Kepada mereka yang terdesak ingin memerlukan wang segera namun mereka tidak mempunyai sebarang dokumen ataupun slip gaji kerana anda telah kehilangan kerja, jangan risau kerana pada hari ini kami akan menerangkan kepada anda tentang cara membuat pinjaman tanpa slip gaji dan sebarang dokumen.
Pinjaman Tanpa Slip Gaji
Pada era pandemik ini, ramai di antara kita yang telah ditimpa pelbagai ujian hidup seperti kehilangan kerja, diberhentikan kerja mahupun kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan. Kesan pandemik ini sangatlah mendalam. Namun kita tidak seharusnya berputus harapan kerana kita perlu mengambil iktibar dan banyakkan bersabar dalam menempuh pandemik ini.
Mengapa membuat pinjaman?
Ramai yang mengambil keputusan untuk membuat pinjaman pada musim-musim genting ini kerana ingin menyelesaikan pelbagai perkara dan juga untuk kelangsungan hidup seperti membeli barang dapur.
Tidak salah untuk seseorang membuat pinjaman, namun harus beringat bahawa, buatlah pinjaman daripada pihak yang dipercayai dan mempunyai lesen.
Membuat pinjaman
Kepada anda yang pernah membuat pinjaman, anda sedar bahawa menyediakan dokumen seperti slip gaji amatlah penting. Ini kerana banyak pihak bank telah menyatakan bahawa penyediaan dokumen slip gaji adalah wajib.
Namun tidak perlu khuatir kerana kami akan berkongsi dengan anda cara membuat pinjaman tanpa menggunakan slip gaji.
Terdapat pelbagai syarikat yang menyediakan pinjaman wang tunai secara online. Persoalannya, bagaimana untuk mencari syarikat yang bersesuaian?
Anda boleh menggunakan perkhidmatan i-KrediKom untuk mencari syarikat pinjaman wang berlesen dan berdaftar tanpa anda perlu menyediakan sebarang dokumen seperti slip gaji.
Aplikasi i-KrediKom
- Anda boleh muat turun dan install aplikasi tersebut pada telefon pintar anda.
- Kepada pengguna Android anda boleh bukak Google Play Store anda dan muat turun aplikasi tersebut.
- Kepada pengguna Apple pula, anda boleh install aplikasi tersebut pada Apple App Store anda.
- Ataupun sekiranya anda tidak berminat untuk menggunakan i-KrediKom, anda taip sahaja pinjaman wang Malaysia berlesen dan akan ada aplikasi lain yang turut menyediakan servis pinjaman tanpa slip gaji.
Faedah i-KrediKom
- Menggunakan platform mesra rakyat dengan konsep touch-point kepada rakyat sebagai usaha mengurangkan masalah keberhutangan.
- Menambahbaik keperluan sistem sedia ada iaitu Sistem eMAPS dengan menambah maklumat lokasi PPW menggunakan konsep pemetaan (data geospatial).
- Melatih orang awam membuat semakan terlebih dahulu bagi memastikan hanya syarikat yang berlesen sahaja dipilih sekiranya keperluan untuk mendapatkan pinjaman selain daripada institusi perbankan
- Membantu menghindari orang awam daripada terlibat dengan masalah syarikat yang tidak berlesen dengan membuat semakan menerusi aplikasi ini.
Akhir kata
Diharapkan agar perkongsian pada hari ini akan memudahkan urusan anda untuk membuat pinjaman yang sah secara online.
Kalau anda golongan B40, boleh cuba tengok-tengok bantuan kerajaan terkini tahun ini.
Semoga bermanfaat.
15 Comments
urgent nK guna duit
Nak guna duit terdesak
nak guna duit sebelum dapat gaji lambat lagi ni..macamana nk mohon..
urgent nka guna duit mcm mane nak apply
Saya pun urgent sangat nak guna duit..saya berharap pihak anda dapat menolong saya..
Saya urgent Nok pakai duit nak bayar sewa rumah dah 3 bln tertunggak sewa 500 1bln,saya berharap pihak tuan dapat menolong saya
#amat memerlukan duit
memerlukan sangat duit untuk pembelanjaan anak2… mcm mne nk mohon… nk segera
Terdesak
Terdesak
Saya urgent nak pakai duit untuk bisnes sendiri (serunding halia)
Saya juga dalam kesempitan skrg…
Perlukan duit
Mintak bantu ya
Sy jga ,membuthkan. Harp2 dpt tlg.
Nak buat pinjaman