Nama MBSB mungkin tidak popular macam bank-bank lain seperti Maybank dan CIMB. Walau bagaimanapun, MBSB Bank merupakan salah satu bank berlesen yang tersenarai dalam menawarkan pinjaman peribadi. Terdapat beberapa jenis pinjaman peribadi MBSB yang boleh anda mohon sekiranya anda menepati syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan.

Namun  begitu, jika anda ingin membuat pinjaman peribadi ini. Pastikan anda tahu tujuan atau kegunaan wang pinjaman peribadi dengan betul. Selok-eloknya, gunakanlah untuk perkara yang bermanfaat dan memberikan penambahbaikkan kepada hidup anda. Jangan pula bazirkan untuk enjoy sana sini.

Berikut merupakan jenis-jenis pinjaman peribadi MBSB yang telah kami senaraikan untuk anda.

Izinkan kami berkongsi.

Pinjaman peribadi MBSB

Di bawah ini adalah penerangan berkenaan pelan-pelan pinjaman yang disediakan oleh MBSB Bank.

Kalau nampak terlalu panjang dan susah nak hadam, boleh baca mengikut kategori:

 

1. Pinjaman peribadi MBSB Mumtaz-i

Pelan pinjaman ini adalah pinjaman yang patuh syariah. Oleh itu, anda tidak perlu risau kerana ia adalah bersifat islamik dan berkonsepkan Tawarruq. Antara kelebihan yang anda akan dapat melalui pinjaman ini adalah kadar pinjaman yang kompetitif, tidak perlu menyediakan penjamin atau cagaran, tiada caj tersembunyi dan banyak lagi.

Melalui pinjaman ini, anda juga boleh memohon pinjaman bermula RM50,000 sehingga RM250,000 dengan tempoh pinjaman 2 tahun sehingga 10 tahun. Selain itu, kadar kentungan yang dikira adalah serendah 2.15% sehingga 4.80% setahun.

Untuk pengetahuan anda, pinjaman ini terbuka kepada sektor kerajaan, kakitangan GLC, dan syarikat terpilih oleh bank sahaja. Kelulusan pula adalah dalam tempoh yang cepat.

Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman peribadi ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

 2.15% hingga 4.80% setahun

Tempoh pinjaman

2 tahun hingga 10 tahun

Jumlah pinjaman

Minimum RM50,000 hingga maksimum RM250,000

Sektor pekerjaan

  • Sektor kerajaan
  • Kakitangan GLC
  • Syarikat terpilih oleh bank

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 19 tahun hingga 60 tahun
  • Pendapatan bulanan minimum RM3,000

Tempoh kelulusan

1 hingga 7 hari waktu bekerja

 

Jika anda berminat untuk memohon pinjaman peribadi ini. Sila ketahui lebih lanjut dan terperinci melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Berikut merupakan syarat dan kelayakan yang diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi ini:

  • Warganegara Malaysia.
  • Minimum berumur 19 tahun sehingga maksimum 60 tahun.
  • Kakitangan tetap kerajaan.
  • Kakitangan GLC.
  • Berkhidmat di majlis tempatan dan syarikat yang terpilih oleh bank dengan perkhidmatan minimum 1 tahun.
  • Menerima pendapatan bulanan minimum RM3,000.

 

Dokumen diperlukan

Terdapat beberapa jenis dokumen yang perlu disediakan untuk melengkapkan permohonan. Antaranya adalah:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Penyata gaji 3 bulan terkini.
  • Penyata akaun bank pengkreditan gaji 3 bulan terkini.
  • Dokumen, borang dan resit berkaitan percukaian (jika berkaitan).
  • Dokumen atau surat sokongan (jika berkaitan).
  • Sijil atau dokumen pendaftaran perniagaan (jika berkaitan).
  • Lesen atau sijil profesional (jika berkaitan).
  • Penyata akaun semasa 6 bulan terkini (jika berkaitan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi MBSB Mumtaz-i?

Bagi memudahkan anda untuk membuat bayaran balik pinjaman peribadi ini. Anda boleh merujuk jadual pembiayaan ini sebagai panduan.

Sekadar makluman, anda boleh membuat pembayaran bulanan menggunakan kaedah potongan gaji melalui khidmat Biro Angkasa, Akauntan Negara atau majikan.

 

Di mana boleh memohon pinjaman ini?

Sekiranya anda layak dan ingin membuat permohonan pinjaman peribadi Mumtaz-i ini. Anda boleh mohon dengan mengunjungi mana-mana cawangan MBSB Bank berhampiran anda.

Anda juga boleh memohon secara online melalui laman web rasmi MBSB Bank.

 

2. Pembiayaan peribadi Afdhal-i

Pinjaman ini adalah pinjaman yang berkonsepkan Tawarruq dan patuh syariah. Melalui pinjaman ini, anda tidak perlu menyediakan sebarang jaminan atau cagaran. Selain itu, anda ditawarkan untuk layak meminjam jumlah pinjaman bermula RM50,000 sehingga RM400,000.

Tempoh pinjaman yang diberikan pula adalah bermula 2 tahun sehingga 10 tahun dengan kadar keuntungan sebanyak 3.17% sehingga 6.00% setahun. Namun begitu, pelan pinjaman ini hanya terbuka kepada pekerja kontrak  dalam kerajaan, kakitangan GLC, pekerja tetap atau kontrak syarikat swasta yang terpilih dan majlis tempatan atau syarikat yang tersenarai oleh bank sahaja.

Oleh itu, tidak semua sektor layak untuk memohon pinjaman ini.

Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman ini  melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

 3.17% sehingga 6.00% setahun

Tempoh pinjaman

2 tahun sehingga 10 tahun

Jumlah pinjaman

Minimum RM50,000 hingga RM400,000

Sektor pekerjaan

  • Sektor kerajaan
  • Kakitangan GLC
  • Sektor swasta
  • Syarikat terpilih oleh bank sahaja

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Minimum berumur 19 tahun sehingga maksimum 60 tahun

Tempoh kelulusan

1 hingga 7 hari waktu bekerja

 

Sekiranya anda berminat untuk memohon pinjaman peribadi ini. Sila ketahui dengan lebih lanjut dan terperinci melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Berikut merupakan syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk memohon pinjaman peribadi ini:

  • Mestilah warganegara Malaysia.
  • Sekurang-kurangnya berumur 19 tahun sehingga 60 tahun.
  • Merupakan pekerja kontrak dalam kerajaan.
  • Merupakan kakitangan GLC.
  • Bekerja di majlis tempatan dan syarikat terpilih oleh bank sahaja dengan minimum 1 tahun pengalaman.
  • Pekerja kontrak atau tetap syarikat sektor swasta yang tersenarai sahaja.
  • Pelanggan premium.

 

Dokumen diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan pinjaman peribadi ini adalah:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Penyata gaji 3 bulan terkini.
  • Penyata akaun bank pengkreditan gaji 3 bulan terkini.
  • Dokumen, borang dan resit berkaitan percukaian (jika berkaitan).
  • Dokumen atau surat sokongan (jika berkaitan).
  • Sijil atau dokumen pendaftaran perniagaan (jika berkaitan).
  • Lesen atau sijil profesional (jika berkaitan).
  • Penyata akaun semasa 6 bulan terkini (jika berkaitan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi MBSB Afdhal-i?

Bagi memudahkan urusan anda untuk membuat pembayaran semula pinjaman peribadi ini. Anda boleh merujuk jadual pembiayaan ini.

Sekadar makluman, anda boleh membuat bayaran balik pinjaman menggunakan kaedah potongan gaji melalui Biro Angkasa, Akauntan Negara dan majikan. Anda juga boleh membuat bayaran di mana-mana cawangan MBSB atau pembayaran elektronik dan auto debit.

 

Di mana boleh memohon pinjaman ini?

Anda boleh memohon pinjaman peribadi ini di mana-mana cawangan MBSB Bank berhampiran anda. Selain itu, anda juga boleh mohon secara online melalui laman web MBSB Bank.

 

3. Pinjaman peribadi Sektor Swasta-i

Pinjaman peribadi ini adalah pinjaman yang tidak memerlukan cagaran dan penjamin. Ianya adalah berlandaskan syariah dan berkonsepkan Tawarruq. Selain itu, jumlah pinjaman yang diberikan adalah sebanyak RM50,000 sehingga mencecah RM300,000.

Melalui pinjaman ini juga, anda diberikan tempoh pinjaman di antara 2 tahun sehingga 10 tahun dengan kadar kentungan serendah 5.73% sehingga 10.60% setahun. Walau bagaimanapun, pinjaman ini hanya ditawarkan kepada pekerja di sektor awam, sektor swasta, sektor pendidikan dan para profesional yang bekerja di firma atau perniagaan.

Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman peribadi ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan  5.73% hingga 10.60% setahun

Tempoh pinjaman

2 tahun hingga 10 tahun

Jumlah pinjaman

Minimum RM50,000 hingga maksimum RM300,000

Sektor pekerjaan

  • Sektor awam
  • Sektor swasta
  • Sektor pendidikan
  • Para profesional

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun hingga 60 tahun
  • Pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM3,500 atau RM5,000

Tempoh kelulusan

1 hingga 7 hari waktu bekerja

 

Jika anda berminat untuk memohon pinjaman ini. Sila ketahui lebih lanjut melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Berikut merupakan syarat dan kelayakan yang ditetapkan:

  • Mestilah warganegara Malaysia.
  • Sekurang-kurangnya berumur 21 tahun sehingga 60 tahun.
  • Pekerja tetap di syarikat awam terpilih.
  • Kakitangan GLC dan seangkatannya.
  • Pekerja di sektor pendidikan yang tersenarai oleh bank.
  • Pekerja profesional tetap yang bekerja di syarikat swasta.
  • Profesional yang sah dan bekerja di penubuhan perniagaan atau firma yang telah beroperasi minimum 2 tahun.
  • Menerima pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM3,500 atau RM5,000 sebulan.

 

Dokumen diperlukan

Jika anda layak untuk memohon. Anda harus melengkapkan dokumen yang diperlukan untuk permohonan pinjaman ini. Antaranya adalah:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Penyata gaji 3 bulan terkini.
  • Penyata akaun bank pengkreditan gaji 3 bulan terkini.
  • Dokumen, borang dan resit berkaitan percukaian (jika berkaitan).
  • Dokumen atau surat sokongan (jika berkaitan).
  • Sijil atau dokumen pendaftaran perniagaan (jika berkaitan).
  • Lesen atau sijil profesional (jika berkaitan).
  • Penyata akaun semasa 6 bulan terkini (jika berkaitan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi MBSB Sektor Swasta-i?

Mengenai pembayaran balik pinjaman peribadi ini. Anda boleh merujuk jadual pembiayaan ini sebagai panduan untuk memudahkan urusan pembayaran anda.

Sekadar makluman, anda boleh membuat bayaran balik melalui kaedah potongan gaji perkhidmatan Biro Angkasa, Akauntan Negara atau majikan. Anda juga boleh melakukan pembayaran di mana-mana cawangan MBSB Bank berdekatan atau melalui pemabayaran elektronik atau auto debit.

 

Di mana boleh memohon pinjaman ini?

Sekiranya anda berhasrat untuk memohon pinjaman ini. Anda boleh terus mengunjungi mana-mana cawangan MBSB Bank berhampiran anda atau boleh terus mohon secara atas talian di laman web MBSB Bank.

 

Akhir kata

Diharapkan perkongsian mengenai pinjaman peribadi MBSB ini dapat membantu anda membuat pilihan dan perbandingan. Pastikan anda jelas dan peka dengan setiap detail jenis-jenis pinjaman yang anda ingin mohon. Ini adalah untuk memastikan urusan pinjaman anda menjadi lebih lancar.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

1 Comment

Leave A Reply