What's Hot

    Artikel ini ialah tentang Ujian Kemasukan SBP (UKSBP) untuk Tingkata 1 sahaja. Kami tidak masukkan panduan untuk Tingkatan 4.
    Jika anda sudah tahu serba sedikit tentang UKSBP ini, sila dapatkan contoh soalan Ujian Kemasukan SBP agar dapat sedikit idea bagaimana bentuk soalan-soala itu.
    Seperkara lagi, keputusan ujian UKSBP ini tidak akan ada dalam SAPS Ibubapa online. Jika ada rezeki, pelajar terus akan dapat panggilan ke SBP, tanpa mengetahui keputusan UKSBP.

    Langkau perkongsian ini untuk terus dapatkan maklumat tentang permohonan PKSK dan juga semakan PKSK bagi tahun 2020 yang akan dijalankan seara online.

    Untuk B40 sahaja?

    Tahun sebelum ini, kami dengar, ada ramai pelajar yang dapat 6A tidak dapat peluang masuk ke SBP kerana tergolong dalam golongan M40 dan T20. Sedangkan pelajar yang cuma mendapat 2A dan 3A dari golongan B40 dengan mudah dapat masuk ke SBP.
    Ramai berpendapat macam tidak relevan pula UKSBP.
    Jadi, walaupun kemasukan ke SBP 2019 pada tahun peperiksaan UPSR 2018 berpihak kepada golongan B40, tidak salah orang yang di kalangan pertengahan iaitu M40 dan T20 yang tidaklah miskin sangat dan tidaklah kaya sangat untuk mencuba.
    Buatlah sehabis baik.
    Rezeki Allah yang tentukan.

    Apa itu Ujian Kemasukan SBP?

    Ujian Kemasukan SBP untuk Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP), adalah satu ujian saringan yang meliputi banyak komponen dan kesesuaian murid untuk belajar di SBP dan dilaksanakan kepada murid yang membuat permohonan secara dalam talian sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP.
    Dengan kata lain, UKSBP ialah satu ujian saringan utama untuk menguji tahap calon yang berminat memasuki sistem sekolah berasrama penuh secara atas talian. UKSBP mula diperkenal untuk kemasukan ke SBP pada 2017.
    Sebanyak 50 soalan pelbagai pilihan (objektif) akan dikemukakan dan setiap calon akan mendapat set soalan yang berbeza secara rawak.
    Kenapa perlu sampai perlu ambil ujian?
    Kami tidak tahu.
    Kami rasa, ia mungkin kerana terlalu banyak permohonan. Maka pihak kementerian mahu buat tapisan dan saringan awal.
     

    Permohonan Ujian Kemasukan SBP

    Untuk memohon, sila klik pautan ini: https://sst1.moe.gov.my/spat1_mohon/ujian_uksbp/semak_uksbp.cfm
    Melalui pautan yang diberi di atas, anda juga boleh semak pusat UKSBP di seluruh Malaysia.
     

    Apakah kelayakan minimum?

    Semua murid yang membuat permohonan dalam talian kemasukan ke SBP layak untuk menduduki UKSBP. Walau bagaimanapun, mengambil peperiksaan bukan bermakna boleh masuk SBP. Murid yang berjaya dalam Ujian Kemasukan SBP cuma mempunyai peluang yang lebih cerah. Apa-apa pun, ia bergantung kepada keputusan UPSR juga.
    Secara ringkasnya, semua calon yang mengisi permohonan memasuki SBP ke Tingkata adalah layak menduduki UKSBP.
     

    Tarikh ujian

    Bagi tahun 2019 tarikh ujian UKSBP Tingkatan 1 adalah pada 14 – 17 Oktober 2019.
    Manakala tarikh Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh untuk Tingkatan 4 pula adalah pada 21 – 24 Oktober 2019.
     

    Lokasi ujian

    Ujian Kemasukan SBP akan dijalankan di 155 pusat di seluruh negara. UKSP dijalankan di pusat-pusat ujian yang telah dipilih di seluruh negara iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah.
    Semua SBP juga akan menjadi pusat ujian.
    Tarikh adalah seperti yang dinyatakan di atas.
    Walau bagaimanapun, jika ada perubahan, tarikh yang lain akan dimaklumkan melalui sekolah.
    Ibu-bapa juga boleh mendapatkan maklumat dari Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
     

    Keadaan ujian

    Untuk menduduki UKSBP, peralatan dan talian internet akan disediakan di pusat-pusat ujian. 50 soalan objektif pelbagai disiplin perlu di jawab dalam masa 1 jam 30 minit.
    Perdaftaran boleh dilakukan 30 minit sebelum ujian. Sila bawa Slip Menduduki yang boleh dicetak dari laman web sst1 dan kad pengenalan sebagai pengesahan. Ibu bapa dan pengiring adalah di larang untuk naik ke bilik ujian bersama anak-anak.

    Berapa lama?

    Seperti yang diberitahu di atas, jangkamasa ujian adalah 1 jam 30 minit; iaitu 90 minit. Murid akan menjawab 50 soalan objektif yang meliputi 5 kategori berbeza dalam masa yang ditetapkan.
     
     

    Tentatif jadual UKSBP

    Berikut ialah tentatif jadual ujian pada hari yang ditetapkan.

     

    Berapa sesi?

    UKSBP akan dijalankan dalam 3 sesi setiap hari di pusat ujian.
    Bilangan murid untuk setiap sesi sudah ditentukan oleh pihak BPSBPSK dan Pentadbir Pusat Ujian.
     

    Carta alir UKSBP

    Berikut ialah carta alir bagi ujian pada hari yang ditetapkan.

     
     

    Kalau berada di luar kawasan?

    Jika murid berada di luar kawasan ketika tarikh UKSBP berlangsung, berikut adalah penerangannya:
    -Dalam negara
    Murid boleh menduduki UKSBP di pusat yang berdekatan jika berada di dalam negara. Murid hanya perlu membawa bersama slip menduduki peperiksaan yang telah dicetak. 
    -Luar negara
    Murid diberi peluang untuk ambil ujian dalam mana-mana sesi sepanjang ujian berlangsung. Jika masih di luar negara pada tarikh tersebut, murid berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya. 
     

    Mahu masuk SBP, tapi tak ambil peperiksaan Ujian Kemasukan SBP

    Murid yang tidak mengambil/tidak menduduki UKSBP berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya.
    Walau bagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada murid yang telah menduduki UKSBP terlebih dahulu.
     

    Contoh soalan Ujian Kemasukan SBP

    Soalan-soalan yang akan diuji dalam UKSBP bertujuan untuk melihat keupayaan pelajar untuk menyesuaikan diri dengan gaya hidup di asrama. Bukan sekadar itu, pelajar akan diberikan soalan tentang pengetahuan am.
    Ini adalah contoh soalan pada tahun 2017.
    Jadi, untuk tahun-tahun mendatang seperti 2018, 2019, 2020 dan seterusnya, ambil soalan ini dah ubah dalam konteks yang lebih kurang sama.

    1. Nama nama pengasas Facebook?
    2. Siapakah nama bapa pembangunan Malaysia?
    3. Antara berikut manakah kuih tradisional Sarawak?
    4. Jika kamu makan malam bersama keluarga kamu, apa kamu akan buat?
    5. Jika kamu dibuli di asrama, apa perlu kamu buat?
    6. Apakah tasik buatan manusia?
    7. Ladang apakah yang tidak diusahakan di Malaysia?
    8. Model Preve itu, Proton atau Perodua?
    9. Siapakah orang pertama yang mencipta kereta?
    10. Bilakah tahun penubuhan Malaysia?
    11. Ziyad atlet sukan apa?
    12. Apakah suku kaum terbesar di Sabah?
    13. Siapakah pemain squash wanita no 1 dunia?
    14. Apakah unit mengukur kekuatan gempa bumi?
    15. Apakah sinonim untuk perkataan amalan?
    16. Apakah perkara yang perlu dilakukan sebelum mengulangkaji?
    17. Berapakah wilayah yang ada di Malaysia?
    18. Apakah yg perlu dilakukan apabila jumpa pengemis di jalanan?
    19. Apakah senjata kebesaran diraja?
    20. Anda rosakkan kalkulator kawan, apakah tindakan anda?

    Baca lagi contoh soalan Ujian Kemasukan SBP .
     

    Tips untuk Ujian Kemasukan SBP

    • Untuk soalan-soalan EQ dan SQ, pilihlah jawapan yang paling positif.
      Untuk soalan Pengetahuan Am, ambil tahu hal semasa negara, sukan, fakta umum, sejarah negara dan lain-lain lagi
    • Untuk soalan Matematik, kuasai peratus, operasi bergabung, nisbah

    Semakan Ujian Kemasukan SBP

    Untuk menyemak keputusan pusat Ujian Kemasukan SBP, ia akan dimaklumkan setelah keputusan UPSR dikeluarkan.
    Sila semak laman web www.moe.gov.my dan portal Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
     

    Akhir kata

    Kami ucapkan selamat maju jaya kepada adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan UKSBP.
    Buat ibu-bapa pula, banyakkan berdoa pada Allah agar dipermudahkan segala urusan anak-anak kita.
    Ingatlah, cara mendidik anak tidak sama antara ibu-bapa semua.
    Mungkin ada ibu-bapa yang berpelajaran dan terbuka dengan dunia luar, terutamanya di bandar.
    Maka akan ada anak-anak yang dijangkakan mudah untuk menjawab soalan ini.
    Ada golongan lain, iaitu B40 yang tidak bertuah seperti itu. Mungkin agak sukar bagi mereka.
    Apa-apapun, kita doakan agar semua calon yang mengambil peperiksaan UKSBP ini diberikan kejayaan dan peluang untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh suatu hari nanti.
    Semoga mereka menjadi orang yang berjaya, dan insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.
    Semoga bermanfaat.
     

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    1 Comment

    1. nanti anda fikir dia on

      kesian anak2 yg bukan b40 yg dapat 6A atau 5A, peluang masuk ke sbp sgt tipis. sbp dapat menjadikan anak2 lebih berdisiplin berbanding kalau sekolah harian. tolong beri lebih peluang ..penat mereka belajar dan tungkus lumus utk dapat 6a atau 5a utk masuk ke sbp …

    Leave A Reply