Kad debit Maybank adalah sesuatu yang amat penting kepada semua pemegang kad debit. Maka sekiranya kad debit Maybank anda hilang, risiko untuk kad anda disalahgunakan oleh individu lain amatlah tinggi. Oleh sebab itu pentingnya jika anda ketahui bahawa kad debit anda hilang, anda perlu terus bertindak dengan cepat. Jadi bagaimanakan cara buat kad Maybank hilang?

Pada hari ini kami akan berkongsi dengan anda cara-cara buat kad Maybank hilang dan apa yang anda perlu lakukan sekiranya kad Maybank anda hilang untuk pengguna Maybank.

Sekiranya anda pengguna baru dan ingin mendapatkan cara buat dan daftar Maybank2u, anda boleh rujuk pada artikel ini.

[su_note]

Nota:

  • Semasa PKP, untuk berurusan di cawangan, sila buat appointment Maybank terlebih dahulu
  • Jika walk-in, tidak akan dilayan

[/su_note]

Cara buat kad Maybank hilang

  1. Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah anda perlu mencari cawangan Maybank yang terdekat dengan anda.
  2. Setelah anda jumpa cawangan Maybank yang terdekat , anda perlu ke lokasi tersebut untuk meneruskan proses kad Maybank hilang ini.
  3. Sebelum anda ke lokasi Maybank anda, pastikan anda telah membawa dokumen dan keperluan yang penting seperti kad pengenalan anda.
  4. Setelah tiba di lokasi, anda perlu berjumpa dengan pegawai Maybank dan minta untuk mendapatkan kad ATM dan buku simpanan Maybank yang baru.
  5. Sekiranya ditanya oleh pegawai Maybank tentang sebab kehilangan kad anda, anda perlu jelaskan kesemuanya untuk tujuan inspeksi kehilangan kad anda.
  6. Soalan keselamatan akan ditanya kepada anda seperti nama ibu anda dan tarikh lahir anda sebagai tujuan verifikasi bahawa anda adalah pemilik kad Maybank yang hilang itu.
  7. Setelah itu anda hanya perlu menanti untuk kad baharu dihantar ke rumah anda. Kebiasaannya akan mengambil masa lebih kurang 2-3 hari bekerja.
  8. Sebagai pengetahuan tambahan untuk anda, jika kad ATM Maybank anda hilang atau rosak, dan anda ingin mendapatkan kad baru, bayaran denda sebanyak RM12 akan dicajkan kepada anda untuk gantian kad baru .

Untuk makluman anda, kad baru Maybank boleh diperolehi dari mana-mana cawangan berhampiran.

Apa yang perlu anda lakukan dalam tempoh kehilangan kad anda?

Dalam tempoh kehilangan kad anda, perkara yang boleh anda lakukan adalah menyekat (block) kad Maybank anda untuk tujuan keselamatan.

Tujuannya adalah agar kad anda selamat dan tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak dan individu.

Cara menyekat (block) kad Maybank hilang

  1. Anda perlu log masuk ke akaun Maybank anda secara atas talian (online).
  2. Anda pergi ke bahagian “Settings”.
  3. Pilih “Cards” dan klik pada “Manage Debit Cards”.
  4. Kemudian setelah itu klik “Debit Card” dan klik “Replace & Block”.
  5. Pilih “Menu Option” iaitu butang berbintik tiga,
  6. Selepas itu klik “Block Card”.
  7. Klik “Confirm”.
  8. Selesai langkah untuk menyekat kad Maybank anda

Setelah menyekat kad Maybank anda, anda tidak perlu lagi risau akan penyalahgunaan kad Maybank anda kerana kini tiada transaksi bank akan dapat dijalankan dengan menggunakan kad Maybank anda yang hilang tadi.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web rasmi Maybank pada pautan www.maybank2u.com.my.

 

Akhir kalam

Diharap agar cara buat kad Maybank hilang ini akan membantu dan memudahkan urusan anda untuk mendapatkan kad Maybank anda yang baru.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

1 Comment

Leave A Reply