Anda pasti pernah dengar tentang mengenai Touch ‘n Go eWallet, bukan? Tetapi adakah anda tahu cara untuk register dan bagaimana penggunaannya? Jika anda ingin mengetahui cara daftar Touch n Go eWallet, maka tepat sekali pilihan anda memilih untuk membaca artikel ini.

Langkau artikel ini untuk dapatkan informasi tentang cara daftar RFID, yang biasanya orang daftar sekali dengan TnG eWallet.

Apa itu Touch n Go eWallet?

Sebelum kita pergi terus kepada cara penggunaan eWallet ini, apa kata kita ketahui serba sedikit mengenainya terlebih dahulu.

Orang kata tambah nilai kad Touch ‘n Go (TnG) ‘is so yesterday’, lebih kurang dianggap sebagai satu cara lapuk. Jadi eWallet ini adalah lebih ‘up to date’.

Perlu diingatkan, jika guna eWallet, tidak perlu ada kad fizikal Touch n Go. Hanya perlu app sahaja.

Walau bagaimanapun, jika ada kad, boleh sahaja dimasukkan dalam eWallet.

 

Fungsi TnG eWallet

Antara fungsi lain yang ditawarkan oleh eWallet ini adalah anda boleh memilih untuk menggunakan reload secara automatik apabila baki kad mencapai jumlah tertentu, bermula jumlah minimum RM20 sehingga RM100.

Jumlah auto-reload pula boleh dipilih bermula serendah RM20 hingga RM250. Tetapi buat masa ini penggunaan auto-reload hanya terpakai untuk pengguna kad kredit.

 

Cara daftar Touch n Go eWallet online

Setakat ini anda sudah mengetahui mengenai fungsi TnG eWallet ini. Jadi tentunya anda ingin mengetahui bagaimana anda boleh menggunakan aplikasi ini, bukan?

Berikut adalah cara mudah dan ringkas untuk register TnG eWallet:

  1. Download dahulu TnG eWallet samada di Apple App Store atau Google Play Store.
  2. Perkara yang pertama sekali adalah anda harus mempunyai telefon pintar.
  3. Ini pastinya bukan satu masalah kerana telefon pintar sudah menjadi antara barang ‘wajib’ ada bagi setiap individu.
  4. Selepas selesai install, klik untuk membuka applikasi Touch n Go eWallet
  5. Klik Create Account
  6. Masukkan nombor telefon bimbit anda
  7. Jika anda menggunakan nombor telefon bimbit Malaysia, pastikan awalannya MY +60
  8. Klik Next
  9. Masukkan OTP yang anda terima melalui SMS
  10. Pilih 6-digit PIN sebagai password
  11. Lengkapkan Security Question sebagai satu langkah untuk melindungi akaun anda
  12. Lengkapkan maklumat diri anda seperti Full Name seperti dalam kad pengenalan, Nationality, ID Type, nombor kad pengenalan dan alamat email.
  13. Klik tick, jika anda bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan
  14. Klik Submit

 

Cara login Touch n Go eWallet

Selepas berjaya daftar, berikut ialah cara login Touch n Go eWallet.

  1. Di bahagian Login, masukkan nombor telefon anda
  2. Jika anda menggunakan nombor telefon bimbit Malaysia, pastikan awalannya MY +60
  3. Jika anda terlupa nombor telefon yang anda guna untuk daftar, sila hubungi Touch n Go Careline di 03-27148888
  4. Di bahagia 6-digit Pin, masukkan 6 digit PIN yang ada pilih semasa buat proses pendaftaran
  5. Klik Log In untuk masuk

 

Cara guna Touch ‘n Go eWallet

eWallet ini menawarkan fungsi PayDirect di mana anda boleh membayar tambang tol terus dari eWallet anda. Kelebihannya adalah sebanyak tiga kad TnG fizikal boleh diletakkan di bawah satu akaun eWallet.

Anda hanya perlu memastikan dalam eWallet anda mempunyai jumlah wang yang mencukupi dan anda boleh menggunakan kad TnG fizikal itu sebagai medium untuk melalui tol sama ada lorong Touch ‘n Go biasa atau laluan SmartTAG.

