Bagi pemilik perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang juga dipanggil small medium enterprise (SME) yang terjejas dek wabak Coronavirus COVID19, berikut adalah cara buat permohonan BSN Micro i Kredit dalam pakej PKS Prihatin yang diumumkan oleh kerajaan.
Jika masih belum ada akaun BSN, kami cadangkan anda daftar MyBSN terlebih dahulu.
Cara permohonan BSN Micro i Kredit Prihatin
Kelayakan untuk mohon bantuan PKS Prihatin
Bantuan ini hanyalah untuk usahawan mikro.
BSN telah menetapkan beberapa syarat kelayakan dan kriteria untuk mohon bantuan PKS Prihatin BSN Micro/i Kredit.
- Perusahaan Mikro (Milikan tunggal atau Enterprise, Perkongsian atau PLT, dan juga Sendirian Berhad)
- Perusahaan ini mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia sahaja
- Perniagaan anda dijalankan secara sepenuh atau separuh masa
- Perniagaan anda telah beroperasi tidak kurang daripada enam bulan
Hubungi Eksekutif Pembiayaan Perniagaan BSN
Sekiranya anda layak seperti kriteria di atas, sila layari Facebook BSN Malaysia untuk melihat dan menyemak senarai maklumat Pegawai BSN yang berhampiran dengan anda.
Klik sini untuk dapatkan senarai Eksekutif Pembiayaan Perniagaan BSN di seluruh negara.
Semak lokasi Pegawai BSN
Adalah lebih mudah agar anda berurusan dengan Pegawai BSN yang lebih hampir dengan anda.
Negeri dan daerah terpilih di Malaysia adalah seperti di bawah:
Sabah dan Sarawak
Jika anda berada di lokasi ini di Borneo , boleh cuba mohon bantuan PKS Prihatin BSN Micro.
Sarawak
- Kuching
- Sibu
- Bintulu
- Miri
- Samarahan
- Kapit
- Limbang
- Mukah
- Sri Aman
- Sarikei
- Betong
Sabah
- Kota Kinabalu
- Tawau
- Sandakan
- Pantai Timur Sabah termasuk:
- Kudat
- Kota Marudu
- Pitas
- Beluran
- Sandakan
- Kinabatangan
- Lahad Datu
- Kunak
- Semporna
Selangor dan Kuala Lumpur
Jika anda berada di lokasi ini di Lembah Kelang , boleh cuba mohon bantuan PKS Prihatin BSN Micro.
- Shah Alam
- Tanjung Karang
- Kajang
- Puchong
- Bukit Tinggi
- Klang
Selatan
Jika anda berada di lokasi ini di Selatan , boleh cuba mohon bantuan PKS Prihatin BSN Micro.
Negeri Sembilan
- Seremban
- Seremban 2
- Port Dickson
- Bahau
- Lukut
- Rantau
- Rembau
- Mantin
- Nilai
- Senawang
- Tampin
- Gemenchec
- Kuala Pilah
- Gemas
Melaka
- Bandaraya Melaka
- Alor Gajah
- Jasin
Johor
- Johor Bahru
- Pasir Gudang
- Pontian
- Kulai
- Kota Tinggi
- Batu Pahat
- Segamat
- Muar
- Nusajaya
- Benut
- Kluang
Utara
Jika anda berada di lokasi ini di Utara , boleh cuba mohon bantuan PKS Prihatin BSN Micro.
Pulau Pinang
- Pulau Pinang
- Perda
- Kepala Batas
Perak
- Ipoh
- Taiping
- Kuala Kangsar
- Parit Buntar
- Teluk Intan
- Sitiawan
- Meru Raya
- Kampar
- Slim River
- Bagan Datuk
- Tapah
Kedah
- Alor Setar
- Aman Jaya
- Sungai Petani
- Kulim
- Jitra
- Kota Sarang Semut
- Pokok Sena
Perlis
- Kangar
Pantai Timur
Jika anda berada di lokasi ini di kawasan Pantai Timur , boleh cuba mohon bantuan PKS Prihatin BSN Micro.
