpul, maksimum akan ditawarkan pinjaman sehingga RM200,000. Walau bagaimanapun, upah simpan bernilai RM0.90 akan dikenakan bagi setiap RM100 nilai emas.

    Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman peribadi ini melalui jadual di bawah:

     

    Kadar faedah

     –

    Tempoh pinjaman

    Jumlah pinjaman

    Dari RM100,000 sehingga RM200,000

    Sektor pekerjaan

    Kelayakan

    • Warganegara Malaysia
    • Minimum berumur 18 tahun ke atas
    • Berakal atau waras

    Tempoh kelulusan

     

    Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang pinjaman ini. Sila ketahui melalui maklumat tambahan di bawah.

    Kelayakan untuk memohon

    Berikut merupakan syarat dan kelayakan yang ditetapkan:

    • Warganegara Malaysia.
    • Minimum had umur 18 tahun dan ke atas.
    • Berakal atau waras.
    • Tidak berada di bawah pengaruh dadah atau mabuk.
    • Tidak diisytiharkan muflis.

     

    Dokumen diperlukan

    Antara dokumen yang perlu disediakan untuk memohon adalah:

    • Yuran keahlian RM10.00 untuk seumur hidup.
    • Barang emas untuk cagaran.
    • Kad pengenalan.
    • Maklumat berkenaan waris.
    • Borang permohonan gadaian yang disediakan.
    • Resit pembelian atau kad sijil barang kemas YaPEIM Gold.
    • Kad produk YaPEIM Gold.

     

    Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi Ar Rahnu Emas YaPEIM?

    Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman ini. Sila semak halaman ini untuk maklumat lanjut.

    Sekadar makluman, anda boleh membuat bayaran balik pinjaman ini melalui kaedah pembayaran secara tunai di mana-mana cawangan Ar Rahnu YaPEIM atau bayar secara atas talian melalui Ar Rahnu YaPEIM Online.

     

    Di mana boleh memohon pinjaman ini?

    Anda boleh memohon pinjaman ini dengan melawati mana-mana cawangan Ar Rahnu YaPEIM berhampiran anda.

     

    4. Ar Rahnu Didik YaPEIM

    Kadar pinjaman yang diberikan adalah 75% daripada nilai emas dengan had pinjaman yang diberikan maksimum sehingga RM50,000 untuk 1 transaksi. Namun begitu, untuk jumlah pinjaman yang terkumpul, maksimum akan diberikan sehingga mencecah RM100,000. Anda pula akan dicaj sebanyak RM0.85 untuk setiap RM100 nilai emas.

    Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman peribadi ini melalui jadual di bawah:

     

    Kadar faedah

     –

    Tempoh pinjaman

    Jumlah pinjaman

    Dari RM50,000 hingga maksimum RM100,000

    Sektor pekerjaan

    Kelayakan

    • Warganegara Malaysia
    • Pelajar

    Tempoh kelulusan

     

    Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang pinjaman ini. Sila ketahui melalui maklumat tambahan di bawah.

    Kelayakan untuk memohon

    Berikut merupakan syarat dan kelayakan yang ditetapkan:

    • Warganegara Malaysia.
    • Minimum had umur 18 tahun dan ke atas (tertakluk kepada terma dan syarat).
    • Berakal atau waras.
    • Tidak berada di bawah pengaruh dadah atau mabuk.
    • Tidak diisytiharkan muflis.
    • Pelajar.

     

    Dokumen diperlukan

    Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman ini adalah:

    • Yuran keahlian RM10.00 untuk seumur hidup.
    • Barang emas untuk cagaran.
    • Kad pengenalan.
    • Maklumat berkenaan waris.
    • Surat tawaran sekolah atau IPT dalam atau luar negara.
    • Resit yuran tadika atau sekolah.
    • Surat pengesahan pelajar.
    • Surat sokongan universiti.
    • Kertas kerja pengajian (jika berkaitan).

     

    Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi Ar Rahnu Didik YaPEIM?

    Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman ini. Sila semak halaman ini untuk maklumat lanjut.

