Untuk memohon temujanji dengan Jabatan Imigresen Malaysia, anda perlu menggunakan Sistem Temujanji Online (STO) yang disediakan. Sistem ini memudahkan anda untuk menetapkan tarikh dan masa bagi urusan seperti permohonan pasport, visa, dan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Untuk membuat temujanji melalui STO, layari laman web rasmi Sistem Temujanji Online di sto.imi.gov.my. Klik pada menu “Book My Appointment” dan pilih kategori pemohon serta perkhidmatan yang diperlukan. Masukkan maklumat peribadi seperti nombor pengenalan diri (MyKad atau pasport), nama penuh, alamat, nombor telefon, dan emel. Pilih negeri dan cawangan pejabat Imigresen yang ingin anda kunjungi serta tarikh dan slot masa yang tersedia mengikut kesesuaian anda. Semak semula maklumat yang telah diisi, tandakan kotak persetujuan terma dan syarat, kemudian hantar permohonan anda. Setelah permohonan berjaya, cetak slip temujanji yang akan dihantar ke emel anda dan bawa semasa hadir ke pejabat Imigresen pada tarikh yang ditetapkan.

Urusan Apa Yang Perlu Buat Temujanji Imigresen Online?

Anda perlu membuat temujanji untuk urusan-urusan seperti berikut:

  • Program Rekalibrasi Tenaga Kerja
  • Program Rekalibrasi Pulang
  • Bahagian Pekerja Asing – Pembantu Rumah / Maid
  • Bahagian Pekerja Asing – Pelbagai Sektor (VDR)
  • Bahagian Pekerja Asing – Memo Periksa Keluar / COM & Pas Khas / SP
  • Bahagian Pekerja Asing – Permohonan Bayaran
  • Bahagian Visa, Pas & Permit – Permohonan Lanjutan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang

Selain itu, antara pertanyaan yang selalu ditanya berkenaan temujanji Imigresen online adalah seperti berikut:

  • Untuk memohon pas lanjutan
  • Untuk melanjutkan pas IMM13 untuk ibu, bapa dan lain-lain
  • Permohonan sambung Visa untuk ikut suami
  • Permohonan untuk perbaharui atau sambung Visa isteri
  • Bayar kompaun rekalibrasi untuk balik ke Indonesia
  • Permohonan apply permit untuk masuk ke Malaysia
  • Permohonan spesialpas

Bagaimana Cara Buat Permohonan Temujanji Imigresen Online?

Berikut pula ialah langkah-langkah untuk membuat mohon temu janji Imigresen:

  1. Layari laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia yang khas untuk Sistem Temujanji Online (STO) di sini: https://sto.imi.gov.my
  2. Pilih JABATAN / DEPARTMENT
  3. Pilih BAHAGIAN / CAWANGAN / UNIT / BRANCH
  4. Pilih URUSNIAGA / TRANSACTION iaitu:
    • Bahagian Pekerja Asing – Pembantu Rumah / Maid
    • Bahagian Pekerja Asing – Pelbagai Sektor (VDR)
    • Bahagian Pekerja Asing – Memo Periksa Keluar / COM & Pas Khas/ SP
    • Bahagian Pekerja Asing – Permohonan Bayaran
    • Bahagian Visa, Pas & Permit – Permohonan Lanjutan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang
  5. Pilih TARIKH TEMUJANJI / DATE APPOINTMENT
  6. Untuk makluman, hanya tarikh yang ada kekosongan sahaja akan dipaparkan.
  7. Anda juga hanya boleh memilih hari yang aktif sahaja iaitu hari bekerja.
  8. Tarikh hujung minggu (Sabtu & Ahad) serta cuti umum tidak boleh dipilih
  9. Selepas pilih tarikh, tekan butang NEXT untuk mengisi profil pemohon
  10. Masukkan maklumat berikut:
    • NAMA PEMOHON
    • NO KP / IC / PASSPORT
    • ALAMAT / ADDRESS
    • BANDAR / CITY
    • POSKOD / ZIP CODE
    • NEGERI / STATE
    • NO TEELFON / TEL NO
    • EMEL / EMAIL
  11. Setelah semua maklumat diisi, tekang butang SUBMIT
  12. Akan keluar satu popup untuk pengesahan samada anda ingin menghantar permohonan ini; yang tertulis “ADAKAH ANDA PASTI UNTUK MENGHANTAR PERMOHONAN INI”
  13. Tekan butang OK
  14. Akan keluar satu lagi popup untuk memaklumkan bahawa permohonan sudah berjaya dihantar; yang tertulis “PERMOHONAN TEMUJANJI BERJAYA DIHANTAR, E-MEL MAKLUMAN BERJAYA DIHANTAR KEPADA PEMOHON”
  15. Tekan butang OK untuk teruskan.
  16. Slip temujanji STO akan dipaparkan
  17. Sila cetak dan bawa SLIP TEMUJANJI STO ini semasa temujanji nanti
  18. Proses permohonan temujanji imigresen secara online kini sudah selesai

Bagaimana Cara Membuat Temujanji untuk Memperbaharui Visa?

