Cara terkini untuk buat temujanji JPN adalah melalui portal MyJanjiTemu di mytemujanji.jpn.gov.my secara online. Sistem ini masih aktif dan merupakan kaedah rasmi untuk menempah masa kaunter di semua pejabat JPN seluruh Malaysia. Semua urusan kaunter JPN perlu dibuat temujanji terlebih dahulu sebelum hadir ke pejabat.
Izinkan kami berkongsi.
1. Cara buat appointment di mytemujanji.jpn.gov.my
Berikut adalah cara-cara untuk membuat temujanji:- Layari mytemujanji.jpn.gov.my.
- Pilih MULA TEMPAHAN.
- Sila baca Terma dan Syarat Permohonan Online Sistem MyJanjiTemu JPN.
- Tick pada kotak Saya telah membaca dan bersetuju dengan Terma dan Syarat yang dinyatakan.
- Tekan Seterusnya.
- Pilih Negeri pilihan anda.
- Pilih Pejabat JPN.
- Pilih Perkhidmatan yang anda inginkan.
- Tekan SETERUSNYA.
- Anda dikehendaki untuk memilih tarikh untuk temujanji. Tarikh berwarna merah menandakan sudah penuh, sila pilih tarikh berwarna hitam.
- Tekan Semak.
- Sila pilih Masa untuk temujanji anda.
- Tekan SETERUSNYA.
- Masukkan Maklumat Anda yang diperlukan iaitu:
- Nama
- No Pengenalan Diri
- Telefon
- Tekan HANTAR.
- Slip Tempahan akan dipaparkan. Sila mencetak/memuatnaik/screenshot untuk dibawa ke pejabat JPN semasa temujanji anda nanti.
- Tiada emel pengesahan akan dihantar oleh sistem.
- Semakan tempahan boleh dibuat di laman utama Sistem MyJanjiTemu.
- Sebarang pertanyaan atau pembatalan temujanji, sila hubungi myjanjitemu@jpn.gov.my atau talian 03-8000 8000.
2. Cara semak atau batalkan temujanji di mytemujanji.jpn.gov.my
Setelah anda membuat temujanji, anda juga boleh menyemak temujanji anda. Berikut adalah cara-caranya:- Layari mytemujanji.jpn.gov.my.
- Pilih SEMAK/BATAL PERMOHONAN.
- Masukkan maklumat yang diperlukan iaitu:
- No Pengenalan
- No Telefon
- Emel
- Tekan Semak/Batal Permohonan.
- Waktu temujanji anda akan dipaparkan.
- Anda boleh semak semula dan muat turun Slip Tempahan temujanji anda.
- Jika anda ingin membatalkan temujanji anda, tekan batal.
3. Perkhidmatan kaunter yang ditawarkan JPN
Berikut ialah khidmat yang ditawarkan JPN:- Daftar kelahiran anak.
- Mohon Kad Pengenalan.
- Mohon anak angkat.
- Mohon kahwin bukan Islam.
- Mohon cerai bukan Islam.
- Daftar kematian ahli keluarga.
- Mohon warganegara Malaysia.
4. Semak cawangan JPN yang beroperasi
Senarai cawangan JPN yang beroperasi berubah dari semasa ke semasa. Sebelum memohon tarikh temujanji, pastikan cawangan yang anda pilih masih beroperasi dengan menyemak terus melalui portal MyJanjiTemu semasa membuat tempahan, atau rujuk Direktori Cawangan JPN di laman rasmi jpn.gov.my untuk senarai terkini.Akhir kata
Sila pastikan anda membaca dengan teliti terma dan syarat yang diberikan. Semoga perkongsian ini akan memudahkan urusan anda di JPN.
Bagi anda yang sudah buat permohonan MyKad dan ingin menyemak samada status kad sudah diambil atau tidak, anda boleh ketahui cara semak status kad pengenalan anda di oskp.jpn.gov.my.