Mungkin ramai yang sudah tahu mengenai pinjaman peribadi CIMB. Namun, untuk anda yang masih tidak tahu apa-apa mengenai pinjaman peribadi yang disediakan oleh CIMB. Kami akan menjelaskan kepada anda serba sedikit tentang pinjaman ini.
Terdapat beberapa jenis pelan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh CIMB kepada anda yang memerlukan pinjaman wang dengan kadar segera dan dalam jumlah yang banyak. Anda boleh memohon mana-mana jenis pelan pinjaman yang ada bergantung kepada kelayakan anda.
Kekal tenang dan mari ikuti penulisan ini.
Izinkan kami berkongsi.
Pinjaman peribadi CIMB
Berikut merupakan senarai pinjaman CIMB.
1. Pinjaman peribadi CIMB Cash Plus
CIMB Cash Plus adalah pinjaman peribadi konvensional dan juga tidak memerlukan apa-apa cagaran sebagai jaminan. Untuk pengetahuan anda, melalui pelan pinjaman peribadi ini anda boleh meminjam minimum RM2,000 sehingga RM100,000. Tetapi, jumlah pinjaman yang diterima adalah berdasarkan kelulusan permohonan anda.
Semuanya turut bergantung kepada kelayakan anda sebagai peminjam.
Selain itu, CIMB Cash Plus hanya mengenakan kadar faedah serendah 6.88% sehingga 14.88% setahun. Ia juga boleh dikategorikan sebagai pinjaman peribadi yang mempunyai kadar faedah yang rendah berbanding personal loan yang lain. Tempoh pinjaman yang diberikan adalah sekitar 2 tahun sehingga 5 tahun.
Sedikit makluman untuk anda, tempoh kelulusan pinjaman peribadi CIMB ini mampu diproses hanya dalam masa 24 jam. Oleh itu, ia sangat sesuai dimohon oleh golongan yang memerlukan wang segera.
Anda boleh merujuk jadual di bawah sebagai ringkasan maklumat pinjaman peribadi CIMB Cash Plus:
Kadar faedah |
Serendah 6.88% hingga 14.88% setahun |
Tempoh pinjaman |
Bermula 2 tahun hingga 5 tahun |
Jumlah pinjaman |
RM2,000 hingga RM100,000 |
Sektor pekerjaan |
|
Kelayakan |
|
Tempoh kelulusan |
24 jam |
Sekiranya anda berminat untuk memohon pinjaman peribadi CIMB Cash Plus. Mari ketahui lebih lanjut melalui maklumat tambahan di bawah.
Kelayakan untuk memohon
Terdapat beberapa syarat dan kelayakan yang harus dipenuhi untuk memohon pinjaman peribadi ini. Antaranya adalah:
- Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun sehingga 60 tahun.
- Mestilah seorang warganegara Malaysia.
- Mempunyai pendapatan minimum RM2,000 sebulan.
- Mestilah bekerja lebih dari 6 bulan (jika berkaitan).
- Perniagaan mestilah telah aktif lebih dari 2 tahun dan ke atas.
Dokumen diperlukan
Jika anda telah menepati syarat dan kelayakan sebagai pemohon. Sila pastikan anda melengkapkan kesemua dokumen yang diperlukan seperti:
- Salinan kad pengenalan diri (depan dan belakang).
- Penyata slip gaji.
- Penyata bank pengkreditan gaji.
- Penyata EPF.
- Minimum 6 bulan penyata bank syarikat (jika berkaitan).
- Salinan sijil pendaftaran syarikat SSM (jika berkaitan).
Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi CIMB Cash Plus?
Anda boleh menyemak jadual pembiayaan 1, jadual pembiayaan 2, jadual pembiayaan 3, jadual pembiayaan 4, jadual pembiayaan 5 dan jadual pembiayaan 6 ini sebagai panduan bagi memudahkan anda membuat pembayaran balik.
PERHATIAN
Jadual pembayaran bulanan pinjaman peribadi CIMB Cash Plus ini adalah berbeza mengikut jumlah pinjaman dan kadar faedah tahunan yang ditetapkan oleh pihak CIMB.
Di mana boleh memohon pinjaman ini?
Sekiranya anda berminat untuk memohon pinjaman peribadi CIMB Cash Plus ini. Anda boleh hadir di mana-mana cawangan berdekatan anda.
Selain itu, anda juga boleh terus membuat permohonan secara online melalui laman web ini https://www.cimb.com.my/bm/personal.
2. CIMB Xpress Cash Financing-i
Kalau sebut sahaja tentang Financing-i selalunya mesti berkonsepkan islamik. Begitu juga dengan pinjaman peribadi ini. CIMB bukan sahaja menyediakan personal loan secara konvensional malah secara islamik dengan mengikut syariah islam. Jadi, kepada anda yang memerlukan pinjaman peribadi secara islamik, anda boleh memohon pinjaman peribadi ini.
Selain itu, jumlah pinjaman yang ditawarkan adalah bermula minimum RM3,000 hingga maksimum mencapai RM50,000. Kadar faedah yang dikenakan pula di antara 18% sehingga 24% setahun dengan tempoh pinjaman maksimum 5 tahun. Walau bagaimanapun, pinjaman peribadi ini hanya terbuka kepada pekerja di sektor awam, sektor kerajaan terpilih dan bekerja sendiri.
Pinjaman peribadi ini juga sesuai untuk anda yang menerima pendapatan bulanan yang rendah. Ini kerana had pendapatan minima untuk memohon pinjaman ini adalah serendah RM800.
Sila rujuk jadual di bawah mengenai ringkasan maklumat pinjaman peribadi CIMB Xpress Cash Financing-i:
Kadar faedah |
18% hingga 24% setahun |
Tempoh pinjaman |
Di anatara 1 tahun hingga 5 tahun |
Jumlah pinjaman |
Minimum RM3,000 hingga maksimum RM50,000 |
Sektor pekerjaan |
|
Kelayakan |
|
Tempoh kelulusan |
24 jam atau 48 jam |
Sekiranya anda berminat untuk memohon pinjaman peribadi ini. Anda boleh mengetahui maklumat lebih lanjut di bawah.
Kelayakan untuk memohon
Berikut merupakan syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk memohon:
- Merupakan warganegara Malaysia.
- Had umur minimum 21 tahun sehingga maksimum 60 tahun.
- Berpendapatan sekurang-kurangnya RM800 sebulan.
- Berkhidmat sekurang-kurangnya selama 6 bulan.
- Berniaga sekurang-kurangnya selama 6 bulan.
Dokumen diperlukan
Jika anda layak untuk memohon pinjaman peribadi ini. Anda haruslah memastikan kesemua dokumen diperlukan adalah lengkap. Dokumen-dokumenya adalah:
- Salinan kad pengenalan diri.
- Slip gaji.
- Penyata KWSP terkini.
- Penyata bank pengkreditan gaji (jika berkaitan).
- Penyata bank akaun syarikat 6 bulan terkini (jika berkaitan).
- Dokumen, borang atau sijil pendaftaran perniagaan SSM atau yang berkaitan perniagaan (jika berkaitan).
Contoh senario:
“Encik Hafiz bekerja sendiri dengan memiliki syarikat yang telah didaftarkan di SSM selama lebih 3 tahun. Baru-baru ini beliau ingin membaik pulih premis perniagaannya yang memerlukan kos sebanyak RM30,000. Oleh itu, beliau ingin membuat permohonan pinjaman peribadi CIMB Xpress Cash.
Untuk memohon pinjaman peribadi ini, beliau perlu menepati kesemua syarat dan kelayakan yang ditetapkan. Jika beliau layak, beliau harus menyediakan dokumen seperti salinan kad pengenalan diri, penyata bank akaun syarikat minimum 6 bulan terkini dan borang-borang berkaitan perniagannya seperti sijil pendaftaran perniagaan SSM.”
Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi CIMB Xpress Cash Financing-i?
Mengenai corak pembayaran balik pinjaman secara bulanan. Anda boleh merujuk jadual pembiayaan ini sebagai panduan bagi memudahkan urusan pembayaran balik pinjaman anda.
Di mana boleh memohon pinjaman ini?
Anda boleh memohon pinjaman ini dengan mengunjungi mana-mana cawangan CIMB Bank berhampiran anda.
Akhir kata
Kesimpulannya, pinjaman peribadi CIMB ini adalah antara pinjaman yang sangat sesuai dimohon oleh sesiapa sahaja yang layak dan memerlukan. Anda juga boleh membuat pilihan sama ada untuk mohon pinjaman peribadi berkonsepkan konvensional atau islamik.
Semuanya bergantung kepada keputusan anda.
Namun, pastikan kesemua syarat dan dokumen telah menepati permintaan supaya urusan permohonan anda menjadi lebih mudah. Harap membantu.
Semoga bermanfaat.
1 Comment
Pinjam