Adakah anda antara ibu-bapa golongan M40, yang anak-anak lepasan UPSR 2019 yang tidak mendapat tempat di MRSM? Dan rasa agak kecewa, lalu mahu buat rayuan MRSM Tingkatan 1?
Anda sebenarnya tidak berseorangan. Jemput sertai Facebook Group TEAMRAYUAN SBP/MRSM, yang didalamnya ramai ibu-bapa yang masih lagi berharap.
Langkau artikel ini jika anda mahu buat rayuan SBP Tingkatan 1.
Langkau juga untuk terus melihat ranking MRSM di Malaysia berdasarkan keputusan SPM terkini.
[su_note]
Nota:
- Permohonan MRSM 2022 kini sudah dibuka
- Sila isi borang di www.mara.gov.my
[/su_note]
Sudah merayu tapi masih tak dapat?
Jangan risau, ada rezeki – adalah. Sambil-sambil itu, simpan pautan di atas tadi andai nasib menyebelahi.
Pada tahun lalu, ekoran insiden itu, Facebook MARA juga diserang ibu-bapa golongan M40 dan T20 kerana anak-anak mereka yang kecewa. Sehinggakan yang mendapat 6A sekalipun tidak mendapat tempat, hanya kerana ibu-bapa yang bergaji tinggi.
Macam mana nak semak rayuan MRSM?
Bagi yang belum berkesempatan untuk buat semakan keputusan tawaran kemasukan MRSM bagi Tingkatan 1 tahun 2020, sila ke sini:
https://mrsm.mara.gov.my/semakantawaranmrsmf1
Untuk buat semakan rayuan MRSM secara online, sila gunakan pautan yang sama: https://mrsm.mara.gov.my/semakantawaranmrsmf1
Kenapa tiada butang rayuan?
Anda cuba merayu tetapi tidak nampak butang apa-apa. Pelik bukan?
Dikhabarkan bahawa, sesiapa yang mendapat C atau D dalam keputusan UPSR yang lalu memang tidak akan nampak butang rayuan.
Namun, ada jika kes di mana 5A1B juga tidak ada butang rayuan.
Menurut pegawai MARA, jika ini berlaku, ada dua kemungkinan sahaja:
- Keputusan UPSR anak memang tidak layak untuk merayu
- Ibu-bapa ada hutang dengan MARA. Samada semasa di MRSM dulu, pinjaman pendidikan atau perniagaan. Sila jelaskan dulu bayaran dengan MARA dan maklumkan ketiadaan butang rayuan.
Jika anda tidak boleh buat rayuan MRSM, jangan kecewa. Teruskan menghubungi pihak MRSM dengan menghantar surat dan email..
Jalan terakhir, masih lagi boleh mencuba dengan berjumpa secara bersemuka di pejabat MARA.
Rayuan MRSM ini, perlu buat sekali atau banyak kali?
Sama seperti rayuan SBP, cukup hanya sekali sahaja. Tidak perlu banyak kali. Anda pun memang tidak akan boleh klik banyak kali.
Rayuan yang sekali ini, akan digunakan untuk pengambilan atau ‘intake‘ yang akan ada kekosongan. Jadi, tidaklah perlu jadi paranoid kerana takut tidak mendapat tempat.
Ada berapa ‘intake‘ untuk rayuan MRSM ini?
Dikhabarkan, akan ada banyak pengambilan untuk tahun 2020. Ini memandangkan golongan B40 mendapat tawaran dari MRSM, SBP dan SMKA. Tentu sekali akan ada yang tolak tawaran.
Dikhabarkan juga, ada banyak lagi ‘intake’ sehingga bulan Ogos 2020 nanti. Semestinya untuk mengisi kekosongan yang ada.
Seterusnya, apa saya perlu buat?
Banyakkan berdoa, minta pada Allah. Andai MRSM itu terbaik untuk anak-anak kita, maka kurniakanlah. Dan sekiranya sekolah harian biasa itu terbaik untuk anak kita, maka kita perlu redha.
Akhir kata
Setiap sesuatu yang Allah kurniakan, ada hikmahnya. Dapat atau tidak rayuan MRSM yang kita hantar, itu adalah aturan Allah.
Apa-apapun, jika harapan anda masih besar untuk masuk ke Ulul Albab, ini senarai sekolah tahfiz MRSM Ulul Albab dan SBP Ulul Albab yang ada di Malaysia.
Mudah-mudahan, dipermudahkan.
Semoga bermanfaat.
32 Comments
Boleh nyatakan tarikh sebenar keputusan rayuan MRSM tingkata 4 tahun 2019 keluar.
dah lepas ye
Kalau xde butang rayuan, blh x buat rayuan secara menghantar surat
boleh puan, saya dah buat. atau pergi sendiri ke pejabat mara untuk check kenapa tiada butang rayuan
Anak saya tidak berjaya ditemuduga utk kemasukan ke mrsm 2020…result anak 4A2B.sains dan mat B…tpi mrsm akan beri peluang utk kos lain…mcm mana sy nak buat rayuan kemasukan?
Mcmna nk buat rayuan kemasukan murid tingkatan 1 ke MRSM ye tuan
Mana laman Web untuk buat rayuan kemasukan tingkatan1 Mrsm 2020
Saya pun nak tahu macam mana nak buat rayuan secara online kemasukan ke tingkatan 1 MRSM tahun 2020.
Saya pun nak tahu macamana nak buat rayuan secara online kemasukan ke tingkatan 1 MRSM TAHUN 2020
Assalamualaikum,saya nak bertanya,macam mana nak buat rayuan utk anak saya utk masuk mrsm. tolong balas dgn segera
Syukur dengan rezeki Allah.. tahniah yang berjaya
Anak saya berjaya ke MRSM Bentong. Semoga menjadi insan berguna dimasa akan datang. Amin
saya pun nak tahu macamne nak buat rayuan.mohon penjelasan segara
kenapa takda butang rayuan.anak saya dapat 5A1B dan saya dalam kategori B40.Mohon respon segera.Anak saya hendak belajar di MRSM. Saya juga tidak ada hutang dengan MARA.
Macam mane nak isi borang rayuan dalam nie
Saya dah buat erayuan untuk anak saya ke Mrsm. Ada butang erayuan cuma dalam ruangan kecil dan tulis tiada format tertentu. Boleh ke?
Anak saya sgt berminat utk sekolah di MRSM. Wlu pun tidak mendapat strait A, namun tetap berdoa. Moga Allah kabulkan..
Anak saya memohon untuk ke MRSM tapi tidak layak untuk ke MRSM .results anak saya 4A 1B 1C .Anak saya dapat A dalam matapelajaran sains dan matematik.macam mana nak buat rayuan online.
Anak saya dpt tawaran
…dia nk pergi tpi tk buat pengesahan lagi…kalau semakan tawaran rayuan ditutup sementara macam mana nk buat pengesahan
Salam sebenarnya bl lptusan online rayuan mrsm keluar?bl sy tgk menyatakan sy tlh menolak n tidak menekan butang pengesahan penerimaan.sdgkn tiada makluman kptusan rayuan tlh kluar
Assalam..Bila ya keputusan MRSM dan SBP 2020 TINGKATAN 1 boleh keluar?ank sya sudah pergi ujian MRSM dan SBP di PERAK..Bila ya boleh dapat keputusannya?
assalamualaikum saya nak bertanya anak saya terlepas pandang untuk seisi temuduga mrsm batu pahat dan muar saya tidak dapat email atau sms untuk panggilan temuduga cuma bila login anda telah di panggil temuduga sebelum ini. Bolehkah saya membuat rayuan untuk menghadiri temuduga atau memohon rayaun untuk kemasukan di mrsm batu pahat seisi 2021. Saya amat berterima kasih sekiranya anak saya dapat memasuki mrsm Tingkatan 1.
Macamaner nak buat rayuan untuk tingkatan 1
Assalam..sy nk bt rayuan utk thn 2021…puas cr link x jumpa2…cmn tu ya?
2021
Assalamualaikum,boleh tak kita sertakan result exam anak kita unt mrsm nilai kelayakan kemasukan ke mrsm bitara.Anak sya mohon kerana merasa layak unt ke sana.Mohon pencerahan apakah sebab sebab rayuan diterima oleh MRSM
link pun x jumpa unt buat rayuan
sorry,email saya td salah
yg betul ni,
[email protected]
#tambah 75
Assalamualaikum,boleh tak kita sertakan result exam anak kita unt mrsm nilai kelayakan kemasukan ke mrsm bitara.Anak sya mohon kerana merasa layak unt ke sana.Mohon pencerahan apakah sebab sebab rayuan diterima oleh MRSM
Saya nak tanya kalau nak hantar email ke mrsm macam mane ye….. Saya nka buat rayuan guna email ….
anak saya tak berminat ke mrsm ni. banyak sangat kes buli yg berlaku. sekolah biasa lagi bagus terutama masa kes covid tengah meningkat ni.
anak saya tak berminat sekolah mrsm ni. saya pun risau nak hantar sbb banyak sangat kes buli dan masa covid ni akan asyik keluar masuk asrama dan mengganggu pelajaran murid.