Temujanji untuk memperbaharui visa perlu dilakukan melalui Sistem Temujanji Online (STO) yang disediakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Sistem ini membolehkan anda memilih tarikh dan masa yang sesuai untuk urusan pembaharuan visa.

Untuk membuat temujanji, layari laman web rasmi STO di sto.imi.gov.my. Pilih kategori pemohon, perkhidmatan yang diperlukan, negeri, dan cawangan pejabat Imigresen yang ingin dikunjungi. Setelah memilih slot masa yang tersedia, isikan maklumat peribadi yang diperlukan dan sahkan temujanji anda. Pastikan anda mencetak slip temujanji dan membawanya semasa hadir ke pejabat Imigresen.

Seterusnya, anda perlu menyediakan dokumen yang diperlukan untuk memperbaharui visa. Dokumen ini mungkin berbeza bergantung kepada jenis visa yang ingin diperbaharui. Secara umum, anda memerlukan pasport asal yang masih sah sekurang-kurangnya enam bulan dari tarikh permohonan, borang permohonan yang lengkap, dua keping gambar berukuran pasport yang terkini, dokumen sokongan seperti surat jemputan, bukti kewangan, tiket penerbangan pergi dan balik, serta bayaran visa.

Apakah Dokumen yang Diperlukan untuk Memperbaharui Visa?

Dokumen yang diperlukan bergantung kepada jenis visa yang ingin diperbaharui. Secara umum, dokumen berikut diperlukan untuk memperbaharui visa:

  • Pasport Asal (masih sah sekurang-kurangnya enam bulan dari tarikh permohonan)
  • Borang Permohonan
  • Gambar Berukuran Pasport (2 keping)
  • Dokumen Sokongan (Ini termasuk surat jemputan, bukti kewangan, tiket penerbangan pergi dan balik, serta dokumen lain yang relevan dengan jenis visa)
  • Bayaran Visa

Apabila hadir ke pejabat Imigresen pada tarikh dan masa temujanji, serahkan dokumen anda kepada pegawai bertugas untuk semakan. Jika semua dokumen lengkap dan memenuhi syarat, permohonan anda akan diproses. Tempoh pemprosesan bergantung kepada jenis visa dan kelengkapan dokumen yang diserahkan. Anda akan dimaklumkan mengenai status permohonan dan bila anda boleh mengambil visa yang telah diperbaharui.

Bagaimana Proses Pembaharuan Visa Dilakukan?

Setelah membuat temujanji dan menyediakan dokumen yang diperlukan, sila hadir ke pejabat Imigresen pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Serahkan dokumen anda kepada pegawai bertugas untuk semakan. Jika semua dokumen lengkap dan memenuhi syarat, permohonan anda akan diproses. Tempoh pemprosesan bergantung kepada jenis visa dan kelengkapan dokumen yang diserahkan. Anda akan dimaklumkan mengenai status permohonan dan bila anda boleh mengambil visa yang telah diperbaharui.

Pastikan anda hadir tepat pada masa yang ditetapkan untuk temujanji, membawa dokumen yang lengkap dan terkini, menyediakan bayaran dalam bentuk yang diterima oleh pejabat Imigresen, dan mematuhi semua peraturan serta prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

  1. Hadir tepat pada masa yang ditetapkan untuk temujanji anda. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan temujanji dibatalkan.
  2. Pastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap dan terkini. Kekurangan dokumen boleh melambatkan proses pembaharuan.
  3. Sediakan bayaran yang diperlukan dalam bentuk yang diterima oleh pejabat Imigresen.
  4. Ikuti semua peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk memastikan proses berjalan lancar.

Apa Itu IMM13?

Pas IMM13 ialah dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia kepada pelarian Filipina dan keturunan mereka yang menetap di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Pas ini membolehkan pemegangnya tinggal, bekerja, dan bersekolah di Malaysia secara sah.

Bagaimana Cara Membuat Temujanji Imigresen Secara Dalam Talian untuk Urusan Berkaitan Pas IMM13?