    Sekadar makluman, anda boleh membuat bayaran balik pinjaman ini melalui kaedah pembayaran secara tunai di mana-mana cawangan Ar Rahnu YaPEIM atau bayar secara atas talian melalui Ar Rahnu YaPEIM Online.

     

    Di mana boleh memohon pinjaman ini?

    Anda boleh memohon pinjaman peribadi ini secara walk in dengan hadir di mana-mana cawangan Ar Rahnu YaPEIM berhampiran anda.

     

    5. Pinjaman peribadi Ar Rahnu Care YaPEIM

    Kadar pinjaman yang diberikan adalah 80% daripada nilai emas dengan had maksimum pinjaman untuk 1 surat akuan gadaian ialah RM5,000. Walau bagaimanapun, upah simpan bernilai RM0.75 akan dikenakan bagi setiap RM100 nilai emas. Selain itu, tempoh gadaian adalah selama 6 bulan bagi 1 kali gadaian semula yang dibenarkan.

    Untuk pengetahuan anda, pelanggan tururt layak memohon Bantuan Amal Jariah YaPEIM di mana bantuan akan terus disalurkan oleh pihak YaPEIM sekiranya permohonan telah diluluskan. Walau bagaimanapun, tawaran produk ini adalah terhad kepada first come, first serves. Sila semak halaman ini untuk maklumat lanjut.

    Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman peribadi ini melalui jadual di bawah:

     

    Kadar faedah

     –

    Tempoh pinjaman

    Jumlah pinjaman

    RM5,000

    Sektor pekerjaan

    Kelayakan

    • Pesakit Kronik (45 jenis penyakit disenaraikan oleh pengendali takaful MySalam)
    • Individu yang diberhentikan kerja
    • Mangsa kebakaran
    • Mangsa kemalangan jalan raya
    • Mangsa bencana alam
    • Kematian ketua keluarga

    Tempoh kelulusan

     

    Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang pinjaman ini. Sila ketahui melalui maklumat tambahan di bawah.

    Kelayakan untuk memohon

    Berikut merupakan syarat dan kelayakan yang ditetapkan:

    • Pesakit Kronik (45 jenis penyakit disenaraikan oleh pengendali takaful MySalam).
    • Individu yang diberhentikan kerja.
    • Mangsa kebakaran.
    • Mangsa kemalangan jalan raya.
    • Mangsa bencana alam.
    • Kematian ketua keluarga.

     

    Dokumen diperlukan

    Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon adalah:

    • Borang permohonan.
    • Kad pengenalan atau salinan kad pengenalan.
    • Surat pengesahan penyakit oleh hospital (jika berkaitan).
    • Pengesahan notis berhenti kerja dari syarikat (jika berkaitan).
    • Laporan polis (jika berkaitan).
    • Salinan pengesahan surat sumpah anak angkat atau penjagaan (jika berkaiatn).
    • Salinan surat kematian (jika berkaitan).

     

    Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi Ar Rahnu Care YaPEIM?

    Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman ini. Sila semak halaman ini untuk maklumat lanjut.

     

    Di mana boleh memohon pinjaman ini?

    Anda boleh memohon pinjaman ini di cawangan Ar Rahnu YaPEIM seluruh Malaysia dan Ar Rahnu YaPEIM Akses Mobile.

     

    Akhir kata

    Sampai di sini sahaja informasi mengenai pinjaman peribadi AR Rahnu YaPEIM yang dapat kami bentangkan kepada anda. Untuk sebarang maklumat lanjut dan lebih terperinci, anda boleh terus melawati laman web rasmi Ar Rahnu YaPEIM atau hubungi talian khidmat pelanggan mereka.

    Kesimpulannya, pinjaman peribadi AR Rahnu YaPEIM adalah berbeza dari mana-mana pinjaman institusi kewangan atau bank lain. Diharapkan perkongsian yang tidak seberapa ini dapat memberikan sedikit sebanyak penjelasan kepada anda di waktu anda memerlukan.

    Anda juga boleh mohon pinjaman peribadi MBSB jika anda tidak layak untuk memohon pinjaman ini.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply