Pernah dengan AliPay? Kalau anda pernah ke China, pasti tahu bahawa AliPay digunakan di mana-mana sahaja. Duit tunai, sangat-sangat jarang digunakan, kecuali orang-orang tua yang tak tahu guna telefon bimbit. Jika anda mahu cuba AliPay, jemput baca cara daftar AliPay di Malaysia seperti di bawah.

Cara daftar AliPay di Malaysia (Guna web)

Berikut ialah cara untuk apply dan buat pendaftaran Alipay melalui laman web:

  1. Layari laman web rasmi AliPay di sini: globalprod.alipay.com.
  2. Anda akan tiba ke laman web untuk membuat pendaftaran bersama Alipay.
  3. Pada kotak Sign In Alipay, tekan link Sign Up For Free.
  4. Pada laman seterusnya, terdapat beberapa ruangan untuk diisikan. Pada ruangan Email, masukkan emel anda yang aktif dan boleh diakses.
  5. Kemudian, tekan butang Send Code. Kod verifikasi akan dihantar ke emel anda.
  6. Pada ruangan Verification Code, masukkan kod verifikasi yang telah dihantar ke emel anda oleh Alipay.
  7. Pada ruangan Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Password anda mestilah sepanjang 6-20 aksara, dan mesti alphanumeric (gabungan nombor, huruf besar, huruf kecil serta simbol yang dipaparkan pada link Password rule di atas ruangan tersebut. Anda boleh scroll mouse anda ke link tersebut untuk melihat simbol yang dibenarkan untuk anda guna dalam password Selain itu, anda tidak boleh menggunakan deretan EMPAT nombor, huruf kecil atau besar yang sama dalam password anda. Password anda juga mestilah bercampur, dan tidak terdiri daripada nombor sahaja atau huruf sahaja.
  8. Pada ruangan Confirm Password, masukkan semula password yang telah anda cipta untuk akaun anda.
  9. Tekan link Alipay Service Agreement untuk membaca terma dan syarat untuk menggunakan Alipay.
  10. Tick kenyataan tersebut. Kemudian, tekan butang Confirm.
  11. Pendaftaran anda berjaya.

 

Register AliPay di Malaysia (Guna app)

Berikut pula ialah cara untuk daftar AliPay melalui aplikasi di telefon bimbit:

  1. Download aplikasi Alipay di Google Play Store untuk Android, manakala di App Store untuk iOS.
  2. Buka aplikasi tersebut. Memandangkan aplikasi ini adalah untuk kegunaan China, maka aplikasi ini menggunakan bahasa Cina.
  3. Tekan butang berwarna biru yang tertera pada pop-up box di skrin.
  4. Kemudian, tekan butang Allow untuk membenarkan Alipay mengakses maklumat anda.
  5. Seterusnya, anda akan tiba di ruangan hadapan untuk login. Pada ruangan Enter phone number, tekan pada nombor yang tertera di bahagian tepi, dan pilih kod negara anda. Jika Malaysia, pilih +60. Kemudian, masukkan nombor telefon anda yang aktif dan boleh dihubungi pada ruangan yang disediakan. JANGAN mulakan dengan angka 0.
  6. Tekan butang Next.
  7. Anda akan mendapat kod verifikasi empat angka secara SMS. Pada ruangan untuk Enter Code, masukkan kod tersebut.
  8. Kemudian, tertera pop-up box, memaklumkan yang anda masih belum mendaftar dengan Alipay. Tekan butang Agree and Register.
  9. Tekan butang YES untuk menggunakan aplikasi Alipay versi antarabangsa.
  10. Kemudian anda akan dbawa ke halaman utama Alipay. Pada bahagian bawah skrin, tekan butang Me.
  11. Seterusnya, tekan pada bahagian atas yang tertera Nickname Unset untuk mula menyusun profil anda.
  12. Pada Profil Homepage, tekan pada kotak Click to upload untuk upload gambar untuk profil anda.
  13. Kemudian, tekan Set Nickname untuk memasukkan nama ringkas untuk profil anda.
  14. Pada What’s Up, anda boleh memasukkan ayat ringkas untuk menerangkan tentang anda.
  15. Tekan Identify Verification. Kemudian, pada Real Name, masukkan nama penuh anda.
  16. Pada ID No, masukkan nombor passport anda. Diingatkan bahawa aplikasi ini adalah berasal dari China. Oleh itu, aplikasi ini tidak akan membaca nombor MyKad anda. Bagi anda yang bukan warganegara China, perlu menggunakan nombor passport untuk menggunakan Alipay.
  17. Anda juga boleh memasukkan video di profil anda dengan menekan Record My Moments.
  18. Tekan butang anak panah di bahagian atas sebelah kiri skrin setelah selesai.
  19. Sekiranya anda ingin mengubah nombor telefon bagi akaun anda, tekan pada Alipay Account, dan tekan butang Change mobile number untuk mengubah nombor telefon anda.
  20. Pendaftaran anda selesai.

 

Akhir kata

Semoga perkongsian cara daftar AliPay ini dapat memberikan anda satu pengalaman baru. Jika tidak biasa, boleh sahaja guna e-wallet Malaysia dahulu seperti Boost, Touch n Go dan GrabPay.

Semoga bermanfaat.

 

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

1 Comment

Leave A Reply