Terengganu
- Kuala Terengganu
- Jerteh
- Dungun
- Besut
- Setiu
- Kuala Nerus
Pahang
- Kuantan
- Temerloh
- Bentong
- Karak
- Pekan
- Muadzam
- Rompin
- Raub
- Lipis
Kelantan
- Kota Bharu
- Pasir Puteh
- Tumpat
- Kuala Krai
- Machang
- Pengkalan Chepa
- Gua Musang
- Kok Lanas
- Wakaf Bharu
- Rantau Panjang
- Jeli
- Pasir Mas
- Kubang Kerian
Senarai ini dikemaskini kali terakhir pada 7 April 2020. Sila semak pautan di atas untuk kemaskini terbaru jika ada.
Sediakan dokumen sokongan bantuan PKS Prihatin
Setelah menghubungi Pegawai BSN serperti di atas, sila lengkapkan borang permohonan. Anda juga dikehendaki untuk menyertakan dokumen-dokument sokongan seperti:
- Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Salinan Kad Pengenalan semua Pengarah bagi syarikat Sdn Bhd; Pemilik Tunggal bagi syarikat Milikan Tunggal atau Enterprise ; dan Rakan Kongsi bagi syarikat PLT
- Penyata Akaun Bank Syarikat untuk 3 bulan terkini
- Lain-lain dokumen sekiranya diperlukan
Permohonan bantuan PKS Prihatin akan diproses
Setelah permohonan dihantar, ia akan diproses oleh pihak BSN. Tidak dinyatakan di laman rasmi BSN, berapa lama proses ini akan mengambil masa.
Keputusan selepas mohon bantuan PKS Prihatin
Setelah diproses, akan ada pengumuman samada permohonan bantuan PKS ini lulus atau tidak. Sila berhubung dengan Pegawai BSN dan ikuti laman Facebook BSN rasmi untuk maklumat terkini.
Pembayaran bantuan PKS Prihatin
Pembayaran kepada syarikat yang mendapat status lulus akan dilakukan.
Ringkasan cara mohon bantuan PKS Prihatin BSN
Berikut ialah ringkasan dalam format bergambar untuk lebih mudah faham.
Akhir kata
Diharapkan agar perkongsian cara permohonan BSN Micro i Kredit untuk usahawan ini dapat memberikan satu sinar baru untuk terus bertahan dalam perniagaan.
Sila ambil maklum bahawa setiap permohonan mestilah dilakukan melalui BSN sahaja. BSN tidak melantik mana-mana agensi atau individu lain sebagai orang tengah dalam membuat permohonan ini.
Sila berhati-hati dengan scammer yang mungkin menyamar sebagai Pegawai BSN.
Rujuk senarai Pegawai BSN dan hubungi mereka untuk mendapatkan maklumat yang sahih.
Semoga bermanfaat.
25 Comments
Pertanyaan: Bagaimanakah borang menbuat permohanan BSN Micro/ i kredit Prihatin boleh dimuat turun? Terima Kasih
Saya Muhammad SHAHRIL NIZAM BIN MOHD SHAM SAYA NAK MOHON BANTUAN BOLEH DEKAT SINI?
NO ACCOUNT BSN :
1015429000141093
MUHAM.AD SHAHRIL NIZAM MASUKKAN KAT SINI YR
Saya telah memohon pada 2 April 2020 tetapi sampai sekarang tiada jawapan yang di berikan..dokumen semua telah di hantar ke Bsn Cawangan Tabuan Jaya Kuching
tuan, saya nak tanya,, apa maksud nya faedah 0% ?.. adakah dalam tempoh pembayaran tersebut tidak ada interest yang dikenakan?..pijam 50k, bayar 50%?.. adakah tiada hidden cost?..
TUAN SOALAN YG SAMA SAYA INGIN TAHU…
saya berniaga secara kecil dgn jual/beli barang2 kitar semula. bolehkah saya mohon mikro kredit sebab saya tak ada pendaftaran SSM
Salam saya dh mohon 23/4 aritu,tapi spi skrg saya masih blm dpt jawapan sama ader permohonan saya di terima atau blm
Saya peniga kecil² lan..ingin memohon ada kah saya layak,saya ada daftar ssm..tapi saya tak tahu bagaimnakah cara untuk memohon
Sy peniaga kecil-kecilan……..sy ada lesen perniagaan tapi SSM tak ada ….sy boleh mohon tak
Klu yg meniaga kecik kecilan di Pasar tani, tapi saya punya sijil SSM dah tamat tempoh, pastu, nak re-register balik kena tunggu habis pkp,
Mcm mna saya nak Mohon?
Bole ke jawap soalan ni?
Knape laaarr payah sgat nak log masuk
saya dh mohon tapi tak lulus?????
kata je nak bantu untuk yang terjejas covid
Saya x dpt lagi jawapan mikro bsn tu…ada yg dah dapat tau kelulusan permohonan ke?
Kenapa tak lulus?
Saya Jus Bin Apong
Mempunyai lesen perniagaan bermula dari tahun 2015 sehingga kini, dan ahli pks.. Ingin memohon pembiayaan pks tersebut sekiranya saya layak?
Saya x dpt lagi jawapan mikro bsn tu…ada yg dah dapat tau kelulusan permohonan ke?
Saya dah apply lebih Dr sebulan ..rasa lama sgt ..call BSN sukar dapat Line .mcm mana nak tahu status kelulusan
Syaa berharap bsn dapat beri kerja sama pada kami peniaga kecil sampai kami terpaksa berhutang ahlong untuk nak lunas kan hutang kedai dan tunggakan lain mohon pencerahan 2 bulan lepas saya dh hantar pemohonan tapi lansung tiada jawapan nye
Syaa berharap bsn dapat beri kerja sama pada kami peniaga kecil sampai kami terpaksa berhutang ahlong untuk nak lunas kan hutang kedai dan tunggakan lain mohon pencerahan 2 bulan lepas saya dh hantar pemohonan tapi lansung tiada jawapan nye
Bagi memudahkan situasi yang merungsingkan dalam bank BSN yang begitu ramai dalam keadaan isu COVID19 kan lebih bagus jika pihak bank BSN buat pengisian borang dalam talian.sekiranya lulus atau tidak lulus pihak bank boleh menghubungi peminjam untuk temuduga.masaalah kesesakan kat bank tidak akan berlaku.kalau orang ramai berbaris keliling dan begitu ramai dan ada yang balik tak sempat nak berurusan akan menimbulkan ketegangan dan kemarahan orang ramai.bukan sekadar itu saja.malah boleh mendatangkan masaalah penularan covid 19.cara yang saya tengok di cawangan BSN Miri amat membimbangkan bila orang ramai berbaris sampai belakang bank.macam dekat Mekah.keliling bangunan bank.saya memang tak nak tunggu.sebab terlalu ramai.harap pihak bank menyediakan permohonan dalam talian demi keselamatan orang ramai.
Assalamualaikum, adakah masih boleh membuat permohonan lagi?
Dah mohon tapi seyap…je…macam tak ada orang buat kerja je
Name vangkadesan a/l batumalai
810130015871
Saya permohonan loan pks mikro bank bsn dah berapa bulan tak jwp ni….saya bawa towing car sendiri sama covid saya tak dpt bayar duit lori .saya ambik loan kedia
Saya minta loan untk cover business saya no
Nak minta bantuan Mohd Fadzli bin Ali.no akaun BSN.1311641000072604
assalam…. ibu saya memerlukan sedikit bantuan untuk dijadikan modal bagi perniagaan….ibu saya tidak dapat meneruskan perniagaanya kerana kesempitan modal…saya berharap agar perniagaan ibu saya dapat dijalankan dengan baik….aminn…