Anda sampai ke sini sebab nak cari cara nak semak baki pinjaman peribadi Ambank yang terkini kan? Iyalah, mestilah tertanya-tanya, “Berapa balance personal loan aku sekarang? Nampak dia punya baki tak kurang-kurang pun. Musykil juga.”
Jangan risau sangat. Jom kita check sama-sama.
Cara semak baki pinjaman peribadi AmBank online
Nak kira sendiri berapa balance personal loan Ambank, memang tak lah.
Bukan senang nak buat pengiraan.
Manalah kita nak ingat berapa dah bayar dan berapa baki setiap bulan kan?
Apa susah.
Perbankan Internet Ambank kan ada.
Ikuti panduan di bawah:
- Sila layari online banking Ambank di sini: https://ambank.amonline.com.my/
- Halaman utama AmOnline akan terpapar
- Login ambank.amonline.com.my seperti biasa
- Masukkan Username
- Klik Log In Now
- Sila sahkan Security Image dengan menekan butang Yes
- Masukkan Password
- Tekan butang Log In
- Sekiranya semuanya berjalan lancar, anda akan dapat masuk ke dalam sistem AmOnline
- Klik pada menu Pay Loans / Financing
- Lihat paparan & semak baki pinjaman peribadi Ambank anda
- Screenshot untuk simpanan dan rujukan jika perlu
- Selesai
Baki tinggal sedikit, boleh buat penyelesaian awal pinjaman peribadi AmBank
tak?
Mestilah boleh.
Pastinya pihak Ambank mengalu-alukan penyelesaian awal bagi pinjaman peribadi anda.
Cuma lain bank, lain caranya.
Tak sama.
Tapi, satu perkara yang anda perlu ambil tahu, semak dulu dengan pihak Ambank samada penyelesaian awal atau full settlement personal loan Ambank
ini ada penalti atau tidak.
Ada jenis bank yang tak benarkan si peminjam bayar awal.
Iyalah, mestila bank nak makan interest dulu.
Kalau bayar awal, dah tak adalah income daripada interest kan?
Untuk penjelasan yang lebih pantas dan tuntas, lebih baik anda hubungi customer service Ambank.
Ikuti cara-cara seperti di bawah:
- Buat panggilan ke AmBank di talian 03-2178 8888
- Tunggu sebentar sehingga panggilan anda dijawab
- Apabila panggilan sudah dijawab, perkenalkan diri anda
- Maklumkan tujuan anda buat panggilan adalah untuk bertanya tentang full settlement personal loan
- Berikan nombor akaun pinjaman peribadi AmBank anda
- Jika tidak ingat, berikan nombor Kad Pengenalan
- Jika perlu, pegawai di talian akan bertanyakan soalan untuk pengesahan
- Untuk proses verifikasi, sila jawab soalan-soalan yang ditanya
- Pegawai bank di talian akan buat semakan terlebih dahulu
- Baki pinjaman peribadi anda akan diberitahu
- Tanya pegawai bagaimana cara untuk buat early settlement
- Tanya samada boleh guna bank transfer atau bayar menggunakan cheque
- Tanya lagi adakah ada apa-apa dokumen diperlukan untuk pembayaran
- Tanya juga samada peminjam perlu hantar surat rasmi bagi penyelesaian awal
- Tanya pegawai apa masalah yang akan timbul jika tidak bayar mengikut baki amaun yang tertera
- Ini kerana ada banyak kes peminjam perlu berulang-alik ke bank semata-mata untuk dapatkan baki yang berjumlah beberapa sen sahaja
- Catat semua maklumat penting yang diberikan
- Ini penting untuk elakkan membuang masa
- Buat persediaan dan kumpulkan semua dokumen yang diperlukan
- Hadirkan diri ke cawangan bank tersebut
- Selesai
Baki banyak lagi, boleh kurangkan bayaran bulanan personal loan Ambank
tak?
Kalau komitmen bulanan anda tinggi, anda mesti tercari-cari jalan keluar kan?
Bertenang.
Selalunya, memang ada cara untuk kurangkan bayaran bulanan pinjaman peribadi.
Kaedah ini dipanggil “refinance”.
Cuma anda perlu buat semakan terlebih dahulu samada pihak Ambank menawarkan perkhidmatan ini atau tidak.
Ini kerana tak semua bank boleh buat refinance personal loan.
“Refinance” itu hanya boleh dibuat dalam bank yang sama.
Kami akan kemaskini samada pihak Ambank mempunyai perkhidmatan refinance untuk pinjaman peribadi atau tidak.
Tak fahamlah, apa itu refinance pinjaman peribadi AmBank?
Bagi tak tak faham, mesti nak tahu apa itu “refinance personal loan” kan?
Kalau dalam Bahasa Inggeris, “re” itu bermaksud “sekali lagi”.
Contohnya kalau “replay”, itu bermaksud “main sekali lagi”.
Kalau “refinance”, itu bermaksud “pinjam sekali lagi”.
Dalam bahasa yang mudah, refinance itu ialah situasi di mana anda tukarkan pinjaman peribadi sekarang kepada pinjaman lagi.
Katakan hutang dah nak habis, anda buat hutang lagi atas hutang tersebut.
Pening kan?
Apa tujuan sebenar buat refinance?
Sebenarnya, ramai orang pilih untuk buat refinance Ambank adalah kerana dapat duit tunai.
Panjang kalau nak cerita.
Tapi lebih kurang begitulah.
Dalam terma perbankan, ia juga dipanggil overlap.
Refinance pinjaman perumahan atau pinjaman kereta itu biasa.
Tapi refinance personal loan Ambank ini bukan satu perkara biasa di Malaysia.
Jarang-jarang orang buat, tapi memang ada.
Cuma ingin kami tegaskan, jangan berhutang lebih daripada kemampuan.
Sila tengok keadaan poket dan dompet sendiri.
Jangan sampai terjerat diri sendiri.
Macam mana kalau nak tahu lebih lanjut status personal loan AmBank?
Ya, kami faham yang anda tak dapat semua maklumat yang anda nak dalam artikel ini.
Lagipun, kami bukannya pegawai bank Ambank.
Of courselah pengetahun kami pun terbatas.
Kami sarankan anda terus datang ke mana-mana branch Ambank
yang berdekatan.
Boleh terus tanya direct berkenaan refinance Ambank, overlap, penyatuan dan penyelesaian hutang serta macam-macam lagi.
Boleh ikuti panduan di bawah:
- Sila hadir ke mana-mana cawangan AmBank yang berhampiran
- Pastikan bawa Kad Pengenalan untuk pengesahan oleh pihak bank nanti
- Pastikan anda ingat nombor akaun pinjaman peribadi AmBank anda
- Ambil nombor giliran
- Ambil tempat duduk
- Tunggu sementara nombor dipanggil
- Jika nombor giliran sudah tiba, pergi ke kaunter tersebut
- Serahkan IC supaya pegawai bank boleh buat pengesahan identiti
- Pegawai bertugas akan membuat semakan akaun pinjaman anda
- Beritahu tujuan anda samada untuk buat refinance, overlap atau full settlement
- Soalan-soalan anda akan dijawab oleh pegawai tersebut
- Selesai
Akhir kata
Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara semak baki pinjaman peribadi Ambank ini akan memudahkan lagi urusan pembayaran balik anda.
Selagi belum langsai, jangan mengada-ngada nak buat pinjaman AmBank lagi.
Nasihat kami, selagi mampu bayar, bayarlah.
Jangan sesekali culas dalam membayar hutang.
Ingat, bayar hutang itu wajib.
Berdosa kalau sengaja tak nak bayar apa yang kita pinjam.
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.
Semoga bermanfaat.