Siapa di sini yang membuat pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau lebih dikenali dengan nama PTPTN, sewaktu ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi seperti Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Master dan lain-lain peringkat pengajian? Sila baca sampai habis untuk mengetahui cara bayar PTPTN online; yang bakal memudahkan pembayaran balik.
Mohon izin menyelit sedikit, jika anda suka melancong ke luar negara, jemput baca tentang semakan senarai hitam PTPTN oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
Takut-takut tak boleh keluar dari Malaysia.
Pembayaran balik PTPTN
Sudah membuat pembayaran balik atau belum? Belum? Susah? Tidak mempunyai masa untuk pergi ke pejabat PTPTN? Kalau begitu, ikuti perkongsian artikel ini untuk mengetahui kaedah pembayaran yang boleh anda pilih.
Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk anda melakukan pembayaran PTPTN anda. Cara yang paling mudah adalah melalui pembayaran secara online.
PTPTN online login
Sebelum buat pembayaran PTPTN, anda dinasihatkan supaya login terlebih dahulu untuk semak baki hutang PTPTN terlebih dahulu.
Kami menggangap anda sudah mendaftar dan mempunyai akaun.
Berikut ialah langkah untuk login PTPTN online:
- Klik pautan ini: https://www.ptptn.gov.my/ionline/#/login
- Masukkan No Kad Pengenalan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Log Masuk
- Lihat penyata untuk melihat baki terkini
Cara bayar PTPTN online banking
Setelah menyemak baki hutang, barulah boleh membuat pembayaran.
Terdapat beberapa bank yang menyediakan perkhidmatan perbankan atas talian seperti Maybank, CIMB, RHB, Bank Rakyat dan Public Bank.
Cara Bayar PTPTN online guna CIMB
Jika anda ingin membuat pembayaran melalui CIMB, berikut adalah kaedah yang boleh anda ikuti:
- Pertama sekali, layari laman web CIMB Bank Berhad, https://www.cimbclicks.com.my.
- Pastikan anda sudah mendaftar untuk ‘cimbcliks’ yer tuan-tuan dan puan-puan sekalian, ini kerana anda perlu memasukkan Login ID dan Password anda.
- Pilih ‘Pay Bills’, kemudian pada ruangan ‘To’, taipkan PTPTN, dan anda akan nampak 3 pilihan, iaitu PTPTN – Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), PTPTN – Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan dan PTPTN – Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i PLUS).
- Pastikan anda memilih PTPTN – Bayaran balik pinjaman.
- Kemudian akan keluar ruangan untuk anda isikan nombor kad pengenalan atau I/C dan juga nombor telefon anda
- Nyatakan jumlah bayaran dan tarikh pembayaran yang anda ingin lakukan pada ruangan ‘Amount and When’
- Anda boleh klik √ pada ruangan ‘save a favourite’ untuk tujuan pembayaran secara berkala
- Klik ‘Make Payment’
Cara Bayar PTPTN online guna Maybank
Jika anda ingin membuat pembayaran melalui Maybank, ikuti kaedah pembayaran yang berikut:
- Pertama sekali, layari laman web Maybank Berhad, https://www.maybank2u.com.my/.
- Pastikan anda sudah mendaftar untuk ‘maybank2u’. Ini kerana juga perlu memasukkan Login ID dan Password anda.
- Pilih ‘Pay’, kemudian pada ruangan ‘Pay From’, pilih ‘Savings Account-i’
- Pada ruangan ‘Pay To’, pilih ‘Payee’. Pada ruangan di bawahnya, taipkan PTPTN, dan anda akan nampak 3 pilihan, iaitu PTPTN – Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), PTPTN – Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan dan PTPTN – Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i PLUS).
- Pastikan anda memilih PTPTN -Bayaran balik pinjaman.
- Apabila anda membuat pilihan pembayaran balik pinjaman, akan ‘pop-up’ satu skrin untuk anda isikan ‘Amount’, ‘Borrower I.C No’, ‘Telephone No’ dan ‘Effective Date’.
- Nyatakan jumlah bayaran dan tarikh pembayaran yang anda ingin lakukan.
- Klik ‘Pay’
- Anda boleh menambah akaun pembayaran ini sebagai ‘My Favorites’ dengan klik pada ruangan ‘+ Add New Favorite’ untuk memudahkan pembayaran secara berkala.
Cara Bayar PTPTN online guna RHB
Manakala bagi pemegang akaun RHB Bank, berikut adalah cara pembayarannya:
- Layari laman web RHB Bank https://logon.rhb.com.my.
- Masukkan Login ID dan Password anda
- Pilih ‘Billpay’
- ‘One Time Password’ (OTP) akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan pihak bank
- Masukkan OTP yang telah diberikan. Klik ‘Submit’
- Klik ‘Other Biller’. Pilih ‘Open Payment’
- Klik ‘Billers’, pilih ‘Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional’, kemudian klik ‘Next’
- Pilih akaun yang ingin dibuat bayaran
- Masukkan maklumat ‘Payee’ (Nama peminjam), NRIC No’, ‘Handphone No’, dan ‘Amount’ dan klik ‘Preview’
- Pastikan maklumat bayaran adalah betul
- ‘One Time Password’ (OTP) akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan pihak bank
- Masukkan OTP tersebut dalam ruangan berkenaan. Seterusnya klik ‘Submit’
- Cetak resit untuk simpanan dan bukti pembayaran
Cara Bayar PTPTN online guna Bank Rakyat
Jika anda pemegang akaun di Bank Rakyat, anda boleh ikuti panduan di bawah:
- Layari laman web Bank Rakyat https://www.irakyat.com.mydan masukkan ‘Username’ dan ‘Password’ anda
- Klik ‘Payment’ dan pilih ‘Bill’
- Klik ‘From Account’, seterusnya pilih ‘Saving Account’
- Kemudian klik ‘Payee Type’ dan klik ‘Non-Registered’.
- Kemudian pilih ‘Education Loan’, dan pilih ‘PTPTN’
- Masukkan nombor kad pengenalan/ nombor pinjaman di ruangan ‘To Bill Account Number’
- Masukkan jumlah bayaran
- Sekiranya ingin menjadikan bayaran ini secara berkala, klik ‘Yes’ di ruangan ‘Set this as a repeat payment’ serta isi ruangan ‘Frequency’ dan ‘Number of Payments to be Made’ seterusnya klik ‘Add’
- Tandakan ‘√’ pada kotak ‘Education Loan/ PTPTN’. Seterusnya klik ‘Submit’
- Pastikan maklumat bayaran adalah betul
- Klik ‘Request TAC’ bagi permintaan nombor TAC
- ‘TAC Number’ akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan pihak bank.
- Masukkan ‘TAC Number’ tersebut dalam ruangan berkenaan dan klik ‘Confirm’
- Cetak resit untuk simpanan dan bukti pembayaran
Cara Bayar PTPTN online guna Public Bank
Pemegang akaun Public Bank boleh mengikut langkah-langkah berikut untuk membuat pembayaran melalui akaun bank anda:
- Layari laman web Public Bank Berhad https://www.pbebank.com serta masukkan ‘Login ID’ dan ‘Password’ anda
- Seterusnya klik ‘Payment’ dan klik ‘Bill Payment’, seterusnya pilih ‘To Other Bill’
- Pilih ‘Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)’ dan klik ‘Next’
- Pilih jenis akaun yang ada di ruangan ‘From Account’ serta masukkan ‘Amount’ (RM), Borrower NRIC Number’, dan ‘Offer Letter Number’. Kemudian klik ‘Accept’
- Pastikan maklumat bayaran adalah betul
- Klik ‘Request PAC Number’ dan ‘PAC Number’ akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan pihak bank
- Masukkan ‘PAC Number’ tersebut dalam ruangan yang tersedia, kemudian klik ‘Confirm’
- Cetak resit untuk simpanan dan bukti pembayaran
Bayar secara JomPay, direct debit dan FPX
Untuk memudahkan peminjam membuat pembayaran balik, anda juga boleh memilih membuat pembayaran melalui kaedah JomPay. Tetapi untuk menggunakan cara ini, anda perlu mempunyai ‘biller code’ dan ‘reference no’. Jadi bagaimana untuk mendapatkan kedua-dua nombor ini?
Pertama sekali, anda perlu layari laman web www.ptptn.gov.my. Kemudian cari ikon ‘JomPay’. Masukkan no i/c anda, nanti sistem akan memaparkan ‘biller code’ dan ‘reference no’ untuk membuat pembayaran PTPTN anda. Apabila sudah memperolehi kedua nombor yang diperlukan, bolehlah anda melayari sistem ‘online banking’ anda.
Jika anda ingin melakukan transaksi pembayaran balik melalui ‘Direct Debit’ berikut adalah caranya. Pertama sekali anda perlu mendaftar permohonan ‘Direct Debit’ di www.ptptn.gov.my/direct_debit.html.
Lakukan pengesahan maklumat akaun bank di ‘PTPTN Online Payment Gateway’. Terima resit pembayaran dan cetak ‘Akuan Penerimaan Permohonan Direct Debit’.
Seandainya anda ingin membuat pembayaran menggunakan FPX, anda perlu layari portal PTPTN, masukkan no i/c dan ‘password’ akaun PTPTN anda. Pilih penyata baki, kemudian ‘scroll’ ke bawah. Masukkan jumlah bayaran yang ingin dibayar dan klik bayar. Pilih membuat pembayaran melalui FPX atau kad kredit. Rujuk senarai bank pilihan jika membayar melalui FPX.
Sebagai contoh, jika anda memilih membuat pembayaran melalui ‘Maybank2u’, masukkan email anda, kemudian ‘login’ akaun ‘Maybank2u dan kemudian sistem akan ke ‘FPX payment’. Teruskan sehingga selesai pembayaran.
Pembayaran melalui e-wallet
Pernah dengar pembayaran melalui ‘eWallet’, seperti Touch’n Go dan Boost? Kedua-dua kaedah pembayaran ini memerlukan anda untuk mempunyai aplikasi bagi menggunakan kemudahan yang ditawarkan.
Bayar PTPTN guna Touch n’ Go
Jika anda sudah memuat turun aplikasi Touch’n Go, langkah pertama adalah pergi ke bahagian ‘Services’ dan pilih ‘Bills’. Langkah seterusnya adalah untuk memilih jenis bayaran pinjaman. Isikan Nombor Pinjaman dan Jumlah Bayaran. Pilih ‘Next’ dan sistem akan meminta anda untuk memasukkan 6 digit PIN yang dihantar melalui nombor telefon bimbit yang berdaftar pada aplikasi ini, tunggu sehingga pembayaran selesai dan transaksi berjaya dilakukan.
Cara Bayar PTPTN guna Boost
Untuk langkah pembayaran melalui aplikasi Boost, langkah pertama adalah anda perlu klik ikon ‘Bills & Payment’ pada bahagian ‘Do More’. Seterusnya pilih ‘Add New Bill Account’. Kemudian pilih jenis pembayaran yang ingin anda lakukan. Dalam kes ini pilih PTPTN. Langkah seterusnya isikan maklumat yang diperlukan. Masukkan 6 digit PIN anda.
Selesai!
Bayar PTPTN melalui pemotongan gaji?
Kebiasaannya kaedah pembayaran ini adalah untuk semua penjawat awam di mana mereka yang menerima pinjaman PTPTN wajib membuat pembayaran balik melalui pemotongan gaji.
Bagi anda yang ingin membuat pembayaran balik pinjaman melalui pemotongan gaji, pihak majikan anda perlu mengemukakan Borang Pendaftaran Majikan (Potongan Gaji PTPTN) yang lengkap kepada Pejabat PTPTN yang berhampiran. Anda sebagai peminjam pula harus menyerahkan Borang Kebenaran Potong Gaji Bagi Bayaran Balik Pembiayaan Pendidikan PTPTN yang lengkap kepada Pejabat PTPTN berhampiran.
Pihak PTPTN pula akan mengemas kini rekod potongan gaji ke dalam sistem dan akan mengemukakan rekod potongan gaji baharu kepada majikan pada setiap akhir bulan (sekiranya ada).
Peringkat seterusnya, majikan akan melakukan potongan gaji serta mengemukakan data dan bayaran potongan gaji kepada PTPTN sebelum 15 hari bulan pada bulan berikutnya. Akhir sekali, pihak PTPTN akan mengemas kini penyata pinjaman.
Anda juga boleh membuat permohonan pembayaran melalui pemotongan gaji secara dalam online di https://www.ptptn.gov.my/potonggajionline/.
Cara Bayar PTPTN guna KWSP
Bagi yang tidak tahu, anda juga boleh melunaskan bayaran hutang belajar melalui potongan KWSP.
Melalui pemotongan KWSP ini boleh dilakukan dengan akaun peminjam sendiri atau akaun ibu bapa peminjam pinjaman, melalui pengeluaran Akuan II KWSP. Ia sama ada pengeluaran sebahagian atau keseluruhan daripada Akaun II KWSP ini untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN.
Untuk permohonan ini, anda perlu mempunyai i-Akaun KWSP. untuk pendaftaran i-Akun ini, anda perlu dapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun (6 digit) melalui Pusat Panggilan KWSP di 03-89226000, kiosk KWSP atau kaunter KWSP.
Bayar melalui KWSP suami
Jika anda terfikir untuk menggunakan akaun KWSP pasangan, sama ada suami atau isteri anda, amat malang sekali, kemudahan itu tidak disediakan.
Selepas membuat pembayaran, pastinya anda ingin menyemak pembayaran yang telah dibuat bukan? Jadi untuk semak baki penyata pinjaman, layari laman web www.ptptn.gov.my.
Kemudian cari dan klik pada ikon ‘Semakan Penyata Pinjaman’.
Masukkan no i/c anda di dalam ruangan yang disediakan. Anda perlu ‘login’ akaun PTPTN anda. Atau cara yang mudah layari link berikut https://www.ptptn.gov.my/gateway/login.jsp.
Mesti ada antara kita yang terfikir, kalau gagal dalam pengajian, maka pinjaman tersebut tidka perlu dibayar, bukan?
Itu sama sekali tidak benar. Ini kerana bagi peminjam yang gagal dalam pengajian, mereka atau anda tetap perlu menjelaskan jumlah pinjaman yang diterima sahaja, termasuklah sebarang kos yang terlibat. Jangan culas untuk membayar pula.
Akhir kata
Apabila ada individu meminjam duit kita, pastinya kita ingin mereka membayar kembali kepada kita, bukan?
Maka sama juga dalam situasi ini, pandai pinjam, pandailah bayar kembali. Jangan kata tak perlu bayar PTPTN. Hutang tetap hutang.
Ingatlah pada generasi yang akan datang yang turut memerlukan bantuan bagi melanjutkan pelajaran. Jangan pula tunggu sehingga habis hutang baru mahu menabung.
Kalau sudah stabil dan mempunyai karier yang bagus sekarang ini, jemput baca cara simpan duit agar gaji tidak cepat habis.
Rujukan penuh tentang pembayaran PTPTN dengan perbankan Internet ada di sini.
Sebelum itu, jika anda salah seorang warga Selangor, ada satu pinjaman boleh ubah yang dinamakan Peduli Siswa. Cubalah, mana tahu berjaya.
Semoga bermanfaat!
1 Comment
Maaf bertanya, untuk pembayaran melalui boost app, no akaun yang diminta ialah no IC atau pun no pinjaman? Terima kasih