Jika sudah berkeluarga, segalanya perlukan duit. Pening kepala kalau ada hutang, terutamanya hutang rumah. Alangkah bagusnya kalau boleh langsaikan terus. Jemput baca cara keluarkan duit KWSP untuk bayar hutang rumah sedia ada.

Langkau artikel ini baca berkenaan pengeluaran duit KWSP Akaun 2 berikutan wabak Coronavirus COVID19.

Kemaskini Coronavirus COVID19

Berikut ialah inisiatif oleh kerajaan Malaysia, yang membolehkan pengeluaran KWSP untuk perbelanjaan akibat wabak Coronavirus COVID-19.

  • Kemudahan pengeluaran KWSP untuk semua ahli
  • Bagi yang berusia bawah 55 tahun sahaja, yang boleh mengeluarkan duit KWSP Akaun 2
  • Amaun pengeluaran KWSP ialah RM500 sebulan, untuk tempoh 12 bulan
  • Tarikh awal yang dibenarkan untuk buat pengeluaran ialah 1 April 2020

Tambahan:

  • RM100 juta untuk KKM
  • RM130 juta untuk negeri-negeri yang menghadapi COVID19
  • Lanjutan dari 3 bulan ke 6 bulan bagi penangguhan pembayaran PTPTN (berkuatkuasa dari 23 Mac 2020 hingga 31 September 2020)
  • Kerajaan juga sedang mengkaji langkah tambahan, untuk beri perhatian kepada segenap lapisan masyarakat.
  • Pakej rangsangan ekonomi juga akan diumumkan pada 30 Mac 2020

Jika duit anda tidak banyak dalam EPF, langkau artikel ini untuk baca cara keluarkan duit ASB dan Tabung Haji.

Cara keluarkan duit KWSP dari Akaun 2

Ada dua jenis pengeluaran Akaun 2 yang dibenarkan iaitu:

Cara keluarkan duit KWSP individu, dari Akaun 2

Pengeluaran simpanan Akaun 2 adalah dibenarkan untuk mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan yang diambil daripada bank atau institusi pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP.

Cara keluarkan duit KWSP bersama, dari Akaun 2

Pembelian secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (suami / isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik / individu lain ATAU membantu suami / isteri)

 

Permohonan pengeluaran duit KWSP

Antara kelayakan untuk memohon pengeluaran dari Akaun 2 KWSP adalah seperti berikut:

  • Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara
  • Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan
  • Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00)

 

