What's Hot

    Aku tahu, kau sekarang tengah tercari-cari cara macam mana nak print statement BSN
    kan? Google sana, Google sini, tapi masih tak jumpa.

    Jangan risau, aku akan kongsikan dengan kau.

    Cara Print Statement BSN Online

    Untuk dapatkan penyata BSN, kau perlu ada Internet Banking BSN. Kalau tidak, memang tak boleh masuk.

    Ini langkah-langkah ringkas untuk kau download dan Print Statement BSN.

    1. Layari laman web rasmi BSN di sini: https://www.mybsn.com.my
    2. Kau kini berada di laman utama Perbankan Internet BSN
    3. Login mybsn.com.my seperti biasa
    4. Masukkan Username
    5. Sahkan Security Image seperti yang terpapar
    6. Masukkan Password
    7. Tekan butang Login
    8. Kalau semuanya berjalan lancar, kau akan masuk ke dalam dashboard BSN online
    9. Klik Account Overview
    10. Klik E-Statement
    11. Pilih akaun kau seperti yang terpapar
    12. Pilih Statement Period, iaitu tempoh tarikh atau bulan yang dikehendaki
    13. Download statement BSN yang dikehendaki
    14. Buka penyata yang dimuat turun sebentar tadi dalam format PDF
    15. Untuk mencetak, pastikan ada sambungan ke printer
    16. Tekan butang Print
    17. Selesai

    Jangan kau buat-buat terkejut tengok baki duit simpanan BSN kau yang tak berapa banyak itu.

     

    Ada Cara Print Statement BSN di ATM?

    Ya, memang ada cara untuk kau dapatkan statement BSN melalui ATM.

    Selalunya, ia dipanggil penyata mini BSN yang kosnya adalah percuma.

    Ikuti panduan mudah ini:

    1. Masukkan kad ATM BSN kau
    2. Pilih bahasa
    3. Untuk mudah faham, pilih Bahasa Melayu
    4. Masukkan PIN
    5. Pilih Penukaran Pin / Urusan Lain
    6. Pilih Penyata Mini
    7. Tunggu sebentar
    8. Penyata ringkas akan dicetak keluar
    9. Selesai

    *Caj 50 sen akan dikenakan dalam akaun BSN kau

     

    Boleh Download Penyata BSN Guna Apps?

    Ya, memang boleh.

    Cuma aku tak rajin nak tulis guide BSN ini sebab caranya agak renyah.

    Kena download apps BSN, login, klik sana, klik sini.

    Leceh.

    Tapi kalau kau rajin, boleh sahaja cuba cara untuk dapatkan statement BSN guna apps iPhone dan Android.

    Sangat sesuai untu korang yang celik IT.

    Lagipun, buat masa ini aplikasi yang ada hanya untuk perniagaan sahaja iaitu BSNeBiz.

     

    Kenapa Perlu Print Statement BSN Terkini?

    Ada banyak sebab seseorang itu memerlukan penyata terkini BSN.

    Selalunya, mereka-mereka ini mahukan statement BSN untuk membuat permohonan pinjaman kereta BSN, pinjaman rumah ataupun pinjaman peribadi.

    Ini kerana bank-bank seperti BSN perlu mengesahkan pendapatan kau.

    Takkan BSN nak bagi kau pinjam duit tapi kau tak ada gaji bulanan.

    Ini penting bagi BSN untuk pastikan kau mampu bayar komitmen bulanan.

    Untuk penyata mini BSN melalui ATM, selalunya ia adalah untuk simpanan peribadi.

    Kadang-kadang, ada orang yang memang sengaja cetak penyata mini untuk lihat transaksi BSN
    terkini.

     

    Akhir kata

    Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara print statement BSN secara online dan juga melalui ATM ini akan memudahkan lagi urusan perbankan kau.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply