Anda ingin transfer duit dari Malaysia ke Singapore? Terdapat beberapa cara mudah yang anda boleh gunakan. Sekarang, tidak sukar untuk transfer duit ke luar negara, teknologi sudah memudahkan kita. Hanya menggunakan telefon bimbit sahaja. Lebih kurang sama dengan cara transfer duit dari Malaysia ke Indonesia.
Izinkan kami berkongsi.
Transfer duit ke Singapura
Cara transfer duit dari Malaysia ke Singapore Guna Western Union
Pastikan anda telah mendaftar terlebih dahulu.
- Layari https://www.westernunion.com/my/en/home.html
- Pilih negara Singapore dan masukkan jumlah wang yang ingin dipindahkan.
- Tekan Send Money.
- Anda boleh pilih untuk penerima menerima wang tunai di lokasi agen atau direct ke akaun bank penerima.
- Pilih cara pembayaran anda dan tekan Proceed.
- Selesaikan pembayaran anda.
Anda akan diberi Nombor Kawalan Pindahan Wang (MTCN) pada emel yang boleh digunakan untuk menjejak wang anda.
Cara transfer duit dari Malaysia ke Singapore dengan PayPal
PayPal merupakan salah satu cara pemindahan wang yang agak terkenal. Untuk menggunakan akaun, penerima harus mempunyai akaun PayPal untuk menerima pembayaran.
Jika anda belum mendaftar akaun Paypal, lihat sini untuk cara daftar Paypal.
Berikut adalah langkah mudah untuk menggunakan PayPal:
- Layari https://www.paypal.com/my/webapps/mpp/home
- Tekan Login, masukkan emel atau nombor telefon bimbit anda.
- Masukkan emel atau nombor telefon bimbit penerima.
- Isikan jumlah wang yang ingin dihantar.
- Penerima akan menerima notifikasi dari PayPal.
Penerima boleh memilih untuk menyimpan wang ke dalam akaun PayPal atau memindahkan wang tersebut ke dalam akaun bank.
Cara transfer duit dari Malaysia ke Singapore guna Maybank2u
Jika anda ada Maybank2u, senang sahaja. Ikut sahaja langkah di bawah:
- Layari https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do
- Masukkan username dan password. Tekan LOGIN.
- Pilih menu TRANSFER.
- Pilih Transfer to: Overseas.
- Taip Singapura.
- Masukkan jumlah wang yang ingin dipindahkan.
- Tekan Compare.
- Pilih sama ada Foreign Telegraphic Transfer, Western Union (Cash) atau Western Union (Credit to Account).
- Masukkan butiran yang diperlukan, tekan transfer.
- Mohon TAC dan isikan nombor yang diberikan.
Selesai. Pemindahan akan mengambil masa selama beberapa hari.
Kirim duit ke Singapore guna CIMBClicks
Berikut adalah cara untuk transfer duit bagi pemegang CIMB:
- Layari https://www.cimbclicks.com.my/clicks/#/
- Masukkan User ID dan LOGIN.
- Pastikan Secure Phrase anda betul, dan masukkan password.
- Tekan Login.
- Plih menu Pay & Transfer.
- Tekan Transfer Money. Pilih Foreign Transfer.
- Isikan butiran yang diperlukan.
- Klik pada jenis kiriman yang diingini.
- Tekan Proceed.
- Tick pada Terms & Conditions.
- Tekan Submit.
Selesai.
Akhir kata
Mudah sahaja kan sebenarnya nak transfer duit ke luar negara, ikut sahaja langkah-langkah yang kami kongsikan ini. Semoga perkongsian kami ini dapat membantu anda.
Semoga dipermudahkan urusan anda!