CIMB Islamic menawarkan penyelesaian kewangan dalam perbankan peribadi, pelaburan, perbankan pengguna, pengurusan aset, takaful, perbankan swasta dan pengurusan kekayaan yang diuruskan dalam pematuhan ketat dengan prinsip-prinsip Syariah di bawah bimbingan Jawatankuasa Syariah Islam CIMB.

Pembiayaan peribadi CIMB

Syarat dan terma pinjaman islamik CIMB adalah seperti berikut:

  • Jumlah yang boleh dipinjam adalah sehingga 8 kali ganda gaji kasar bulanan tetap anda ATAU sehingga RM100,000 bagi tempoh maksimum pinjaman selama 5 tahun. Pinjaman minima RM2000.
  • Kadar bunga tetap dari 8.20% – 14.66% setahun
  • Peminjam boleh memilih antara pakej islamik atau pakej konvensional
  • Nilai kos yang terlibat adalah yuran pengurusan dan duti setem sebanyak 0.5% dari jumlah pinjaman tertunggak.
  • Pembayaran balik bulanan yang merangkumi jumlah prinsipal dan caj faedah melalui pemotongan arahan tetap.
  • Penalti pembayaran lewat adalah 1% dari jumlah pinjaman tertunggak.

Kelebihan

  • Tempoh pemprosesan permohonan cepat – purata 24 jam kelulusan dan pembayaran.
  • Penjamin atau keperluan cagaran tidak diperlukan
  • Wajib perlu dapat perlindungan Takaful
  • Tiada penalti pelangsaian awal dikenakan.

Kelayakan

  • Pemohon mestilah berumur antara 21 hingga 58 tahun untuk layak memohon.
  • Pemohon adalah warganegara Malaysia yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan, kakitangan organisasi sektor swasta atau bekerja sendiri layak
  • Pendapatan (gaji pokok + elaun tetap atau komisen atau untung) mesti melebihi RM2,000 sebulan.

Blacklist Tidak Layak

Kriteria blacklist ketat. Sekiranya anda ada rekod CCRIS/CTOS/Rekod Kredit yang tidak baik, anda tidak layak memohon. Anda perlu menyelesaikan bayaran tertunggak blacklist sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum memohon semula.

Dokumen Semasa Permohonan

Anda perlu mengemukakan dokumen berikut bagi permohonan pinjaman anda:

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

1 Comment

Leave A Reply