Syarat pengeluaran duit KWSP

  1. Ahli membeli atau membina atas sebuah rumah kediaman ( jenis banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / ‘studio apartment’ / ‘service apartment’ / ‘townhouse’ / SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman
  2. Ahli mengambil pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan bagi tujuan membeli atau membina rumah dengan mana-mana institusi pemberi pinjaman berikut:
  3. Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
    • Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan
    • Majikan ahli
    • Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia)
    • Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP
    • Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP
  4. Ahli masih mempunyai baki pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan yang diambil bagi tujuan membeli atau membina sebuah rumah
  5. Rumah yang dibeli atau dibina digadaikan sebagai cagaran atas pinjaman perumahan yang diambil
  6. Ahli telah didaftarkan sebagai pemilik rumah tersebut
  7. Permohonan boleh dibuat SEKALI SETAHUN daripada tarikh pengeluaran perumahan terdahulu
  8. Pembiayaan semula (‘refinance’)
    • Baki pinjaman yang diambilkira adalah
    merujuk kepada baki pinjaman perumahan asal yang diambil daripada pemberi pinjaman pertama atau mengikut baki pinjaman terkini, yang mana terendah
    • Jika melibatkan beberapa pemberi pinjaman, surat tebus hutang akan dibandingkan dengan baki terkini bagi menentukan amaun yang layak diambilkira untuk pengeluaran
    • Permohonan ahli tidak layak jika baki pinjaman asal telah selesai
  9. Cara keluarkan duit KWSP ini adalah tertakluk kepada keadaan berikut:
    • Jika ahli tidak pernah membuat pengeluaran membeli / membina rumah sebelum ini, ahli boleh membuat pengeluaran untuk mana-mana rumah; ATAU
    • Jika ahli pernah membuat pengeluaran membeli / membina rumah, ahli hanya boleh membuat pengeluaran ini untuk rumah yang sama sahaja bagi pengeluaran individu / bersama atau rumah yang berlainan bagi pengeluaran membantu pasangan
  10. Ahli tidak layak memohon sekiranya:
    • Tujuan pinjaman adalah untuk mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada atau bagi tujuan peribadi
    • Pinjaman berbentuk overdraft
    • Pinjaman diambil dari individu
    • Pinjaman untuk mengurangkan atau menyelesaikan bagi pinjaman rumah ketiga
    • Pinjaman untuk mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman rumah yang dibeli di luar negara
    • Baki pinjaman asal telah selesai
  11. Syarat tambahan bagi membantu pasangan:
    • Pasangan mestilah membeli / membina rumah
    dan mengambil pinjaman
    • Ahli boleh merupakan peminjam atau bukan peminjam bagi pembelian rumah tersebut
    • Rumah tersebut telah digadaikan sebagai cagaran atas pinjaman perumahan
    • Rumah tersebut dimiliki sepenuhnya oleh pasangan atau milik bersama suami / isteri
    • Ahli perlu kemukakan bukti pertalian suami / isteri iaitu Surat Nikah / Sijil Perkahwinan atau Sijil Kelahiran anak
    • Ahli boleh membuat pengeluaran bagi mengurangkan baki pinjaman untuk mana- mana rumah sedia ada untuk diri sendiri atau pasangan (suami / isteri / isteri-isteri), tertakluk kepada pengeluaran sekali setahun

 

Kelayakan pengeluaran duit KWSP

(Mengikut mana yang terendah tidak kurang RM500.00)

Pengeluaran individu / membantu pasangan

Jumlah baki pinjaman perumahan ATAU semua simpanan Akaun 2

Pengeluaran bersama suami / isteri atau ahli keluarga terdekat atau individu lain

Jumlah baki pinjaman perumahan ATAU semua simpanan Akaun 2 pemohon masing-masing tertakluk kepada baki pinjaman perumahan

 

Kaedah bayaran pengeluaran KWSP

Cara keluarkan duit KWSP anda sudah tahu.

Kini, bagaimana kaedah pembayaran pula?

Rujuk panduan di bawah:

  1. Pengkreditan Terus Ke Akaun Pinjaman Perumahan
    Semua bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke akaun pinjaman perumahan ahli/pasangan dengan syarat :
    • Ahli / pasangan mempunyai akaun pinjaman perumahan dengan bank panel KWSP yang dilantik; DAN
    • Pinjaman ahli/pasangan yang dibuat dengan bank panel KWSP tersebut tidak berstatus NPL; DAN
    • Akaun pinjaman perumahan ahli/pasangan masih aktif; DAN
    • Nombor pengenalan diri ahli/pasangan selaku peminjam adalah sama dengan rekod bank; DAN
    • Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM)
    Bagaimanapun, sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli disebabkan rekod pengenalan diri tidak sah atau sebagainya, bayaran akan diganti dengan Cek Jurubank yang akan dihantar menerusi pos secara mel berdaftar
  2. Cek Jurubank Kepada Institusi Pemberi Pinjaman Perumahan
    Semua bayaran pengeluaran akan dibuat secara Cek Jurubank di atas nama institusi pemberi pinjaman sekiranya;
    • Institusi pemberi pinjaman ahli / pasangan masih belum menyediakan perkhidmatan keadah bayaran secara pengkreditan terus ke akaun pinjaman perumahan; ATAU
    • Pinjaman ahli / pasangan yang dibuat dengan bank panel KWSP berstatus NPL
    Cek Jurubank tersebut akan dihantar terus ke alamat institusi pemberi pinjaman yang dinyatakan dalam Penyata Baki Pinjaman Perumahan menerusi pos secara mel berdaftar beserta notis bayaran. Manakala satu notis makluman bayaran akan dihantar kepada ahli

Dokumen penting yang diperlukan

Cara keluarkan duit KWSP ini tidak lengkap tanpa menyatakan dokumen penting yang diperlukan semasa buat permohonan.

Berikut ialah senarai dokumen yang mesti disediakan:

  1. Penyata Baki Pinjaman Perumahan yang tidak melebihi tempoh tiga bulan dari permohonan diterima
  2. Salinan dokumen pengenalan diri (jika bukan pemegang MyKad)
  3. Borang KWSP 3 (pindaan) – jika pengecaman cap ibu jari gagal di kaunter/ permohonan melalui pos

 

Dokumen sokongan

  1. Sila rujuk Senarai Semak Dokumen Pengeluaran Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan di laman web KWSP atau pejabat KWSP untuk semua dokumen yang diperlukan
  2. KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan dan menolak permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

Nota Amaran

Cara keluarkan duit KWSP ini kami tulis atas apa yang kami faham sahaja.

Anda digalakkan merujuk kepada KWSP untuk maklumat lanjut.

KWSP tidak mengeluarkan sebarang resit atas bayaran pengeluaran yang dibuat kepada pihak ketiga.
Kegagalan Mengembalikan Amaun Yang Tidak Digunakan Bagi Maksud Pengeluaran

Sekiranya pemohon tidak menggunakan bayaran pengeluaran bagi maksud pengeluaran dibuat, pemohon dianggap telah melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya [Seksyen 58A, Akta KWSP 1991 (Pindaan) 2007]

Membuat Kenyataan Tidak Betul Atau Tidak Benar Atau Mengemukakan Dokumen Palsu

Sekiranya pemohon memberi kenyataan yang tidak betul atau tidak benar atau mengemukakan dokumen palsu, pemohon dianggap telah melakukan kesalahan dan sekiranya disabitkan pemohon boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya [Seksyen 59, Akta KWSP 1991 (Pindaan) 2007]

Pembelian bukan untuk tujuan kediaman

Cara keluarkan duit KWSP yang dikongsikan ini hanyalah untuk pembelian rumah yang diduduki.

Pengeluaran perumahan ini tertakluk kepada syarat dan prosedur semasa dan sekiranya mana-mana transaksi yang dikesan oleh KWSP yang melibatkan pindahmilik kurang daripada satu (1) tahun, KWSP berhak untuk menolak permohonan pengeluaran atas alasan ia mengandungi unsur pembelian bagi tujuan pelaburan dan bukannya bagi tujuan kediaman sepertimana keperluan Akta KWSP

 

Akhir kalam

Semoga artikel tentang cara keluarkan duit KWSP untuk bayar hutang ini dapat memberika idea kepada anda untuk mengurangkan hutang sedia ada.

Pengeluaran KWSP dari Akaun 2 untuk bayar hutang rumah adalah satu perancangan yang baik.

Bila tidak ada hutang lagi, mudah untuk uruskan yang lain. Hidup juga lebih tenang.

Untuk maklumat lanjut, boleh download dan rujuk di sini.

Semoga kita semua diberikan kemudahan untuk beli rumah dan sempat bayar hutang selagi masih hidup.

Jika anda penjawat awam yang membeli rumah dengan bantuan kerajaan, jemput baca tentang LPPSA online yang mempunyai kalkulator pengiraan pinjaman yang percuma.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi KWSP di sini.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

3 Comments

  1. MUHAMAD FIRDAUS BIN MANSOR on

    Bagaimana KWSP akaun 2
    Bagi umur 50 thn kebawah
    Boleh isi borang online KWSP akaun 2 conved -19 ataupun ke pejabat berdekatan bagaimana urusan akuan terbabit.

Leave A Reply