Untuk urusan berkaitan Pas IMM13, anda perlu membuat temujanji melalui Sistem Temujanji Online (STO) yang disediakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Sistem ini membolehkan anda menetapkan tarikh dan masa bagi urusan di pejabat Imigresen. Untuk membuat temujanji, layari laman web rasmi STO di sto.imi.gov.my. Pilih kategori pemohon yang sesuai, seperti “IMM.13 (Sabah dan Sarawak Sahaja)”, dan ikuti arahan yang diberikan untuk melengkapkan proses tempahan temujanji.

Semasa menghadiri temujanji berkaitan Pas IMM13, pastikan anda membawa dokumen yang diperlukan. Ini termasuk Pas IMM13 asal, pasport yang sah atau dokumen pengenalan diri lain yang diiktiraf, gambar terkini berukuran pasport mengikut spesifikasi yang ditetapkan, dan sebarang dokumen tambahan yang berkaitan dengan permohonan atau pembaharuan pas IMM13.

Apakah Dokumen yang Perlu Disediakan Semasa Temujanji Berkaitan Pas IMM13?

Semasa menghadiri temujanji berkaitan Pas IMM13, pastikan anda membawa dokumen berikut:

  • Pas IMM13 Asal
  • Pasport atau Dokumen Pengenalan Diri
  • Gambar Berukuran Pasport
  • Dokumen Sokongan Lain

Pastikan anda hadir sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu temujanji yang ditetapkan kerana kegagalan hadir tepat pada masanya boleh menyebabkan temujanji dibatalkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai proses dan keperluan bagi urusan Pas IMM13, sila rujuk laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia di www.imi.gov.my. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui Sistem Pertanyaan Online (SPO).

Apa Yang Perlu Difahami Sebelum Buat Temu Janji Imigresen Online di sto.imi.gov.my ?

Sebelum anda membuat temujanji Imigresen secara online, sila fahamkan terma dan syarat seperti di bawah:

  1. Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve).
  2. Slot yang disediakan adalah terhad. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, sila buat pilihan lain
  3. Permohonan temujanji boleh dibuat seawal tiga (3) bulan sebelum tarikh temujanji dan tertakluk kepada kekosongan;
  4. Pilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan waktu kaunter bagi sesetengah Cawangan Jabatan Imigresen
  5. Pemohon perlu berada di pejabat Imigresen sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu temujanji.
  6. Pihak Imigresen berhak untuk membatalkan temujanji sekiranya lewat;
  7. Pemohon yang didapati sengaja menyalahgunakan sistem akan disekat;
  8. Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa temujanji;
  9. Notifikasi butiran temujanji akan diemel kepada pemohon, sila cetak dan bawa semasa temujanji.
  10. Pemohon adalah bertanggungjawab ke atas kesahihah maklumat yang diberikan melalui sistem.
  11. Jabatan Imigresen berhak membuat semakan lanjut dan pengesahan ke atas maklumat yang diberikan.
  12. URUSAN PEMBAYARAN ADALAH SECARA E-PAYMENT MENGGUNAKAN KAD ATM/DEBIT ATAU KAD KREDIT.
  13. Sila rujuk laman web rasmi jabatan di www.imi.gov.my untuk maklumat berkenaan dokumen berkaitan.

Bagimana Jika Ada Masalah untuk Akses sto.imi.gov.my ?

Sekiranya ada masalah untuk masuk ataupun tidak dapat slot yang dikehendaki, sila hubungi Jabatan Imigresen Malaysia melalui Sistem Pertanyaan Online (SPO) di https://eapp.imi.gov.my/tanya/create

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

5 Comments

  1. Mohammed ghows on

    Salam Tuan saya cuba buat sto berbulan tak dapat slot tarikh long term pass saya tamat 27hari bulan october 2021 Saya memohan batuan untuk dapat janji temu di Ibu Pejabat Immigresen Johor .Salam Hormat

    Mohammed ghows bin abduk Hameed
    Ppt.No K0385766Z
    No hp 0177805344
    Email [email protected]

  2. AssalamualaikumTuan, saya dah cuba buat sto berulang ulang tak dapat slot tarikh long term pass saya tamat 12 juli 2021 Saya memohan bantuan untuk dapat temu janji di Ibu Pejabat immegresen kuala lumpur,
    salam hormat dr kami tuan.

    NM: MUSTAFA
    P.NO: C7126507
    NO HP: 01121320231
    EMAIL: [email protected]

  3. Dear Sir
    I have been trying to make an appointment online for residence pass renewal but I am unable to book it online. What is the next solution? Can the applicant walk in to do the said application?

Leave A Reply