Semak ASB guna IC atau MyKad merujuk kepada proses menyemak dan melihat baki terkini pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) menggunakan Kad Pengenalan sebagai maklumat pengenalan diri. Proses ini membolehkan pelabur mendapatkan maklumat seperti baki terkini, sejarah transaksi, dan dividen yang telah dikreditkan ke dalam akaun ASB mereka.
Terdapat tiga kaedah utama untuk menyemak ASB iaitu melalui kaunter ASNB berhampiran, portal myASNB di myasnb.com.my dan aplikasi myASNB pada telefon pintar. Setiap kaedah memerlukan ID Pengguna yang didaftarkan menggunakan MyKad sebagai pengesahan identiti.
Check ASB Menggunakan Kad Pengenalan
Semak ASB guna IC secara online melalui Portal myASNB
Untuk semak ASB guna IC secara online, layari portal myASNB di myasnb.com.my dan klik butang LOG MASUK. Masukkan ID Pengguna anda dan sahkan Frasa Keselamatan yang dipaparkan sebelum memasukkan kata laluan. Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat melihat profil dan maklumat pelaburan ASB anda.
Portal myASNB membolehkan anda membuat semakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Walau bagaimanapun, myASNB ini hanya boleh diakses kepada individu yang sudah mendaftar akaun myASNB. Langkah-langkah untuk membuat semakan ASB menggunakan MyKad adalah seperti berikut:
- Layari Portal myASNB di sini myasnb.com.my.
- Pilih Bahasa.
- Kemudian, tekan butang LOG MASUK.
- Masukkan ID Pengguna dan tekan TERUSKAN.
- Sahkan Frasa Keselamatan anda dengan menekan butang YA jika betul.
- Seterusnya, masukkan Kata Laluan.
- Klik butang LOG MASUK.
- Profil anda akan dipaparkan.
- Anda boleh membuat semakan ASB dan menggunakan perkhidmatan lain pada menu yang tertera di profil akaun anda.
- Selesai.
Bagaimana Cara Menyemak ASB Di Kaunter?
Prosedur semakan di kaunter ASNB adalah mudah dan ringkas. Anda perlu membawa MyKad, mengambil nombor giliran di cawangan ASNB, dan memberitahu pegawai bertugas bahawa anda ingin membuat semakan ASB.
Pegawai akan membantu anda menyemak maklumat pelaburan menggunakan MyKad anda. Proses ini biasanya mengambil masa yang singkat dan anda akan dapat melihat baki terkini serta sejarah transaksi ASB anda.
Ikuti langkah-langkah mudah ini:
- Sediakan dokumen berkaitan pengenalan diri seperti IC.
- Hadir di mana-mana cawangan atau kaunter ASNB berhampiran.
- Dapatkan nombor giliran terlebih dulu atau terus ke kaunter urusan.
- Nyatakan tujuan anda untuk membuatkan semakan ASB.
- Selesai.
Bagaimana Cara Semak ASB Melalui Aplikasi myASNB?
Untuk membuat semakan ASB menggunakan aplikasi, muat turun dan install aplikasi myASNB dari Google Play Store atau App Store pada telefon pintar anda. Log masuk menggunakan ID Pengguna dan kata laluan yang sama seperti portal myASNB.
Aplikasi ini menawarkan pengalaman yang lebih mudah dan mesra pengguna berbanding portal web. Anda boleh mengakses semua fungsi yang sama seperti di portal web melalui telefon pintar anda. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat semakan ASB menggunakan aplikasi myASNB:
- Muat turun aplikasi myASNB di Google Play Store atau App Store terlebih dulu.
- Dah selesai muat turun, buka aplikasi myASNB.
- Anda boleh menukar Bahasa pada bahagian menu sebelah kanan skrin telefon anda.
- Kemudian, tekan Log Masuk.
- Masukkan ID Pengguna dan tekan Seterusnya.
- Sahkan Frasa Keselamatan anda dan tandakan pada butang yang disediakan jika betul.
- Masukkan Kata Laluan dan tekan Seterusnya.
- Setelah berjaya masuk, anda akan dipaparkan dengan laman profil akaun anda.
- Anda boleh semak baki ASB atau meneruskan perkhidmatan lain pada menu yang disediakan dalam profil akaun anda.
- Selesai.
Apakah Kemudahan Lain Yang Ditawarkan myASNB?
