Adakah anda tahu mengenai kewujudan pinjaman peribadi Co-opbank Pertama? Untuk anda yang tidak tahu apa-apa mengenai pinjaman mahupun latar belakang bank ini. Anda tidak perlu buang-buang waktu kerana kami telah sediakan beberapa maklumat mengenainya melalui catatan di bawah.
Artikel ini juga adalah disediakan khas buat anda yang nak mohon pinjaman peribadi yang memenuhi syarat dan kelayakan anda.
Sebelum anda pergi dengan lebih lanjut. Ketahui dahulu serba sedikit mengenai Co-opbank Pertama.
Apa itu Co-opbank Pertama?
- Sebuah pertubuhan koperasi yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 dan didaftarkan pada 7 Jun 1950 dengan nama asalnya “The Province Wellesley Co-operative Banking Union Limited”.
- Pada tahun 2014, nama tersebut telah ditukarkan kepada nama Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad.
- Visi mereka adalah untuk menjadi Co-opbank syariah terunggul di Malaysia.
- Menyediakan perkhidmatan kewangan kepada komuniti melalui pelbagai cabang.
Itulah sedikit sebanyak pengenalan tentang Co-opbank Pertama. Sekarang, mari teruskan kepada pinjaman peribadi mereka.
Izinkan kami berkongsi.
Pinjaman peribadi Co-opbank Pertama
Berikut merupakan jenis pinjaman peribadi Co-opbank Pertama yang ditawarkan.
Kalau nampak terlalu panjang dan susah nak hadam, boleh baca mengikut kategori:
- Kelayakan pinjaman peribadi Co-opbank Pertama
- Kadar faedah pinjaman peribadi Co-opbank Pertama
- Jadual pinjaman peribadi Co-opbank Pertama
Pinjaman Peribadi-i Lestari
Pinjaman ini menggunakan konsep Tawarruq dan ditawarkan di semua cawangan Co-opbank Pertama. Untuk pengetahuan anda, pinjaman ini hanya terbuka kepada kakitangan sektor kerajaan, badan berkanun, anak syarikat kerajaan, GLC, sektor swasta dan syarikat terpilih sahaja. Ia bergantung kepada jenis kelayakan pakej pinjaman anda serta tertakluk terma dan syarat.
Antara pakej pinjaman yang disediakan melalui pinjaman Peribadi-i Lestari adalah Peribadi-i Lestari Awam, Peribadi-i Lestari Swasta (PGM) dan Peribadi-i Lestari Swasta. Sebarang cagaran atau penjamin tidak diperlukan.
Selain itu, anda boleh membuat pinjaman sehingga maksimum RM200,000 kadar keuntungan kompetitif serendah 3.45% sehingga 4.49% setahun. Tempoh pinjaman yang diberikan pula adalah sehingga 10 tahun atau sehingga mencapai umur persaraan atau yang mana lebih awal.
Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman ini melalui jadual di bawah:
Kadar keuntungan |
Kompetitif serendah 3.45% hingga 4.49% setahun |
Tempoh pinjaman |
Maksimum sehingga 10 tahun atau sehingga mencapai umur persaraan |
Jumlah pinjaman |
Maksimum sehingga RM200,000 |
Sektor pekerjaan |
|
Kelayakan |
|
Tempoh kelulusan |
– |
Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut dan terperinci mengenai pinjaman peribadi Co-opbank Pertama ini. Sila ketahui melalui maklumat tambahan di bawah.
Kelayakan untuk memohon
Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:
- Warganegara Malaysia.
- Menerima pendapatan bulanan minimum RM2,000 dan ke atas.
- Merupakan kakitangan sektor kerajaan, swasta, badan berkanun, anak syarikat kerajaan, GLC dan syarikat terpilih sahaja.
- Pekerja tetap dengan tempoh perkhidmatan minimum 3 bulan dan ke atas.
- Pekerja kontrak dengan tempoh perkhidmatan minimum 2 tahun (jika berkaitan).
- Bekerja di panel majikan yang dilantik sahaja.
Dokumen diperlukan
Kami tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen yang diperlukan untuk pinjaman ini. Sila semak halaman ini untuk maklumat lanjut.
Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman Peribadi-i Lestari?
Bagi memudahkan anda untuk membuat bayaran balik pinjaman peribadi ini. Sila rujuk jadual pembiayaan di laman web mereka sebagai panduan.
Di mana boleh memohon pinjaman peribadi Co-opbank Pertama ini?
Jika anda berminat untuk memohon pinjaman peribadi ini. Anda boleh terus hadir di mana-mana cawangan Co-opbank Pertama berhampiran anda.
Anda juga boleh membuat permohonan secara online melalui laman web rasmi Co-opbank Pertama di sini cbp.com.my. Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan pelan pinjaman ini, anda boleh merujuk halaman web rasmi CBP sebagai panduan.
Akhir kata
Diharapkan perkongsian kami mengenai pinjaman peribadi Co-opbank Pertama ini dapat memberikan pencerahan dan membantu urusan keperluan kewangan anda di dalam apa jua situasi. Kalau anda tidak berminat dengan pinjaman ini, apa kata kalau anda cuba mohon pinjaman peribadi Bank Islam.
Maklumlah, zaman sekarang ini dah banyak tempat yang legit dan berlesen untuk anda buat personal loan. Layak atau tidak sahaja.
Semoga bermanfaat.
1 Comment
Harap boleh bantu