What's Hot

    Mungkin anda pernah dengar mengenai DuitNow, tetapi tidak tahu apa sebenarnya itu DuitNow. Maka, izinkan kami berkongsi serba sedikit tentang apa itu DuitNow dan cara daftar DuitNow di Maybank dan juga CIMB Bank.

    Apa itu DuitNow?

    DuitNow ialah satu perkhidmatan baru yang membenarkan anda untuk memindahkan wang ke akaun penerima.

    Bezanya dengan pindahan wang biasa, anda tidak memerlukan nombor akaun bank penerima untuk melakukan pemindahan.

    Sebaliknya, anda hanya memerlukan ID DuitNow penerima untuk melakukan pemindahan.

     

    Cara daftar DuitNow CIMB

    Banyak bank di Malaysia yang telah memperkenalkan perkhidmatan terbaru ini, dan salah satunya ialah CIMB.

    DuitNow akan lebih memudahkan anda untuk melakukan pemindahan wang kepada penerima, kerana hanya memerlukan ID DuitNow ataupun nombor telefon penerima sahaja untuk memastikan pemindahan berjaya. Di bawah akan dikongsikan cara untuk mendaftar DuitNow bagi anda pelanggan CIMB.

    Aktifkan DuitNow CIMB

    Sebelum anda mendaftar DuitNow, anda wajib memiliki akaun online banking CIMB Clicks, kerana pendaftaran hanya boleh dilakukan melalui akaun CIMB Clicks untuk setiap pelanggan CIMB. Sekiranya anda sudah memiliki akaun CIMB Clicks, ikuti cara di bawah.

    1. Layari laman web https://www.cimbclicks.com.my/ untuk ke laman web rasmi CIMB Clicks.
    2. Kemudian, tekan butang Login to CIMB Clicks berwarna merah.
    3. Pada laman seterusnya, untuk ruangan I want to, pilih View My Dashboard.
    4. Kemudian, masukkan User ID anda pada ruangan Enter User ID.
    5. Tekan butang Login.
    6. Pada laman seterusnya, sahkan SecureWord Sekiranya ia milik akaun anda, tick pada kenyataan di bawahnya. Kemudian, masukkan pula password akaun anda pada ruangan Enter Password.
    7. Teruskan cara daftar DuitNow dengan tekan butang Login.
    8. Setelah anda berjaya akses ke akaun anda, pergi ke bahagian kiri skrin untuk menu kecil. Di bahagian bawah, tekan butang yang tertera seperti roda untuk Settings.
    9. Pada laman seterusnya, scroll sehingga ke bawah, dan tekan Register/Update DuitNow ID.
    10. Akan tertera menu kecil di bawahnya, dan tertera dua bahagian, iaitu Identity Number, ataupun Mobile Number. Anda boleh pilih sama ada ingin mendaftar nombor akaun bank anda pada Identity Number (nombor MyKad anda), ataupun pada Mobile Number (nombor telefon anda yang telah didaftar dengan akaun CIMB Clicks anda). Untuk memilih, tekan ikon pensel pada salah satu pilihan yang tertera Not Registered.
    11. Setelah anda tekan salah satu ikon itu, akan tertera ruangan untuk Change Receiving Account. Tekan pada Select Account, dan pilih akaun bank pilihan anda (akaun CIMB).
    12. Akan tertera kenyataan untuk Accepting terms & Conditions. Tekan butang Yes.
    13. Kemudian, tekan butang Save.
    14. Seterusnya, akan tertera ruangan untuk Request TAC. Tekan link Request TAC.
    15. Anda akan menerima SMS pada telefon anda yang mengandungi nombor TAC sebanyak enam angka. Masukkan nombor TAC tersebut pada ruangan yang disediakan.
    16. Kemudian, tekan butang Confirm.
    17. Pendaftaran DuitNow untuk akaun CIMB anda berjaya.

     

    Cara daftar DuitNow Maybank

    Maybank juga telah memperkenalkan perkhidmatan DuitNow untuk memudahkan pelanggannya melakukan transaksi wang kepada penerima dengan cara yang lebih mudah tanpa menggunakan nombor akaun bank penerima. Di bawah akan dikongsikan cara untuk mendaftar DuitNow untuk pelanggan Maybank.

    Sebelum anda mendaftar DuitNow, anda perlulah mempunyai akaun online banking Maybank2U.

    Aktifkan DuitNow Maybank

    Pendaftar DuitNow hanya boleh dilakukan secara online dengan Maybank2U sahaja. Sekiranya anda sudah mempunyai akaun Maybank2U, ikut cara di bawah untuk mendaftar.

    Perlu anda tahu bahawa pendaftaran DuitNow hanya boleh dilakukan pada sistem Maybank2U jenis baru sahaja, dan tidak disediakan pada sistem jenis klasik.

    1. Layari laman web https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do untuk ke laman web rasmi Maybank2U.
    2. Kemudian, pada ruangan My Username, masukkan username
    3. Tekan butang berlogo mangga kunci untuk meneruskan.
    4. Kemudian, sahkan security phrase dan gambar yang tertera. Sekiranya milik akaun anda, tekan butang YES.
    5. Kemudian, masukkan password anda pada ruangan My Password. Seterusnya, tekan butang LOGIN.
    6. Anda akan dapat akses ke akaun anda. Kemudian, pada tab yang tertera di bahagian atas, tekan tab APPLY.
    7. Pada laman seterusnya, anda akan berada dalam tab ACCOUNTS.
    8. Teruskan cara daftar DuitNow dengan scroll ke bawah sehingga anda jumpa menu DuitNow. Tekan butang APPLY NOW untuk menu tersebut.
    9. Kemudian, akan tertera bahagian untuk REGISTRATION FOR DUITNOW. Anda diminta untuk memilih akaun bank Maybank anda yang anda ingin gunakan untuk aktifkan perkhidmatan DuitNow. Nombor akaun bank anda ini akan dipadankan dengan nombor kad pengenalan anda (MyKad).
    10. Kemudian, tekan I HAVE READ AND AGREE WITH TERMS AND CONDITIONS.
    11. Tekan butang SUBMIT.
    12. Pendaftaran DuitNow anda berjaya.
    13. Anda hanya perlu pergi ke tab PAY & TRANSFER untuk memulakan pemindahan wang anda menggunakan DuitNow sekiranya anda mahu. Kemudian, pilih tab TRANSFER.
    14. Pada menu yang tertera, untuk ruangan Transfer From, nombor akaun bank yang tertera ialah nombor akaun bank yang anda padankan dengan pendaftaran DuitNow.
    15. Kemudian, di bawah Transfer To, pilih DuitNow. Untuk ruangan New Transfer, pilih ID DuitNow untuk penerima, sama ada Mobile Number untuk nombor telefon penerima, NRIC Number untuk nombor MyKad penerima dan yang lain. Contohnya, anda pilih Mobile Number.
    16. Akan ada pop-up box yang tertera. Masukkan nombor telefon, jumlah yang ingin dipindahkan pada Transfer Amount, Effective Date, Recipient’s Reference dan sebarang maklumat tambahan pada ADDITIONAL INFO (OPTIONAL).
    17. Kemudian, tekan butang TRANSFER.
    18. Seterusnya, akan tertera ruangan untuk memasukkan nombor TAC. Tekan link yang tertera.
    19. Anda akan menerima SMS pada telefon anda yang mengandungi nombor TAC Masukkan nombor TAC tersebut pada ruangan yang disediakan.
    20. Kemudian, tekan butang Confirm.
    21. Pindahan wang dengan DuitNow anda berjaya.

     

    Senarai bank & institusi kewangan berdaftar dengan DuitNow

    Untuk makluman, kami hanya kongsikan dua bank ini kerana Maybank dan CIMB Bank adalah antara bank yang terbesar di Malaysia.

    Ada lagi penyedia dan institusi kewangan yang menyediakan khidmat DuitNow. Senarai penuh adalah seperti di bawah.

    Cara daftar DuitNow untuk perbankan di bawah (selain Maybank dan CIMB) akan menyusul.

    • Affin Bank
    • Affin Islamic Bank
    • Agro Bank
    • Alliance Bank
    • Alliance Islamic Bank
    • Al Rajhi Bank
    • Ambank
    • Ambank Islamic
    • Bank Islam
    • Bank of America Merrill Lynch
    • Bank of China
    • Bank Muamalat
    • Bank Rakyat
    • BNP Paribas
    • CIMB Bank
    • CIMB Islamic Bank
    • Citibank
    • Deutsche Bank
    • Hong Leong Bank
    • Hong Leong Islamic Bank
    • HSBC
    • HSBC Amanah
    • ICBC
    • JP Morgan
    • Kuwait Finance House
    • Maybank
    • Maybank Islamic
    • MBSB Bank
    • Mizuho
    • MUFG
    • OCBC Bank
    • OCBC Al-Amin
    • Public Bank
    • Public Islamic Bank
    • RHB Bank
    • RHB Islamic Bank
    • SMBC
    • Standard Chartered Bank
    • Standard Chartered Saadiq
    • UOB Bank

     

    Akan datang, syarikat fintech dan e-wallet ini juga akan menyediakan khidmat dan servis DuitNow.

    Cara daftar DuitNow untuk institusi di bawah ini juga akan menyusul.

    • BigPay
    • BSN
    • Fave Pay
    • Finexus
    • GrabPay
    • ShopeePay
    • Touch n Go eWallet

    Senarai penuh dan terkini boleh didapati di laman rasmi duitnow.my

     

    Akhir kalam

    Usaha ini bukan sahaja satu usaha bagi bank-bank untuk kekal relevan sebagai bank-bank terbaik di Malaysia, malahan dalam memudahkan pelanggan untuk menyelesaikan urusan harian mereka melibatkan transaksi wang. Daftar DuitNow sekarang dan nikmati kemudahan yang hebat ini.

    Diharapkan agar perkongsian cara daftar DuitNow CIMB dan Maybank akan membuatkan proses pendaftaran anda lebih mudah.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    1 Comment

    1. CHIN HAI PIN on

      bos,sya dah daftar duitnow maybank,tapi tdk dpt tranfer duit utk isteri sya,cuma dpt tranfer kepada diri sendiri sja,kenapa pulak?

    Leave A Reply