What's Hot

    Sejak 27 Mei 2021, Jabatan Kehakiman Negeri Selangor (JAKESS) telah mengeluarkan garis panduan baharu untuk sebarang urusan bersama mereka. Anda diminta untuk membuat temujanji terlebih dahulu sebelum ke mahkamah. Untuk memastikan samada Mahkamah Rendah Syariah dibuka atau tidak, sila layari laman rasmi mereka di jakess.gov.my.

    Izinkan kami berkongsi.

    1. Cara buat temujanji untuk urusan bersama JAKESS

    Berikut ialah cara-cara untuk membuat temujanji:

    1. Layari jakess.gov.my untuk melihat samada mahkamah dibuka atau tidak.
    2. Jika buka, layari www.picktime.com/jakess.
    3. Pilih lokasi mahkamah yang akan anda hadiri.
    4. Pilih perkhidmatan kaunter.
    5. Pilih tarikh dan masa untuk anda hadir.
    6. Masukkan maklumat anda seperti:
      1. Nama pertama
      2. Emel
      3. Nombor telefon
      4. Nota *jika perlu
    7. Tekan Buat Tempahan.
    8. Tempahan anda telah disahkan. Emel akan dihantar untuk pengesahan.

    Selesai.

     

    2. Perkhidmatan dalam talian di jakess.gov.my

    Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan dalam talian di laman web JAKESS. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah:

    1. Sistem e-Locator (Penetapan Bidangkuasa Mahkamah)
    2. Pengurusan Kes / Bicara Dalam Talian
    3. Semakan Tarikh Tangguhan / Prosiding
    4. Aplikasi Temujanji Perkhidmatan JAKESS
    5. Borang Temujanji Pengambilan Perintah / Penghakiman Bertulis
    6. Muat Turun Borang-borang Mahkamah Syariah
    7. Semakan Status Perintah Mahkamah Syariah Selangor
    8. Sistem Pengurusan Aduan Awam

     

    3. Waktu operasi kaunter JAKESS

    Berikut adalah waktu operasi kaunter di Jabatan Kehakiman Selangor:

    1. Isnin hingga Khamis

    Waktu Operasi Kaunter

    Sesi 1: 8.00 pagi – 1.00 petang

    Waktu Rehat: 1.00 petang – 2.00 petang

    Sesi 2: 2.00 petang – 4.30 petang

     

    Waktu Pendaftaran & Pembayaran

    Sesi 1: 8.00 pagi – 1.00 petang

    Waktu rehat: 1.00 petang – 2.00 petang

     

    Waktu Pembayaran

    Sesi 2: 2.00 petang – 3.00 petang

     

    2. Jumaat

    Waktu Operasi Kaunter

    Sesi 1: 8.00 pagi – 12.15 tengahari

    Waktu rehat: 12.15 tengahari – 2.45 petang

    Sesi 2: 2.45 petang – 4.30 petang

     

    Waktu Pendaftaran & Pembayaran

    Sesi 1: 8.00 pagi – 11.30 pagi

     

    Terdapat juga notis pemakluman penutupan operasi Mahkamah Syariah Negeri Selangor di jakess.gov.my. Sila lihat jika mahkamah yang anda ingin hadiri terlibat.

     

    3. Anda ada masalah berkenaan temujanji dengan JAKESS?

    Jika anda ada sebarang masalah untuk membuat temujanji atau ada sebarang aduan, sila kemukakan di:

    • +(603) 5519 1291
    • +(603) 5519 1294
    • +(603) 5519 1304
    • +(603) 5511 3708
    • Fax: +(603) 5511 5620
    • E-Mel: [email protected]

     

    Akhir kata

    Jika anda ada sebarang keraguan, digalakkan untuk layari jakess.gov.my untuk maklumat lanjut. Diharap perkongsian kami dapat membantu sedikit sebanyak.

    Anda juga boleh melihat cara daftar temujanji JPN di mytemujanji.jpn.gov.my.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    13 Comments

    1. saya sudah membuat permohonan temujanji untuk urusan mengambil perintah bertulis di abatan kehakimaman syariah selangor tapi tiada jawapan

    2. saya sudah membuat permohonan temujanji untuk urusan mengambil perintah bertulis di abatan kehakiman syariah selangor tapi tiada jawapan

    3. saya sudah membuat permohonan temu janji untuk urusan mengambil perintah / penghakiman bertulisdi jabatan kehakiman di mahkamah syariah petaling tapi masih tiada jawapan sudah lebih 14 hari bekerja

    4. Assalammualaikum wrh. wbt. Saya telah membuka applikasi untuk pendaftaran fastrak tetapi tiada tarikh yang keluar…dah berbulan-bulan saya cuba mendapatkan tarikh. mohon bantuan, terima kasih.

    5. Norida bt abdul latiff on

      saya norida bt abdul latiff tidak dpt hadir ke mahkamah pada 24hb mei di sebab kan saya gagal membawa saksi.. dan meminta tarikh yg baru untuk saya bersiap sedia membawa saksi..

    6. Saya nak minta khidmat kaunseling nak selamatkan rumahtangga saya,pendaftaran sudah buat dah dapat tarikh pada 21 july,nak minta pihak kaunseling memanggil kami berdua untuk bagi penerangan nak bagi lembut hati isteri kalau saya ajak pergi kaunseling macam2 alasan.. nak minta pejabat panggil kami dengar permasalah kami untuk saya selamatkan rumahtangga kalau saya minta nak bincang nak selesai secara elok dia taknak dengar nak ikut keras kepala dia.

    7. mohd samri bin lavi on

      Saman no 10021 – 005- 0427- 2021 – kes selesai.Tahu
      …Ada buat temujanji melalui lama web : jakess gov.my ” Dalam talian awan- borang termujanji pengambil perintah ” penghakianan bertulis…’ cara…’hubungi ‘ 012- 6993250..

    Leave A Reply