What's Hot

    Apa itu SAPS? SAPS ialah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS NKRA) untuk memantau prestasi akademik para pelajar. Namun begitu, SAPS ini tidak menyokong peperiksaan utama seperti UPSR, PT3, SPM dan STPM. Sistem ini hanya dibangunkan untuk pemantauan ujian bulanan dan peperiksaan tahunan serta ujian percubaan yang diuruskan oleh pihak sekolah. Oleh itu, manfaat sistem ini ialah ibu bapa boleh mengetahui kemajuan akademik anak-anak mereka tanpa perlu bertemu dengan guru di sekolah. Jadi pada hari ini kami akan berkongsi dengan anda tentang cara check SAPS ibu bapa agar dapat memudahkan urusan anda ibu bapa untuk menyemak prestasi anak-anak di sekolah.

    Cara check SAPS Ibu Bapa

    1. Layari portal SAPS Ibu Bapa di https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/
    2. Masukkan nombor MyKad pelajar
    3. Klik ruangan ‘Cari
    4. Masukkan maklumat sekolah pelajar (negeri dan nama sekolah)
    5. Klik butang ‘Semak
    6. Maklumat keputusan pelajar akan dipaparkan

     

    Gred permarkahan

    1. Bagi sekolah rendah
    • 80-100 Gred A (Cemerlang)
    • 65-79 Gred B (Baik)
    • 50-64 Gred C (Memuaskan)
    • 40-49 Gred D (Mencapai Tahap Minimum)
    • 0-39 Gred E (Belum Mencapai Tahap Minimum)
    • TH (Tidak Hadir)

     

    1. Bagi sekolah menengah
    • 85-100 Gred A (Cemerlang)
    • 70-84 Gred B (Kepujian)
    • 60-69 Gred C (Baik)
    • 50-59 Gred D (Memuaskan)
    • 40-49 Gred E (Mencapai Tahap Minimum)
    • 0-39 Gred F (Belum Mencapai Tahap Minimum)
    • TH (Tidak Hadir)

     

    1. Bagi menengah atas
    • 90-100 Gred A+ (Cemerlang Tertinggi)
    • 80-89 Gred A (Cemerlang Tinggi)
    • 70-79 Gred A- (Cemerlang)
    • 65-69 Gred B+ (Kepujian Tertinggi)
    • 60-64 Gred B (Kepujian Tinggi)
    • 55-59 Gred C+ (Kepujian Atas)
    • 50-54 Gred C (Kepujian)
    • 45-49 Gred D (Lulus Atas)
    • 40-44 Gred E (Lulus)
    • 0-39 Gred G (Gagal)
    • TH (Tidak Hadir)

     

    Tujuan SAPS

    Tujuan utama sistem ini diperkenalkan adalah untuk mengurangkan masalah pengendalian data.

    Ia juga merupakan alternatif penting untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman di setiap sekolah di seluruh Malaysia.

    SAPS merupakan portal online yang boleh dicapai oleh semua pihak yang berkaitan bidang pendidikan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah.

    Daftar dan log masuk ke akaun SAPS anda dengan cara yang mudah, ikut sahaja langkah yang disediakan dalam artikel ini.

     

    Apa maksud SAPS Ibu Bapa?

    Sistem ini bukan sahaja dibina untuk para guru tetapi juga ibu bapa. Segala maklumat akademik anak-anak mereka boleh dicapai apabila akses ke portal tersebut. Jelasnya, SAPS memberi kebaikan kepada ibu bapa. Ini sebab, secara tidak langsung mereka juga telah terlibat dengan perkembangan pelajaran anak-anak di sekolah.

     

    Manfaat SAPS

    Ibu bapa boleh berkomunikasi secara tiga hala dengan pihak sekolah terutamanya guru kelas. Mereka tidak perlu menunggu sehingga hari terbuka diadakan.

    SAPS juga boleh dijadikan penanda aras analisis TOV (Take Of Value), ETR (Expected Target Result) dan AR (Actual Result). Dengan analisis sistematik seperti ini, para guru dapat memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran.

    Bagi ibu bapa pula, mereka boleh memantau aktiviti akademik anak-anak mereka. Selain itu, mereka boleh merancang dan menjalankan usaha yang sewajarnya untuk meningkatkan prestasi akademik anak-anak.

    Bagi para pelajar pula, mereka boleh menyemak dan melakukan usaha berterusan untuk masa depan. Keputusan peperiksaan yang rendah sewajarnya dijadikan kayu pengukur untuk lebih berusaha lagi. Malahan, disiplin anak-anak juga boleh dikawal misalnya melalui jumlah kehadiran dan sebagainya.

     

    Apa yang dipaparkan?

    SAPS Ibu Bapa akan menunjukkan slip keputusan, markah peperiksaan dan kedudukan pelajar di dalam kelas. Ini merangkumi ujian bulanan, peperiksaan tahunan dan percubaan sahaja.

    Malahan, ibu bapa juga boleh menyemak bilangan mata pelajaran yang telah didaftar, jumlah kehadiran di sekolah, peratus gred purata dan pencapaian gred keseluruhan subjek yang diambil.

     

    Makluman penting

    Terkini, sistem ini telah dibuka semula selepas ditutup buat sementara pada susulan dakwaan pencerobohan sistem pada Jun 2018.

     

    Maklumat penggunaan singkatan perkataan dalam portal SAPS

    1. SUP- Setiausaha Peperiksaan
    2. GMP- Guru Mata Pelajaran
    3. GK- Guru Kelas
    4. KP- Kad Pengenalan
    5. APDM- Aplikasi Pangkalan Data Murid
    6. JPN- Jabatan Pelajaran Negeri
    7. SAPS- Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

     

    Cara membetulkan kesalahan ejaaan nama anak dalam sistem SAPS ibu bapa

    1. Ibu bapa perlu memaklumkan kepada guru kelas anak mereka.
    2. Guru kelas akan membuat semakan dan kemas kini nama pelajar tersebut dalam APDM.
    3. Guru kelas akan maklumkan kepada SUP sekolah untuk ‘import’ semula nama pelajar yang telah dibetulkan ke dalam SAPS.

     

    MyKad pelajar tidak dapat diakses dalam sistem

    1. Ibu bapa perlu menghubungi guru kelas untuk memberitahu masalah tersebut.
    2. Guru kelas akan menyemak nombor kad pengenalan dengan dokumen sokongan iaitu salinan kad pengenalan dan sijil lahir.
    3. Jika terbukti ada kesalahan, guru kelas akan kemas kini maklumat berkenaan pada APDM dan melaporkan masalah tersebut kepada SUP sekolah.
    4. SUP akan kemas kini nombor kad pengenalan pelajar tersebut dalam sistem.

     

    Sukar untuk membuat capaian di portal, apa perlu dibuat?

    Apabila kadar pengguna lain mengakses masuk ke dalam sistem sangat tinggi, kemungkinan capaian sukar dibuat. Ada 2 cara yang boleh dicuba bagi mengatasi masalah ini, iaitu:

    1. Pastikan anda telah memadam cache (clear browsing cache) di pelayar Internet.
    2. Jika paparan menunjukkan ‘Your Connection Is Not Private’, anda perlu membuat langkah berikut:
    3. Klik butang ‘Advanced
    4. Seterusnya, klik butang ‘Proceed
    5. Paparan SAPS akan keluar jika berjaya

     

    Akhir Kalam

    Sebenarnya ramai ibu bapa langsung tidak tahu cara check saps ibu bapa. Apabila menghadiri hari terbuka untuk mengambil buku laporan peperiksaan, baharulah mereka tahu tentang tingkah laku, pelajaran dan aktiviti anak-anak mereka. Justeru, tugas menguruskan para pelajar tidak boleh dibebankan sepenuhnya di bahu guru.

    Dengan adanya sistem SAPS Ibu Bapa, mereka dapat memantau aktiviti anak-anak mereka. Hendak menipu markah peperiksaan pun sudah tidak semudah dulu. Oleh itu, dalam keburukan teknologi, ada juga faedahnya jika digunakan dengan cara yang bijak.

    Walaupun kerajaan telah meringankan sedikit tugas guru melalui sistem ini, namun mereka tetap perlu bekerja keras. Usaha yang berterusan perlu untuk meningkatkan prestasi kerja mereka melalui pencapaian para pelajar.

    Bagi ibu bapa pula, menyemak dan mencetak keputusan peperiksaan anak sahaja tidak cukup. Mereka perlu memberi sokongan moral dan contoh yang baik buat anak-anak. Sentiasa beri galakan dan prihatin dengan masalah akademik anak-anak.

    Jika ada kesilapan atau penyimpangan fakta dan informasi yang tidak benar, diharapkan dapat memberi teguran. Kami mengalu-alukan juga penambahan informasi baharu untuk rujukan semua.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply