Bila ramai kawan-kawan dan adik beradik guna Maybank, kita pun terasa mahu guna juga. Teruja bila dengan mudah hidup transfer duit dan bayar bil melalui maybank2u.com.my . Jadi, izinkan kami berkongsi cara buat Maybank2u dari langkah pertama iaitu dengan daftar akaun Maybank terlebih dahulu.
Izinkan kami berkongsi.
1. Cara register Maybank2u (Video rasmi dari Maybank)
Jika anda jenis malas nak baca dan lebih suka menonton panduan berbentuk video, boleh ikuti video rasmi dari Maybank di bawah dalam Bahasa Inggeris.Jika mahukan panduan daftar Maybank2u dalam Bahasa Melayu, terus scroll ke bawah untuk ikuti panduan kami.
https://www.youtube.com/watch?v=p1EENLjiVxQ
2. Langkah pertama daftar Maybank2u, register nombor telefon
Pertama sekali, sebelum anda mengetahui cara daftar Maybank2u, anda perlu mendaftarkan nombor telefon bimbit anda.Sebab apa?
Sebab ini adalah salah satu ciri keselamatan yang memerlukan anda menaip nombor PIN untuk melakukan apa-apa transaksi online.
Caranya:
- Pergi ke mesin Automated Teller Machine (ATM) Maybank yang berdekatan.
- Masukkan kad maybank anda pada mesin berkenaan, dan pilih bahasa yang anda ingini.
- Masukkan nombor pin enam digit untuk kad ATM Maybank anda.
- Apbila paparan Menu Utama ditayangkan, sila pilih Maybank2U/Phone Banking/ATM SMS Alerts.
- Pilih menu Kemaskini Tel. Bimbit M2U TAC.
- Pada ruangan yang diberikan pada laman seterusnya, masukkan nombor telefon bimbit anda yang sah dan aktif. Kemudian, tekan Ya.
- Proses mendaftar nombor telefon anda selesai.
2. Cara buat Maybank2u di maybank2u.com.my
Setelah mendaftarkan nombor telefon bimbit anda, barulah boleh teruskan proses pendaftaran akaun di Maybank2u.- Layari laman web https://www.maybank2u.com.my
- Anda akan dibawa ke laman depan rasmi Maybank2U.
- Pada bahagian atas laman, tekan butang REGISTER NOW.
- Kemudian, pada ruangan Card/Access Number, masukkan nombor akaun Maybank anda yang mengandungi 12 digit.
- Pada ruangan PIN, masukkan nombor pin enam digit untuk kad ATM Maybank anda.
- Tandakan pada ruangan I AGREE WITH THE TERMS & CONDITONS.
- Tekan butang CONTINUE.
- Kemudian, anda akan dibawa ke laman Create your Profile.
- Pada ruangan Username, masukkan nama yang anda ingin guna sebagai nama akaun anda.
- Pada ruangan Password, masukkan kata laluan yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Kata laluan ini perlulah mempunyai kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor serta simbol. Misalnya: Abu143@!0 (sekurang-kurangnya 8 aksara)
- Pada ruangan Confirm Password, masukkan sekali lagi kata laluan yang anda ingin cipta tersebut.
- Pada ruangan E-Mail, masukkan emel anda.
- Pada ruangan TAC, nombor TAC perlu dimasukkan. Tekan butang Request For TAC. Anda akan mendapat SMS di telefon bimbit anda mengandungi nombor TAC tersebut. Sekali lagi diingatkan anda perlu mendaftar nombor telefon anda di mesin ATM Maybank dahulu untuk memperoleh nombor TAC ini.
- Masukkan nombor TAC yang diperoleh.
- Selesai, tekan butang Next.
- Pada laman seterusnya, pada ruangan Image, masukkan gambar bagi tujuan keselamatan.
- Pada ruangan Security Phrase, masukkan apa-apa perkataan atau frasa bagi tujuan keselamatan. Apa sahaja perkataan yang anda cipta dan boleh ingat, Misalnya, Saya Kacak Gila
- Pada ruangan Memorable Question, pilih tiga soalan yang anda boleh jawab dan jawab kesemua soalan tersebut. Ingat dan simpan butir-butir jawapan anda untuk tujuan rujukan pada masa akan datang.
- Tekan butang Done.
- Pendaftaran akaun Maybank2U anda berjaya.
3. Cara login Maybank2u kali pertama (First Time Login)
Setelah selesai proses pendaftaran semuanya, barulah anda boleh login dengan username dan password yang ada pilih tadi.Untuk login kali pertama ke dalam akaun Maybank2u anda, caranya ialah:
- Pada laman utama Maybank2U, klik butang Login yang terletak di bahagian kanan atas laman.
- Pada laman seterusnya, tekan butang First time Login?.
- Kemudian, belajar untuk banking secara online dengan video tips keselamatan yang dipaparkan.
- Kemudian, terdapat ruang untuk mengisi Access No. ; Access No. ialah nombor akses untuk kad debit, kredit atau kad Perbankan Internet, di mana anda perlu mendapatkan nombor ini di kaunter di cawangan Maybank.
- Pada ruang PIN, masukkan nombor PIN enam digit yang anda tetapkan untuk kad anda.
- Tertera ruangan My Username. Masukkan username (nama) yang anda cipta untuk akaun anda.
- Pada laman seterusnya, pastikan gambar yang terpapar serta phrase adalah betul seperti yang anda setting untuk akaun anda semasa pendaftaran akaun Maybank2U anda.
- Login anda berjaya dan anda akan dibawa ke laman rasmi akaun anda, di mana anda boleh melakukan pelbagai transaksi termasuk pembayaran, pembelian, pindahan wang dan sebagainya.
4. Log Masuk Maybank2u
Selesai ikuti cara buat Maybank2u First Time Login, kini anda sudah boleh cuba untuk log masuk ke akaun anda.Caranya seperti berikut:
- Layari laman web https://www.maybank2u.com.my. Anda akan dibawa ke laman depan rasmi Maybank2U.
- Tertera ruangan My Username. Masukkan username (nama) yang anda cipta untuk akaun anda.
- Pada laman seterusnya, pastikan gambar yang terpapar serta phrase adalah betul seperti yang anda setting untuk akaun anda semasa pendaftaran akaun Maybank2U anda.
- Login anda berjaya dan anda akan dibawa ke laman rasmi akaun anda, di mana anda boleh melakukan pelbagai transaksi termasuk pembayaran, pembelian, pindahan wang dan sebagainya.
5. Masalah login dan pendaftaran Maybank2u
Walau bagaimanapun, sekiranya anda menghadapi masalah semasa proses mendaftar akaun Maybank2U, boleh hubungi Maybank Careline pada talian berikut:- Customer Care Hotline : 1-300 88 6688 (Malaysia)
- +603-7844 3696 (Luar Negara)
Kenapa guna Maybank2u?
Teknologi semakin berkembang pada zaman kini. Seiring dengan itu, pelbagai kemudahan dihasilkan untuk membantu manusia dalam kehidupan seharian. Kemudahan ini merangkumi pelbagai aspek seperti kemudahan peralatan untuk kegunaan di rumah, dan juga di luar rumah.Kini, teknologi juga telah membantu perkembangan dalam pengurusan kewangan kita. Demi memudahkan urusan kita, teknologi telah digunakan dalam urusan perbankan.
Sebagai salah satu bank di Malaysia yang inovatif, Maybank mendahului semua pesaing dengan mewujudkan perkhidmatan Maybank2u dan yang terbaru MAE eWallet.
Apa itu Maybank2U?
Perbankan online semakin popular pada zaman sekarang. Perkara ini juga dilakukan oleh Maybank dengan memperkenalkan Maybank2U sebagai satu bentuk kemudahan buat para pengguna dalam urusan transaksi kewangan mereka.
Dengan menggunakan kaedah ini, anda sebagai pengguna dapat menjimatkan masa untuk pelbagai transaksi seperti:
- Pembayaran bil
- Pembayaran hutang sewa, beli kereta, perumahan dan sebagainya
- Pengiriman wang dalam dan luar negeri, dan banyak lagi
- Buat semakan baki Maybank2u dalam akaun
Akhir kalam
Sebenarnya, jika ikut panduan di atas, cara buat Maybank2u tidaklah sesukar mana. Pendaftaran tidaklah mengambil masa yang lama.Semoga bermanfaat.