Platform myASNB menawarkan pelbagai perkhidmatan digital yang memudahkan pengurusan pelaburan anda. Ini termasuk kemudahan untuk menyimpan maklumat pelaburan, merekod urusniaga, memaparkan penyata akaun, membuat pelaburan tambahan, dan mengemaskini profil peribadi.
Semua urusan ini boleh dilakukan secara dalam talian tanpa perlu ke kaunter, menjimatkan masa dan tenaga anda.
Keselamatan Dan Langkah Berjaga-jaga myASNB
Pastikan anda sentiasa mengemas kini kata laluan akaun myASNB dari semasa ke semasa. Elakkan dari berkongsi maklumat log masuk dengan orang lain dan sentiasa log keluar selepas selesai menggunakan perkhidmatan.
Simpan ID Pengguna dan kata laluan di tempat yang selamat untuk mengelakkan kehilangan akses kepada akaun anda.
Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Menghadapi Masalah?
Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah semasa membuat semakan atau menggunakan perkhidmatan myASNB, anda boleh menghubungi Bahagian Khidmat Pelanggan ASB di talian 03-7730 8899.
Perkhidmatan khidmat pelanggan ini tersedia setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam, termasuk hari minggu. Pegawai bertugas akan membantu menyelesaikan sebarang isu yang anda hadapi.
Cara Mendaftar Akaun myASNB
Untuk mendaftar akaun myASNB, anda perlu muat turun aplikasi myASNB terlebih dahulu. Selepas itu, ikuti proses pendaftaran dengan memasukkan maklumat peribadi, pengesahan nombor telefon melalui OTP, dan pengesahan identiti menggunakan rakaman video swafoto.
Pastikan anda menyediakan maklumat bank yang tepat dan lengkap semasa pendaftaran. Setelah pendaftaran berjaya, simpan ID Pengguna dan kata laluan di tempat yang selamat. Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk daftar myASNB:
- Sila layari Portal myASNB di myasnb.com.my.
- Pilih Bahasa dan tekan butang DAFTAR.
- Anda akan diminta untuk memuat turun aplikasi myASNB untuk proses pendaftaran.
- Sila muat turun aplikasi myASNB di telefon pintar anda.
- Buka aplikasi myASNB dan pilih Bahasa pada bahagian menu sebelah kanan skrin telefon.
- Kemudian, tekan butang Daftar.
- Lengkapkan butiran yang diperlukan seperti:
- Jenis Pengenalan Diri.
- Nombor Pengenalan Diri.
- Nombor Telefon Bimbit.
- Sila sediakan Kad Pengenalan (MyKad), Maklumat Peribadi dan Maklumat Akaun Bank untuk melengkapkan pendaftaran.
- Tick pada ruangan bersetuju dengan terma dan syarat.
- Tekan butang Seterusnya.
- Anda akan diminta untuk membuat Pengesahan Nombor Telefon melalui OTP yang dihantar ke nombor telefon anda tadi.
- Tekan Seterusnya.
- Anda akan dibawa ke laman Maklumat Peribadi.
- Sila lengkapkan butiran peribadi anda pada ruangan yang disediakan.
- Tekan butang Teruskan.
- Kemudian, anda perlu membuat Pengesahan Akaun Bank.
- Jika tiada apa-apa masalah berkaitan akaun bank anda yang didaftarkan, tekan butang Ya.
- Seterusnya, lengkapkan bahagian Pengisytiharan Diri dan tekan butang Teruskan.
- Pada laman berikutnya, sila lengkapkan Maklumat Pekerjaan anda.
- Tick pada kotak ruangan maklumat yang diberikan benar, tepat dan lengkap.
- Kemudian, tekan Hantar.
- Anda perlu membuat Pengesahan Identiti menggunakan MyKad.
- Tekan butang Teruskan.
- Seterusnya, anda perlu Rakam Video Swafoto anda sambil menyebut 3 digit nombor yang akan tertera di skrin untuk melengkapkan proses identifikasi.
- Kemudian, tekan Hantar Video.
- Pada laman seterusnya, anda akan diminta untuk melengkapkan Maklumat Log Masuk.
- Jika tiada apa-apa masalah, tekan butang Teruskan.
- Kemudian, lengkapkan soalan pada bahagian Keselamatan Akaun.
- Tekan butang Selesai.
- Akhir sekali, anda akan menerima notifikasi Tahniah! Pendaftaran akaun anda berjaya! Sila log masuk untuk meneruskan.
- Tamat.
4 Comments
Nak cek akaun asb
Asb
031130130295
saya telahpun menjelaskan bayaran bagi statement tahun 2022. berapa lama saya akan dapat statement tersebut