Cara semak saman JPJ dapat dilakukan dengan mudah melalui laman web rasmi JPJ. Anda hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran kenderaan untuk mendapatkan maklumat saman terkini.
Jika anda salah seorang yang tak bernasib baik sebab kena saman dengan JPJ, baca dulu cara check saman JPJ secara online sebelum buat pembayaran. Ini akan memudahkan anda untuk bayar saman JPJ secara online tepat pada masanya dan mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang.
Cara check saman JPJ
Cara check saman JPJ melalui portal mySIKAP di www.jpj.gov.my
Berikut adalah cara untuk login dan buat semakan saman JPJ. Sila daftar mySIKAP sekiranya anda belum mempunyai ID Pengguna dan Kata Laluan.
- Layari portal public.jpj.gov.my.
- Masukkan ID Pengguna
- Masukkan Kata Laluan
- Masukkan Kod Sekuriti seperti yang terpapar
- Tekan Log Masuk.
- Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan dapat masuk ke dalam sistem mySIKAP
- Akan ada beberapa pilihan di sini:
- Utama
- Lesen Memandu
- Kesalahan & Penalti
- Kejuruteraan Automotif
- Tekan Kesalahan & Penalti
- Di bahagian Butiran Saya, sila semak maklumat berikut:
- No Pengenalan
- Nama
- Kategori
- Teruskan ke bahagian PEMBAYARAN SAMAN
- Di bahagian Carian Saman Untuk, pilih No Pengenalan
- Pilih No Pengenalan Saya untuk bayar saman yang dikenakan ke atas diri sendiri
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan sendiri
- Jika bayar untuk orang lain, masukkan Nombor Kad Pengenalan individu tersebut
- Tekan butang Cari
- Jika anda mempunyai saman JPJ, ia akan terpapar di sini
- Lihat bahagian BUTIR-BUTIR SAMAN
- Maklumat semakan yang terpapar adalah seperti berikut:
- No Saman
- No Pendaftaran Kenderaan
- Status
- Keterangan
- Amaun (RM)
- Jika ada diskaun, amaun yang terpapar adalah yang sudah diberikan diskaun
- Semakan saman JPJ anda telah selesai
Untuk bayar saman JPJ menggunakan mySIKAP, boleh teruskan dengan klik pautan Bayar Saman / Notis di bahagian bawah.
Cara check saman JPJ melalui portal www.jpj.gov.my
Semakan saman JPJ menggunakan nombor Kad Pengenalan
- Layari laman web rasmi JPJ di sini: https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman
- Di bahagian perkhidmatan, pilih Semakan Saman JPJ & AES
- Di bahagian pilihan carian, terdapat 2 kategori:
- ID Sahaja
- Pilih ruang Kategori ID
- Masukkan No ID
- Masukkan Kod Sekuriti.
- Tekan butang Semak
- ID Sahaja
Semakan saman JPJ menggunakan nombor Kad Pengenalan dan nombor plat kenderaan
- Pergi ke laman web rasmi JPJ di sini: https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman
- Di bahagian perkhidmatan, pilih Semakan Saman JPJ & AES
- Di bahagian pilihan carian, terdapat 2 kategori:
- ID & No. Kenderaan
- Pilih kategori ID.
- Masukkan No. ID
- Masukkan nombor pendaftaran kenderaan di ruang Vehicle Registration No.
- Masukkan Kod Sekuriti.
- Tekan butang Semak
Semak saman JPJ melalui portal myEG
Selain guna portal JPJ online, bayaran saman JPJ juga boleh dilakukan melalui myEG. Apa yang bagusnya, anda juga boleh buat check saman polis dan saman JPJ dalam satu tempat.
- Pergi ke laman web MYEG di https://myeg.com.my
- Jika belum daftar, sila daftar dan login myEG terlebih dahulu
- Jika sudah mendaftar, hanya perlu terus login menggunakan username & password
- Jika terlupa password, klik terlupa kata laluan
- Pergi ke menu e-Services dan pilih JPJ. Anda juga boleh semak saman PDRM dan AES.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan dan pilih Kategori
- Selepas itu, klik Submit dan akan keluar paparan samada anda ada saman atau tidak
Semakan saman JPJ melalui portal RILEK
Selain MYEG, anda juga boleh check saman online menggunakan RILEK.
- Pergi ke laman web RILEK di https://rilek.com.my
- Sila daftar terlebih dahulu
- Jika sudah mendaftar, hanya perlu login menggunakan username & password
- Jika terlupa password, klik terlupa kata laluan
- Pergi ke menu “Search By” dan pilih untuk semakan saman JPJ
- Masukkan butiran yang diminta dan klik Semak
- Untuk makluman, anda juga boleh buat semakan saman polis melalui RILEK
Cara cek saman JPJ melalui SMS
Jika sukar untuk guna Internet, boleh sahaja semakan saman guna SMS. Lebih pantas dan laju, cuma ada sedikit kos.
Semak saman JPJ SMS (guna nombor IC)
- Taipkan JPJ Saman <jarak> No Kad Pengenalan
- Hantarkan ke 15888
Contoh (bukan yang sebenar): POLIS SAMAN 950101105555
Semak saman JPJ SMS (guna nombor kenderaan)
- Taipkan JPJ Saman <jarak> No plat kenderaan
- Hantarkan ke 15888
Contoh (bukan yang sebenar): POLIS SAMAN WWX7788
Kenderaan itu termasuklah kereta, motor, lori dan lain-lain. Bermakna semua kenderaan yang berdaftar dengan JPJ.
Apa yang akan berlaku jika buat semakan saman JPJ tetapi tidak buat pembayaran?
Jika anda membuat semakan saman JPJ dan mendapati anda mempunyai saman tetapi memilih untuk tidak membuat pembayaran, beberapa perkara boleh berlaku:
- Saman akan terus bertambah: Jika anda tidak membayar saman dalam tempoh yang ditetapkan, jumlah saman tersebut mungkin akan bertambah disebabkan oleh denda lewat bayar.
- Penyitaan lesen memandu: JPJ mempunyai kuasa untuk menyita lesen memandu anda jika saman tidak dibayar.
- Penangkapan: Dalam kes yang teruk, anda boleh ditangkap jika anda mempunyai banyak saman yang tidak dibayar.
- Kesulitan dalam perkhidmatan JPJ: Anda mungkin menghadapi kesulitan ketika menggunakan perkhidmatan JPJ lain seperti pembaharuan lesen memandu atau pendaftaran kenderaan baru.
- Kesulitan mendapatkan insurans: Syarikat insurans mungkin enggan memberikan perlindungan jika anda mempunyai rekod saman yang tidak dibayar.
- Nama anda mungkin disenaraikan dalam Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan anda tidak akan dibenarkan untuk memperbaharui cukai jalan kenderaan anda.
Sebaiknya, bayarlah saman JPJ anda secepat mungkin untuk mengelakkan masalah di masa depan.