What's Hot

    Jika anda ingin bayar loan kereta AmBank, sila ikuti langkah-langkah ringkas seperti di bawah.

    Izinkan kami berkongsi.

    Cara bayar loan kereta Ambank online (ambank.amonline.com.my)

    1. Layari https://ambank.amonline.com.my
    2. Isikan Username dan Password dan klik Login.
    3. Pilih Pay & Transfer pada paparan skrin.
    4. Klik Pay Loans/ Financing.
    5. Tekan From Account.
    6. Pilih Fav Account untuk membuat pembayaran untuk akaun anda.
    7. Isikan maklumat. Misalnya, Amaun, No Contract/ No Plat dan lain lain. Kemudian, Klik next.
    8. Klik Confirm untuk mengesahkan pembayaran anda.

     

    Cara bayar loan kereta Ambank di ATM

    1. Pergi ke cawangan ATM AmBank yang terdekat dengan rumah anda.
    2. Masukkan kad ATM dan PIN anda ke dalam slot ATM mesin.
    3. Kemudian, klik English yang tertera di skrin.
    4. Seterusnya,pilih Pay Loans/Financing.
    5. Tekan pilihan Vehicle Loan/Hire Purchase.
    6. Isikan Account Number Loan atau No Plat Kereta.
    7. Masukkan jumlah pembayaran.
    8. Akhir sekali, sahkan pembayaran anda.

     

    Cara bayar loan Kereta Ambank melalui Maybank2u

    1. Layari laman web maybank2u.com.my.
    2. Isikan Username dan Password akaun Maybank2u anda.
    3. Tekan pilihan Pay & Transfer.
    4. Klik Transfer.
    5. Di Paparan Skrin Transfer To pilih Other Accounts.
    6. Pilih New Payment.
    7. Pilih Bank Tujuan (contohnya: AmBank).
    8. Masukkan Account Number.
    9. Isikan ruangan Recipient’s Name (Anda boleh masukkan nama Bank, misalnya AmBank).
    10. Di bawah kategori Transaction Type pilih Hire Purchase.
    11. Kemudian, di bawah Transfer Mode pilih Instant Transfer.
    12. Pada ruangan Transfer Amount, masukkan jumlah duit ansuran kereta yang wajib dibayar.
    13. Anda boleh mengisi no plat kereta anda di ruangan Recipient’s Reference.
    14. Klik Request TAC (SMS TAC/Secure TAC/Secure Verification), dan Request seterusnya.
    15. Isikan kod TAC dan klik Confirm.
    16. Muat turun resit untuk rujukan anda.

     

    Cara membayar pinjaman kereta AmBank melalui Public Bank

    1. Layari laman web https://www.pbebank.com.
    2. Klik Login di PBe.
    3. Masukkan User ID dan Password, dan klik Next.
    4. Tekan Fund Transfer.
    5. Seterusnya, pilih Other Bank Account.
    6. Pilih Instant Transfer.
    7. Klik butang To Favourite Account atau To Other Account.
    8. Pilih akaun From Account.
    9. Di bawah Beneficiary Bank (AmBank) dan masukkan Beneficiary Account No (No. Akaun Contract).
    10. Di bawah kategori Beneficiary Account, pilih Loan Payment.
    11. Isikan ruangan Recipient Reference.
    12. Masukkan Jumlah Pembayaran dan klik Accept.
    13. Klik Request PAC Now.
    14. Taip Kod PAC yang telah diterima.
    15. Akhir sekali, tekan Confirm untuk menyelesaikan pembayaran.

     

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply