1. Kenapa TAC number tak dapat?

 

TAC merupakan kod pengesahan untuk sesuatu transaksi, dan ia merupakan kaedah yang selamat. Akan tetapi, dari semasa ke semasa isu kenapa TAC number tak dapat pasti akan timbul. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor.

Pertama sekali, phone number yang sepatutnya menerima tidak dimasukkan dengan betul. Ini merupakan kesilapan teknikal daripada pihak pengguna itu sendiri di mana mereka mungkin terlepas pandang atau tersalah tekan ketika hendak mendaftarkan phone number sendiri.

Kedua, network coverage anda mungkin tak stabil. Ini kebiasaannya berlaku apabila terdapat isu teknikal oleh pihak pembekal seperti server crash atau offline buat sementara waktu. Maka anda mungkin tak boleh menerima TAC buat sementara waktu sehinggalah masalah tersebut diselesaikan oleh pembekal anda.

Ketiga, lokasi anda tidak dicapai oleh network pembekal. Apabila anda berada di kawasan pedalaman, atau mana-mana tempat yang jauh daripada pencawang menyebabkan anda tak menerima sebarang TAC untuk mengesahkan transaksi yang anda ingin lakukan.

Keempat, pembekal anda mungkin memerlukan masa yang lebih sebelum menghantar TAC. Sekiranya di sesuatu lokasi terdapat ramai pengguna yang menggunakan pembekal telekomunikasi yang sama, maka ia boleh memberi kesan terhadap kelajuan penghantaran TAC oleh kerana servis tersebut perlu diagihkan kepada lebih ramai pengguna dalam satu masa.

Kelima, anda memblok nombor yang sepatutnya menghantar TAC dengan menanda ia sebagai spam. Apabila ini berlaku, nombor tersebut tak dapat menghantar TAC kepada anda. Anda perlu periksa device anda untuk memastikan nombor yang sepatutnya menghantar TAC tidak diblok.

Keenam, nombor yang didaftarkan untuk transaksi tersebut tidak sama dengan phone number anda sekarang. Ini berlaku pada mereka yang malas untuk update contact information sendiri seperti di perbankan atas talian, maka jika mereka memohon TAC, ia akan dihantar ke nombor yang mereka tidak lagi gunakan. Ini agak berbahaya kerana kemungkinan terdapat individu yang boleh menyalahgunakan TAC tersebut.

Ketujuh, peranti anda mengalami kerosakan operating system sementara sehingga menghalang apa-apa mesej daripada masuk. Ini jarang sekali berlaku, dan sekiranya berlaku, anda boleh cuba restart semula phone anda, ataupun bawakan ke kedai servis untuk perbaiki masalah tersebut jika masih berlarutan.

Kelapan, anda terlalu kerap memohon TAC number. Sistem mempunyai tempoh tertentu sebelum boleh menghantar TAC baru kepada pengguna. Sekiranya anda memohon TAC baru dalam tempoh 1 minit setelah TAC dihantarkan pada anda, maka anda tidak akan menerima TAC number yang baru. Kebiasaannya anda perlu menunggu lebih dari 5 minit baru boleh memohon TAC baru.

Maka, kesemua di atas adalah antara faktor kenapa TAC number tak dapat, meskipun anda telah cuba berkali-kali. Sebaiknya anda perlu mengenal pasti punca yang berkaitan dengan keadaan anda untuk menyelesaikan masalah anda.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply