Kini anda boleh semak status loan Hong Leong Bank anda hanya dengan beberapa langkah mudah. Nak tahu macam mana?
Jom baca perkongsian kami.
Semak status loan Hong Leong secara online
Zaman sekarang semuanya senang. Sekelip mata saja semua urusan dah boleh selesai.
Dengan adanya kemudahan internet dan teknologi, anda bukan saja boleh semak baki akaun Hong Leong Bank secara online. Nak semak status permohononan pinjaman Hong Leong Bank pun dah tak perlu bersusah payah.
Hanya ikuti saja panduan seperti di bawah:
- Sila layari laman web Hong Leong Bank di sini hlb.com.my.
- Halaman utama Hong Leong Bank akan terpapar.
- Sila lihat pada bahagian menu utama dan klik TRACK MY APPLICATION.
- Anda akan dibawa ke laman Check Your Application Status.
- Di laman tersebut, masukkan IC Number atau Passport Number (bukan warganegara Malaysia) anda.
- Tekan butang Proceed.
- Seterusnya, masukkan Mobile Number yang telah anda daftarkan semasa menghantar permohonan.
- Kemudian, tekan butang Proceed dan Request OTP.
- Tunggu seketika sehingga anda menerima nombor OTP yang telah dihantar ke nombor telefon anda.
- Selepas itu, masukkan 6 digit nombor OTP tersebut ke ruangan yang disediakan dan tekan butang Submit.
- Status loan Hong Leong Bank anda akan dipaparkan.
- Selesai.
Sebagai panduan, anda boleh merujuk contoh langkah semakan status loan Hong Leong Bank anda di halaman Track My Application ini.
Check status loan melalui panggilan telefon
Anda juga boleh menggunakan kaedah ini untuk mengetahui apakah status pinjaman Hong Leong Bank anda. Ikuti langkah-langkah seperti ini:
- Dail talian 03-7626 8899 untuk bercakap dengan Bahagian Khidmat Pelanggan Hong Leong Bank.
- Tunggu sehingga panggilan anda dijawab.
- Kemudian, perkenalkan diri dan nyatakan tujuan anda adalah untuk semak status loan bank anda.
- Seterusnya, panggilan anda akan disambungkan ke bahagian yang berkaitan.
- Tunggu seketika sehingga panggilan anda berjaya disambung.
- Seterusnya, perkenalkan diri dan nyatakan tujuan anda sekali lagi.
- Berikan segala maklumat atau butiran diri anda yang diperlukan oleh pihak Hong Leong Bank.
- Tunggu seketika sementara permintaan anda sedang diproses.
- Jika tiada sebarang masalah, status loan Hong Leong Bank anda akan diberitahu serta-merta.
- Selesai.
Masih ada masalah untuk semak status loan Hong Leong?
Sekiranya anda masih menghadapi sebarang masalah atau kesulitan untuk membuat semakan status loan atau hal-hal berkaitan Hong Leong Bank. Anda boleh menghubungi talian 03-7626 8899 untuk bercakap dengan Pegawai Khidmat Pelanggan Hong Leong Bank.
Selain itu, anda juga boleh menghantar sebarang maklum balas dengan menghantar emel ke alamat [email protected].
Akhir kata
Sekian saja perkongsian kami mengenai cara untuk semak status loan Hong Leong Bank. Kami berharap artikel ini dapat menjadikan urusan anda lebih lancar.
Akhir sekali, jika ada di antara anda semua yang berminat untuk memulakan bisnes. Apa kata kalau anda cuba mohon pinjaman perniagaan BSN. Manalah tahu kalau ia adalah permulaan untuk anda menjadi ahli perniagaan yang berjaya.
Semoga bermanfaat.
3 Comments
We have processed your application and are finalising the terms. We will keep you informed of our decision.
Disbursement
Approve or not of get this
then, may i know your current status? it’s approve or not?
Hi my loan is showing the same status. May I know if yours was approved or rejected?