Njoi merupakan khidmat televisyen satelit yang pertama di Malaysia menggunakan kaedah pembayaran secara topup dan tiada yuran bulanan yang dikenakan. Di sini igin kami kongsikan bersama anda cara topup Njoi di 7 Eleven yang mudah. Untuk mendapatkan pakej Njoi, anda hanya perlu mendaftar dan buat pemasangan dekoder serta piring satelit yang berjumlah RM450 termasuk caj pemasangan. Anda boleh klik pada pautan cara melanggan Njoi sekiranya anda beminat. Pelanggan boleh mendapatkan akses ke mana-mana rancangan yang diinginkan hanya dengan memilih dan membuat pembayaran secara prabayar.
Pakej Njoi dilengkapkan dengan channel basic dan pelanggan boleh memilih untuk tambah channel yang dikehendaki melalui perkhidmatan bayar dan tonton. Bayaran boleh dibuat secara topup melalui dealer astro, FPX, di stesen pam minyak, kedai terpilih seperti KK Mart, 7 Eleven dan sebagainya. Hari ini kami ingin highlight cara topup Njoi di 7 Eleven dengan membeli terlebih dahulu no PIN 16 digit ini di kaunter pembayaran 7 Eleven yang terdekat.
Sama seperti nilai topup untuk telefon bimbit, topup Njoi ini juga dijual dengan nilai RM10, RM20 dan RM30. Dengan ini, kami sediakan sekali cara bagi pelanggan yang pertama kali ingin topup dan juga yang sudah pernah topup sebelum ini tetapi ini pertama kali menerusi 7 Eleven. Untuk anda yang pertama kali nak belajar topup Njoi, mohon jangan skip langkah 1 ya.
Cara topup NJOI di 7 Eleven
Di cawangan 7 Eleven yang berhampiran, beli topup Njoi di kaunter pembayaran. Nyatakan jumlah topup yang anda mahukan dan pekerja di kaunter pembayaran akan key-in di sistem mereka untuk generate topup dengan nilai yang anda mahukan. Setelah itu, anda perlu menghantar SMS untuk memasukkan topup yang dibeli ke dalam akaun Njoi anda.
#1 Bagi pengguna pertama kali (First-timer)
- Tukar PIN default 000000 kepada PIN peribadi anda.
- Taip 333<JARAK>Nombor KP<JARAK>000000<JARAK>Masukkan nombor PIN peribadi 6 digit pilihan anda dan Hantar ke 33310.
- No KP yang dimasukkan mestilah yang digunakan sewaktu mendaftar Njoi dahulu.
- Sekiranya anda mempunyai lebih 1 akaun Njoi, masukkan nombor smartcard anda dan bukan nombor KP.
Sekiranya anda pernah buat step di atas, bermakna anda pernah topup sebelum ini jadi langkah yang disebutkan di atas boleh diskip.
#2 Topup akaun Njoi anda
Seterusnya, cara topup akaun Njoi memerlukan anda untuk menghantar SMS ke 33310. Sila ikuti langkah-langkah di bawah.
- Dapatkan no PIN 16 digit di kertas atau kad tambah nilai anda.
- Taip 111<JARAK>Nombor KP<JARAK>nombor PIN 16 digit anda dan Hantar ke 33310.
- No KP yang dimasukkan mestilah yang digunakan sewaktu mendaftar Njoi dahulu.
- Sekiranya anda mempunyai lebih 1 akaun Njoi, masukkan nombor smartcard anda dan bukan nombor KP.
#3 Pilih saluran NJOI
Langkah ini pula adalah untuk emilih saluran yang dikehendaki. Masukkan kod saluran pilihan dan hantar melalui SMS bagi pengaktifan.
- Taip 222<JARAK>Nombor KP<JARAK>Masukkan nombor PIN peribadi 6 digit<JARAK>Kod saluran dan Hantar ke 33310.
- No KP yang dimasukkan mestilah yang digunakan sewaktu mendaftar Njoi dahulu.
- Sekiranya anda mempunyai lebih 1 akaun Njoi, masukkan nombor smartcard anda dan bukan nombor KP.
- Tunggu pengesahan pembelian.
eWallet juga boleh topup di 7 Eleven
Penggunaan e-wallet semakin pesat di kalangan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda yang lebih memilih untuk go cashless dan ianya sangat convenient berbanding penggunaan cash yang perlu dikeluarkan di mesin ATM.
Antara e-wallet yang digunakan secara meluas di Malaysia adalah Touch n Go eWallet. Ini kerana dasar inisiatif kerajaan yang mendorong rakyat Malaysia supaya menggunakan e-wallet dengan memberi bantuan sara diri sebanyak RM50 menerusi program ePenjana. Di sini, kami akan kongsikan cara topup TnG eWallet di 7 Eleven.
Cara topup TnG eWallet di 7-11
7 Eleven bukan sahaja menyediakan PIN reload untuk topup Njoi. Malahan, mereka juga menyediakan servis topup e-wallet di kaunter mereka. Berikut kami senaraikan langkah-langkah untuk topup TnG eWallet anda. Sekiranya anda belum mendaftar akaun TnG eWallet, anda boleh klik di pautan cara daftar TnG eWallet secara online.
- Pergi ke kaunter 7 Eleven berhampiran.
- Beritahu kepada pekerja di kaunter pembayaran yang anda ingin topup TnG eWallet anda.
- Berikan jumlah topup yang anda inginkan.
- Buat pembayaran.
- Ambil resit pembayaran yang disertakan dengan PIN topup 10 digit.
- Buka aplikasi TnG ewallet anda.
- Sekira
- Di halaman utama sebelah kiri anda akan lihat butang + reload.
- Klik pada butang + reload dan anda akan dibawa ke halaman seterusnya.
- Di halaman Reload, anda perlu scroll ke bawah sehingga jumpa butang TnG eWallet Reload PIN.
- Klik pada butang TnG eWallet Reload PIN.
- Masukkan no PIN 10 digit yang dibeli sebentar tadi.
- Kemudian tekan Reload Now.
- Jumlah topup yang dibeli akan dimasukkan ke akaun anda dan sedia untuk digunakan.
TnG eWallet bukan sahaja boleh digunakan di pasaeaya besar, terdapat juga segelintir peruncit dan kedai stall makanan yang kecil turut menggunakan servis TnG eWallet ini.
Gagal topup di 7 Eleven?
Sekiranya proses proses topup di 7 Eleven gagal, anda perlu untuk ke cawangan 7 Eleven yang telah anda kunjungi bersama resit pembayaran.
Maklumkan kepada pekerja di 7 Eleven bahawa proses topup anda gagal dan mereka akan membantu anda untuk refund atau penggantian topup yang baru (tertakluk kepada terma dan syarat) setelah penyiasatan mengikut SOP dilakukan.
Anda juga boleh hubungi 7 Eleven dengan mengisi borang maklum balas di sini.
Akhir Kalam
Pihak kami berharap agar perkongsian cara topup Njoi di 7 Eleven ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk melayari rancangan kesukaan anda. Raikan masa-masa yang indah bersama keluarga.
Semoga bermanfaat.