What's Hot

    Adakah anda seorang pelajar lepasan SPM 2021 yang baru sahaja menyelesaikan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia? Dan sudahkah anda mendapat sebarang tawaran kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi? Baiklah, pada hari ini kami akan berkongsi dengan anda semua yang bakal menyambung pengajian, tentang cara beli no pin PTPTN.

    Cara beli No Pin PTPTN

    Buat makluman anda semua, permohonan pinjaman PTPTN boleh dilakukan secara online pada laman web rasmi PTPTN.

    Baiklah apakah maksud pinjaman PTPTN?

    #1 Definisi PTPTN

    PTPTN adalah sebuah badan kerajaan yang tugasnya adalah untuk membantu dan menguruskan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pengajian tinggi khas untuk golongan siswa dan siswi yang sedang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi.

    #2 Kaedah beli nombor Pin PTPTN

    Baiklah apakah kaedah yang paling mudah untuk mendapatkan nombor Pin PTPTN? Kami akan kongsikan dua kaedah yang ringkas dan mudah untuk anda.

    #3 Membeli nombor Pin PTPTN secara online

    1. Pertama sekali, anda perlu melayari laman web rasmi PTPTN.
    2. Setelah anda melayari dan membuka laman web tersebut, terus pergi ke halaman utama dan klik pada butang Pinjaman Pendidikan.
    3. Kemudian anda perlu klik pada Permohonan Pinjaman Pertama Kali bagi mereka yang tidak pernah mengisi maklumat diri bersama PTPTN lagi.
    4. Selepas itu, klik butang Pendaftaran Permohonan Pinjaman.
    5. Pada ruang berikutnya, anda perlu mengisi dan melengkapkan maklumat diri anda seperti nombor kad pengenalan dan kata laluan anda ke dalam ruangan maklumat yang disediakan.
    6. Apabila anda sudah selesai mengisi, pastikan maklumat anda adalah betul dan klik Daftar.
    7. Untuk bahagian Pembayaran, anda perlu masukkan nombor kad debit yang akan digunakan untuk proses pembelian Pin PTPTN anda dan klik Bayar.
    8. Setelah anda menyiapkan pembayaran, anda kini boleh membuat permohonan PTPTN secara online di laman web portal rasmi PTPTN.

    #4 Membeli nombor Pin PTPTN di kaunter

    Kaedah ini khas buat mereka yang tidak berapa gemar untuk melakukan transaksi secara online.

    1. Anda perlu kunjungi cawangan PTPTN yang berhampiran dengan kawasan tempat tinggal anda.
    2. Kemudian anda perlu ke kaunter khidmat pelanggan untuk membeli nombor Pin anda.
    3. Anda perlu menjelaskan kepada operator bahawa anda ingin membeli nombor Pin PTPTN.
    4. Setelah itu, anda akan diberi borang dan anda juga perlu mengambil nombor giliran.
    5. Sambil menunggu giliran anda dipanggil, anda boleh mengisi borang tersebut dengan maklumat yang betul dan sahih.
    6. Selepas giliran anda dipanggil, anda serahkan borang tersebut dan perlu membuat bayaran caj sebanyak RM5.
    7. Selesai sudah pembelian nombor Pin anda.

    Akhir kata

    Kesimpulannya, pembelian nombor Pin PTPTN tidaklah begitu sukar kerana ada dua kaedah yang boleh anda pilih dan guna pakai untuk proses pembelian Pin anda. Sila login PTPTN untuk melaksanan urusan permohonan nanti. Jangan lupa kemaskini email PTPTN jika ada perubahan.

    Perlu diingat buatlah pinjaman dengan kadar yang bersesuaian dan mudah untuk anda bayar balik pinjaman PTPTN tersebut. Janganlah tamak dan berfikirlah sebaik mungkin sebelum melakukan pinjaman.

    Diharap agar perkongsian pada hari ini akan memudahkan urusan pembelian Pin PTPTN anda.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply