What's Hot

    Kalau nak call free ke mana-mana rangkaian, anda boleh cuba aktifkan VoLTE Digi. Sudahlah kualiti suara dan video lebih tinggi, hantar SMS juga tidak perlu bayar apa-apa.

    Izinkan kami berkongsi.

    1. Apa maksud VoLTE Digi?

    Kami ada terangkan dengan mendalam berkenaan persoalan apa itu VoLTE Digi.

    Secara ringkasnya, Voice Over LTE atau lebih dikenali sebagai VoLTE merupakan salah satu fungsi untuk mengekalkan line 4G anda sambil on call dengan line Digi. Yang paling utama, apabila guna Digi VoLTE, panggilan suara, panggilan video dan juga SMS adalah percuma.

    Untuk makluman, bukan hanya Digi sahaja yang mempunyai VoLTE. Syarikat telco yang lain seperti Celcom, Maxis, U Mobile dan lain-lain juga mempunyai fungsi VoLTE.

     

    2. Aktifkan VoLTE Digi Prepaid menggunakan aplikasi MyDigi

    VoLTE akan diaktifkan secara automatik sekiranya model telefon pintar anda menyokong fungsi VoLTE. Bagi semakan secara tepat, anda boleh menggunakan aplikasi MyDigi.

    1. Muat turun dan dapatkan aplikasi MyDigi di telefon pintar anda.
    2. Pilih pada pautan iOS atau Android
    3. Buka aplikasi MyDigi di telefon pintar anda.
    4. Di halaman utama, klik pada butang Menu di sebelah kiri atas
    5. Selanjutnya, klik Settings.
    6. Klik My Subcscriptions.
    7. Di pilihan VoLTE, anda boleh mengaktifkan fungsi ini dengan slide butang ke kanan
    8. Selesai

    Jika tiada pilihan VoLTE, kemungkinan besar telefon bimbit anda tidak termasuk dalam senarai supported device. Sila check supported device untuk Digi VoLTE di laman web rasmi Digi.

     

    3. Aktifkan VoLTE Digi Postpaid menggunakan MyDigi

    Tidak ada beza cara pengaktifan VoLTE Digi Postpaid dengan Prepaid. Sila ikuti langkah-langkah yang sama seperti di bawah:

    1. Download aplikasi MyDigi di telefon pintar anda.
    2. Pilih pada pautan iOS atau Android
    3. Buka aplikasi MyDigi di telefon pintar anda.
    4. Di halaman utama, klik pada butang Menu di sebelah kiri atas
    5. Selanjutnya, klik Settings.
    6. Klik My Subcscriptions.
    7. Di pilihan VoLTE, anda boleh mengaktifkan fungsi ini dengan slide butang ke kanan
    8. Selesai

     

    4. Activate VoLTE Digi bagi device iPhone

    Sekiranya anda tidak mempunyai aplikasi MyDigi, anda juga boleh aktifkan menerusi settings di telefon pintar anda.

    Bagi pengguna iOS cara untuk mengaktifkan VoLTE adalah seperti berikut:

    1. Tekan pada butang Settings di iOS device yang anda gunakan.
    2. Pilih Mobile Data.
    3. Di halaman seterusnya, tekan pada butang Mobile Data Options.
    4. Klik pada pilihan Voice & Data di skrin anda.
    5. Kemudian, tick pada pilhan 4G dan aktifkan VoLTE.

     

    5. Activate VoLTE Digi bagi device Android

    Peranti Android termasuk jenama Samsung, Bagi pengguna Android pula, cara untuk mengaktifkan VoLTE adalah seperti berikut:

    1. Tekan pada butang Settings di iOS device yang anda gunakan.
    2. Pilih Connections.
    3. Di halaman seterusnya, tekan pada butang Mobile Networks.
    4. Kemudian, aktifkan VoLTE anda.

     

    4. Berapa charges untuk guna Digi VoLTE?

    Tidak ada caj tambahan yang dikenakan. Sekiranya telefon bimbit anda memang support VoLTE, anda tidak perlu bayar apa-apa caj pengaktifan.

    Begitu juga penggunaan untuk call dan penghantaran SMS. Percuma sahaja.

     

    6. Ada masalah dengan Digi VoLTE activation?

    Sekiranya anda mempunyai masalah atau apa-apa pertanyaan berkenaan pengaktifan VoLTE Digi, sila hubungi khidmat pelanggan Digi melalui nombor yang tertera di bawah:

    • 016 221 1800

     

    Akhir kata

    Pihak kami berharap agar perkongsian cara aktifkan VoLTE Digi secara online ini memudahkan lagi urusan anda.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    20 Comments

    Leave A Reply