Tambah kad

Selepas anda memuat turun aplikasi tersebut, anda harus mendafter dan menambah kad TnG fizikal anda ke dalam akaun eWallet. Seperti yang dinyatakan di atas, anda boleh menambah sehingga tiga kad TnG di bawah satu akaun. Jadi, andai kata tertinggal kad TnG, tidak perlulah gelabah, ada kad lain.

 

Tambah nilai

Muat turun sudah, tambah kad pun sudah, jadi sudah boleh digunakan? Belum lagi. Anda perlu menambah nilai dalam akaun eWallet anda. Ada beberapa cara sama melalui penggunaan kad kredit atau kad debit, FPX online banking atau menggunakan TnG Reload Pin.

 

Kad fizikal

Setelah menambah sejumlah nilai dalam eWallet anda, kini anda boleh menggunakan kad TnG fizikal seperti biasa di mana-mana tol sama di lorong Touch ‘n Go atau SmartTAG.

 

Penolakan nilai

Nilai yang akan ditolak sewaktu melalui tol adalah nilai yang berada di dalam akaun eWallet anda. Bukan nilai yang berada dalam kad TnG fizikal.

 

Cara top up Touch n Go eWallet online

Tidak cukup rasanya penulisan ini jika tidak disertakan dengan cara top up Touch n Go sekali.

Ikuti langkah di bawah untuk reload Touch n Go secara online menggunakan app.

  1. Pastikan anda sudah download dan install app Touch n Go eWallet
  2. Klik app Touch n Go eWallet tadi
  3. Lihat baki di bahagian atas kiri
  4. Jika baki tidak mencukupi, klik Reload eWallet
  5. Pilih amaun yang anda mahu, dengan minimum RM10
  6. Ada juga pilihan RM50, RM100 dan RM500 yang sudah siap untuk dipilih
  7. Klik Reload eWallet dan pastikan jumlah amaun adalah sama dengan yang dipinta
  8. Pilih Credit / Debit Card atau FPX Online Banking
  9. Tambah Credit / Debit Card jika belum lagi ada, dan simpan untuk kegunaan masa akan datang
  10. Jika guna kad, klik sahaj Reload dan tunggu sehingga SMS TAC diterima
  11. Masukkan SMS TAC tersebut sebagai pengesahan
  12. Jika guna online banking, pilih bank yang dikehendaki.
  13. Masukkan username dan password
  14. Sahkan jumlah amaun
  15. Selesai

 

Kelebihan Touch ‘n Go eWallet

Anda sudah mengetahui fungsi dan cara penggunaannya. Jom kita tengok pula kelebihan aplikasi ini.

  1. Antara kelebihannya adalah anda sudah tidak perlu lagi beratur untuk menambah nilai kad TnG anda.
  2. Anda cuma perlu memastikan anda mempunyai baki yang mencukupi dalam akaun eWallet untuk membolehkan anda melalui tol tanpa sebarang halangan.
  3. Bagi pengguna yang menggunakan SmartTAG, anda mungkin boleh memeriksa baki kad melalui peranti anda.
  4. Namun sebalik pengguna yang hanya mempunyai kad TnG sudah tentu tidak boleh menyemak baki. Jadi penggunaan eWallet ini sudah tentu dapat membolehkan pengguna mengetahui nilai yang ada.
  5. Apabila menambah nilai kad TnG seperti di kedai serbaneka mahupun di stesen petrol, pasti terdapat caj akan dikenakan. Kebiasaannya caj RM0.50 sen akan ditolak sewaktu anda menambah nilai kad TnG anda. Jadi dengan eWallet, RM0.50 sen itu boleh disimpan.

Selain itu, Touch ‘n Go eWallet ini juga boleh digunakan untuk membuat pembayaran di lebih 80,000 kedai dagangan yang terlibat di seluruh Malaysia.

Antaranya seperti Giant, Bata, Caring Pharmacy, JD Sports, Tecso, MR.DIY, kedai buku MPH dan tealive Jika anda gemar menonton wayang, anda juga boleh menggunakan eWallet anda di TGV Cinemas.

 

Promosi TnG eWallet

Terdapat juga promosi menarik yang ditawarkan setiap bulan kepada pengguna Tounch ‘n Go eWallet ini, seperti potongan RM5 bagi pengguna yang membayar menggunakan eWallet untuk EzCab pada setiap hari Jumaat.

Promosi lain yang ditawarkan adalah bagi pengguna yang menambah nilai eWallet  menggunakan kad kredit atau debit HSBC, akan mendapat cashback sebanyak 20 peratus.

Kalau anda ingin tahu promosi lain, anda boleh layari laman web https://www.tngdigital.com.my/promotions.

 

Kelemahan Touch ‘n Go eWallet

Penulis memuji usaha pihak TnG untuk mewujudkan sistem eWallet ini. Namun, memandang fungsi ini merupakan pasa pertama integrasi antara kad TnG dan eWallet sudah pastilah ada kelemahannya.

  1. Pertama, penggunaan eWallet ini hanyalah boleh digunakan di lebuh raya tertentu yang mengambil bahagian? Sudah tentu anda ingin mengetahui jumlah lebuh raya yang mengambil bahagian, bukan
  2. Penggunaan eWallet buat masa ini hanya terpakai di kebanyakan tol lebuh raya utama sekitar Lembah Klang. Berikut adalah senarai tol yang berkenaan:
  • Ampang–Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH)
  • Guthrie Corridor Expressway (GCE)
  • Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA)
  • Kuala Lumpur–Karak Expressway (KLK)
  • Sungai Besi Expressway (BESRAYA)
  • Duta Ulu-Kelang Expressway (DUKE)
  • Cheras-Kajang Expressway (Grand Saga Expressway)
  • North Klang Straits Bypass (Grand Sepadu)
  • LATAR Expressway (LATAR)
  • Damansara-Puchong Expressway (LDP)
  • Shah Alam Expressway (KESAS)
  • Kajang SILK Highway (SILK)
  • Maju Expressway (MEX)
  • New Pantai Expressway (NPE)
  • Stormwater Management And Road Tunnel (SMART Tunnel)
  • Western KL Traffic Dispersal System (SPRINT)
  • Butterworth Outer Ring Road (BORR)
  • Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, iaitu jambatan kedua untuk memasuki Pulau Pinang

Jadi kalau anda akan memandu keluar dari kawasan Lembah Klang, pastikan kad  TnG fizikal anda mempunyai jumlah baki yang mencukupi. Takut nanti kelam kabut apabila sampai tol, palang tidak naik, naya sahaja.

Kedua, daripada pembacaan penulis, ada dakwaan pengguna eWallet tidak boleh menyemak jumlah baki kad dan isu ini akan menimbulkan masalah apabila pengguna tidak dapat melepasi palang tol disebabkan baki kad yang tidak mencukupi. Jadi mungkin pihak TnG boleh memperbaiki aplikasi ini untuk menjadi lebih baik.

 

Persediaan sebelum guna TnG eWallet

Tidak dinafikan aplikasi ini menawarkan kelebihan yang tersendiri. Namun dalam masa yang sama adalah baik untuk melakukan persediaan.

Jadi anda disarankan untuk memastikan kad TnG fizikal anda tetap mempunyai baki yang mencukupi. Ini sekurang-kurangnya dapat mengelakkan sebarang masalah jika penggunaan eWallet tidak dapat digunakan di lebuh raya yang anda lalui.

 

Akhir kalam

Semoga panduan cara daftar Touch n Go eWallet ini dapat membantu anda.

Mudah-mudahan, perjalanan anda melalui tol menjadi lebih mudah selepas ini. Begitu juga dengan pembayaran di kedai-kedai lain, yang menyokong pembayaran melalui TnG eWallet.

Cuma janganlah hanya kerana tidak menggunakan duit tunai, anda tidak kawal dan membazir dengan membeli benda yang bukan-bukan.

Jemput juga baca tentang cara bayar TNB secara online, yang akan memudahkan hidup anda.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

28 Comments

  1. Ong Lai Hock on

    Good day. I need to print my T&G toll monthly usage statement which link to my
    T&G e-wallet , by how ? Thanks.

  2. Saya guna mykad je utk byr tol…lg senang…klau dah guna ewallet kenapa la tng nak gunakan lg kad fizikal sbg perantara di tol…kan menyusahkan…baik buat digital 100% pengguna ewallet tng yg nak masuk dan keluar tol masa byr hanya perlu scan kod QR sahaja..yg penting dlm ewallet tu ada duit yg mencukupi…

  3. Macam mana nak login touch n go tanpa kode otp. Sebab number yang register tue dah tak pakai dah. Jadi kalau nak register baru dah tak boleh sebab ic dah pernah daftar. Macam mana yew?

Leave A Reply